senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Dunia

Masjid Menakjubkan Di Turki Yang Diilhamkan Dari Ayat Al-Quran

leav by leav
September 9, 2017
in Dunia
1
SHARES
88
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Masjid ini pada mulanya ia dibina pada tahun 1910 di bawah Khalifah Uthmaniyyah di Yenice dan dinamakan sempena Khalifah Muslim yang hebat, Amir al-Mu’minin Sultan Abdülhamid II Khan.

Tetapi beberapa dekad yang lalu, masjid ini diabaikan dan dilihat seperti dalam keadaan yang buruk. Oleh itu, baru-baru ini ia dirobohkan dan digantikan dengan Masjid Hamidiye Camii yang baru dibina di atas tapak yang sama.

Motif-motif seni yang dapat dilihat di dalam masjid ini dilukis dan dicat oleh seorang arkitek bernama Azerbaijan, dan ia telah mendapat perhatian ramai sejak dibuka tahun lalu, menarik orang dari seluruh bandar untuk melihat keindahan dalamannya, dan untuk bersolat.Seorang anggota jemaah berkata: “Seolah-olah saya merasa seperti sedang bersolat di taman-taman jannah (syurga).”

Imam masjid, Sefa Ekinci berkata: “Ketika saya ditugaskan di masjid ini sebagai imam, saya mula mengumpulkan banyak maklumat yang saya dapat tentang sejarahnya dan juga perkembangan yang telah dilakukan pada projek baru hingga kini. Orang yang terlibat dalam projek itu memberitahu saya bahawa mereka telah mendapat ilham dari ayat 22 dari Surah al-Baqarah dari Al-Quran yang berbunyi:

“Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa). ”

Ekinci meneruskan: “Kami menyediakan asas masjid, kemudian kami memulakan lukisan dan membiarkan air jatuh dari langit, kami juga meletakkan air terjun di atas mihrab dan pokok-pokok dicat di antara setiap tingkap-tingkap di dinding. Kami benar-benar ingin cuba mendapatkan semangat ayat (al-Quran) ke dalam reka bentuk dalaman masjid. ”

ADVERTISEMENT

Imam bersara, Yılmaz Akçakaya mengatakan bahawa saiz fizikal masjid Hamidiye sebelumnya yang ada pada tapak ini adalah agak kecil dan tidak sesuai dengan keperluan masyarakat di sana.

BACA JUGA  Warga Emas Berusia 104 Tahun, Sembuh Covid-19

Katanya, ini kerana mereka mempunyai terlalu ramai jemaah dan tidak dapat menampung semua orang. Ramai orang menyumbang dari segi kewangan kepada projek ini, dan dia menghargai semua sumbangan daripada ahli masyarakat di sana.

“Semoga Allah gembira dengan mereka semua. Reka bentuk luar masjid kita menakjubkan, dan reka bentuk dalaman sama menakjubkan.

ADVERTISEMENT

“Apabila saya masuk ke masjid, saya berasa sangat berbeza dan ketenangan dalaman mula dirasai saya. Kami dapat melakukan ibadat kami dengan ketenangan yang sempurna,” katanya.

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved