senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Hubungan

Rahsia Perempuan Yang Tidak Boleh Diketahui Pasangan Semasa Bercinta

Yuyue by Yuyue
May 16, 2017
in Hubungan

Foto ilustrasi: Elastic.co

2.1k
SHARES
74
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Tidak semua perkara berkenaan diri anda boleh diberitahu kepada pasangan anda, pasti satu atau dua perkara yang menjadi rahsia perempuan agar tidak menganggu hubungan anda berdua. Semua orang mempunyai rahsia tersendiri, dan ianya sangat peribadi untuk diceritakan, walaupun dengan rakan baik sendiri.

Untuk mengelakkan perbalahan, anda terpaksa beberapa perkara sebagai rahsia perempuan. Pastinya perkara itu sangat peribadi sehinggakan pasangan anda tidak boleh mengetahui akan hal itu. Mungkin saja ianya berkaitan dengan perhubungan lama anda dengan bekas pasangan anda. Benar atau tidak fakta ini, hanya anda saja yang tahu.

Jika anda sayangkan pasangan anda dan inginkan hubungan itu bertahan lama, ada beberapa perkara yang harus anda rahsiakan darinya, jangan semua diluahkan sehinggakan pasangan anda terasa hati dengan tindakkan anda itu. Simpan sebagai rahsia perempuan.

1 Kekasih lama

Walaupun sudah lama berpisah, mustahil untuk kita melupakan bekas kekasih 100% kan? pasti akan ada sedikit bibit cinta yang masih tersimpan dalam memori yang sesekali hadir dan memberikan tekanan kepada anda, pasti saja perasaan rindu itu ada. Jangan sesekali meluahkan perasaan rindu anda itu kepada pasangan anda. Jika tidak, pasti saja hatinya terguris dan kecewa.

2 Stalking bekas kekasih

Mulut berkata benci, tetapi hati masih mencari-cari dan ingin mengambil tahu akan keberadaan bekas kekasih, adakah dia sudah boleh move one seperti anda atau masih single. Masih ingin tahu aktiviti seharian bekas kekasih anda. Plis move on! Jangan jadi bodoh kerana rindukan orang yang sudah pergi dari hati, sila hargai orang yang setia menanti anda. Andai saja dia tahu akan perkara itu, pasti dia sangat kecewa dengan anda.

BACA JUGA  5 Cara Mengatasi Rasa Kesepian Dalam Percintaan Jarak Jauh

3 Inginkan ‘me-time‘

Sudah lumrah jika bercinta, kalau boleh 24 jam ingin bersama pasangan. Sehinggakan kadang kala inginkan ruang untuk diri sendiri, dan tenangkan fikiran. Bukan rimas dengan pasangan, cuma perlukan ruang untuk sendiri. Tetapi oleh kerana takut pasangan tersalah anggap yang anda tidak suka bersamanya, terpaksalah anda menyimpan hasrat tersebut. Tetapi boleh saja anda cube bertanya, mana tahu pasangan anda memberi kebebasan kepada anda.

4 Tidak meminati sukan bola

Kebanyakkan lelaki memang sukakan sukan bola sepak. Jarang jumpa lelaki yang tidak meminati suka itu. Jika pasangan anda sangat meminati sukan tersebut dan sering mengajak anda keluar untuk menemaninya melihat perlawanan bola sepak, jangan sesekali bagitahu dia yang anda tidak meminati bola sepak dan mengutuk pasukan kegemarannya. Cukup saja anda memberi alasan yang sesuai supaya tidak perlu menemaninya.

5 Ramai bekas kekasih

Ramai yang menganggap isu ini hanya isu biasa yang tidak akan mencetuskan kemarahan pasangan, Jika dahulunya anda ada sejarah percintaan dengan beberapa lelaki sebelum dia, sebolehnya rahsiakan daripada pasangan anda. Jangan anda berfikir yang apabila anda menceritakan hal tersebut menampakkan anda seorang yang hot dahulunya. Takut nanti lain yang di tafsir oleh pasangan anda. Mungkin saja dia berfikiran yang anda dahulunya seorang wanita yang suka bertukar-tukar pasangan. Sebaiknya rahsiakan perkara itu ya!

ADVERTISEMENT

6 Pasang surut hubungan

Adakalanya perubahan karakter pasangan kita membuatkan perasaan kita juga sering berubah-ubah, jika hari ini dia sangat mengambil berat, mungkin saja esok dia mengabaikan kita. Jika anda ada perasaan sebegitu, sebaiknya rahsiakan saja dari pasangan anda, ini kerana mereka mungkin tidak memahami apa yang anda rasa.

BACA JUGA  Perempuan Pendek Dengan Lelaki Tinggi Lebih Bahagia

7 Menangis dalam diam

Emosi perempuan selalunya tidak stabil, ada kalanya tiba-tiba sahaja timbul perasan sedih tanpa mengetahui apa sebabnya. Sebaiknya jangan beritahu kepada pasangan yang anda sedang bersedih sekiranya perkara itu tidak penting untuk dia tahu. Ambil masa sendirian dan cuba bertenang.

8 Pendapat anda tentang rakan dan juga ahli keluarganya

Sebagai pasangan yang baik dan memahami, anda sepatutnya jangan sesekali mengutuk atau memperkatakan hal yang tidak baik tentang rakan ataupun keluarganya. Kerana ini boleh mencetuskan kemarahannya. Jika anda tidak puas hati dengan layanan mereka terhadap anda, diamkan saja. Jika anda mampu bertahan demi menjaga perasaan nya, bertahan lah. Tetapi sekiranya anda sudah tidak tahan diperlakukan sebegitu rupa, alangkahkah indahnya hidup bila sentiasa berfikiran positif melihat kearah kebaikan dari keburukan. “Buang yang keruh, ambil yang jernih”.

Source :
Brilio.net
ADVERTISEMENT
Tags: perempuanrahsia

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved