senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Tips

23 Teka-Teki Lucu ‘Tidak Luput Dek Zaman’

Yuyue by Yuyue
October 23, 2017
in Tips

Ilustrasi

75
SHARES
967
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Anda mungkin pernah mendengar teka-teki itu bukan? Setiap teka-teki sentiasa mempunyai jawapannya sendiri. Terdapat juga teka-teki yang dibuat sendiri dan jawapannya pasti mengelirukan tetapi kelakar!

Teka-teki hari ini selalunya menjadi soalan yang agak serius dan jawapannya mengikut fakta, tidak seperti teka-teki dulu-dulu, yang kebanyakannya adalah teka-teki yang menguji fikiran anda.

Jika anda mendengar jawapannya, anda pasti akan rasa kelakar, tetapi jawapannya adalah sangat logik!

23 Teka-Teki Lucu ‘Tidak Luput Dek Zaman’ Dengan Jawapan Yang Sangat Logik

Jom kita lihat antara teka teki yang jawapannya sangat logik tetapi boleh buat anda pecah perut!

1. Polis Malaysia dan polis Indonesia, mana yang lebih tua? Berikan jawapan dengan sebab sekali.
Jawapan: Polis Malaysia yang lebih tua kerana polis Malaysia dipanggil Tok manakala polis Indonesia pula dipanggil bapak.

2. Sebab apa siput babi jalan lambat?
Jawapan: Sebab semasa berjalan, asyik berfikir sama ada dia siput ataupun babi.

3. Sukan apa selepas main kita tabik?
Jawapan : Golf

4. Antara kereta dan motor, manakah yang lebih tua?
Jawapan : Motor sebab pakai tongkat.

5. Dalam banyak-banyak kucing, kucing apa yang tak makan?
Jawapan : Kuching, Sarawak.

ADVERTISEMENT

6. Kuda apa yang tiada kaki?
Jawapan : Kuda kepang

7. Apabila masuk, ia keras dan apabila keluar, ia lembik.
Jawapan : Stokin

8. Binatang apa yang kurang ajar?
Jawapan : Kutu kerana dia merayap di atas kepala.

Teruskan Selongkar…

ADVERTISEMENT

9. Ikan apa yang paling rajin?
Jawapan : Ikan bandaraya sebab suka cuci cermin akuarium.

10. Pokok apa yang suka berkahwin?
Jawapan : Pokok pinang

11. Makanan apa, yang asalnya jauh dari negeri Perak?
Jawapan : Buah Melaka

BACA JUGA  Mengawal Kehadiran Lipas Di Kediaman Anda

12. Binatang apa yang selalu penat?
Jawapan : Anjng kerana selalu keluarkan lidah.

13. Kereta apakah yang orang tak panggil kereta?
Jawapan : Teksi

14. Dalam banyak-banyak bunga-bunga apa yang berwarna hitam?
Jawapan : Bunga tayar

15. Kenapa orang gali kubur tak pakai spender
Jawapan : Apa kes nak pakai spender, Pakai cangkul

16. Gajah lalu titi patah, selepas itu kambing pula lalu… Apa yang patah pula?
Jawapan : Patah balik

17. Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja?
Jawapan : Donut, Kuih keria

18. Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?
Jawapan : Penguin

19. Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam dan kambing jadi ayam maka ayam jadi apa?
Jawapan : Ayam jadi banyak

20. Dalam banyak-banyak kereta, kereta apa yang tak ada tayar?
Jawapan : Kereta kabel

21. Haiwan apakah yang ejaannya mempunyai dua huruf sahaja?
Jawapan : Udang iaitu U dan G

22. Tak ada kepala, ada leher, ada tangan, tak ada jari, ada badan, tak ada kaki?
Jawapan : Baju

23. Permainan apa yang paling berat sekali
Jawapan : catur (sebab kena bawa raja,permaisuri,kuda dan sebaginya

Source :
Pena Putih
Tags: lucuteka-teki

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved