senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Netizen

Arang Boleh Hilangkan Bau Najis Kucing

leav by leav
May 31, 2017
in Netizen
1
SHARES
91
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Kucing adalah haiwan comel dan ramai sukakan kucing dan membela kucing, namun juga ada yang tak tahu bagaimana cara betul untuk menguruskan najis haiwan ini sehingga menyebabkan bau kurang selesa timbul.

Memetik perkongsian Norliza Hani, masalah bau najis kucing boleh diatasi arang kerana mempunyai fungsi untuk menyerap bau yang kurang selesa. Baca berikut ini.

Sekadar berkongsi tanggungjawab sebagai penjaga kucing. Kucing harus diberi makan dengan teratur. Jadi tuan kucing harus tahu bila dan berapa jumlah makanan yang perlu diberikan kepada kucing. Bila kucing dibela sejak dari kecil, corak pemakanannya adalah berbeza dan perlu diperhatikan.

Selain pemakanan, banyak lagi perkara lain yang perlu diambil perhatian seperti imunisasi kucing, jadual makan ubat, temu janji doktor, mandi kucing, sikat bulu, melatih kucing untuk membuang di tempat yang disediakan dan sebagainya.

Pemilik kucing haru bertanggungjawab dengan tindakan kucingnya dan tahu menghormati hak jiran tetangga. Kita harus memahami bahawa mungkin jiran anda ada alahan dengan kucing atau kurang selesa dengan bau-bau najis kucing yang menganggu ketenteraman awam.

Pada suatu hari, Rasulullah SAW bersumpah sebanyak tiga kali yang bermaksud:

Demi Allah, tidak beriman!
Demi Allah, tidak beriman!
Demi Allah, tidak beriman!

ADVERTISEMENT

Apabila ditanya siapakah yang Baginda SAW maksudkan? Baginda menjawab seseorang yang jirannya berasa tidak aman dan tenang disebabkan perangai jahatnya.(HR Al-Bukhari & HR Muslim)

Tips:

Gunakan arang untuk menghilangkan bau najis kucing. Caranya ialah, letakkan sebekas arang di sebelah tandas kucing kita. Arang memiliki fungsi penyerapan yang sangat luar biasa iaitu dapat menyerap pelbagai jenis kuman dan juga bakteria yang menyebabkan bau busuk di udara.

ADVERTISEMENT

Simpan sebotol minyak kelapa dara sebagai persediaan merawat kucing anda yang sakit. Minyak kelapa dara mempunyai banyak fungsi seperti melancarkan sistem pencernaa ndan juga mampu bertindak sebagai antibakteria kepada kucing.

BACA JUGA  "Ibu Angkat Awak Memang Mental" - Didera Sehingga Dipaksa Buat Loan Bayar Ganti Rugi

Minyak kelapa dara juga mampu meningkatkan selera makan dan antibodi kucing. Anda boleh campurkan minyak kelapa dara ke dalam makanan kucing atau suapkan terus ke dalam mulut kucing.

Tips sudah diberi, jangan pula tuan kucing malas nak bersihkan bekas najis kucing. Pandai bela, pandailah bertanggungjawab sepenuhnya.

Sumber: facebook/Norliza Hani

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved