senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Hubungan

8 Ciri Lelaki Yang Dijauhi Wanita

leav by leav
April 5, 2018
in Hubungan

Foto ilustrasi - Pexels/Zun Zun

2.7k
SHARES
598
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Kasih sayang antara dua insan sudah ditakdirkan untuk bersatu menjadi cinta sejati dan kaum adam adalah pelengkap diri seorang wanita.

Betapa besarnya peranan lelaki dalam hidup seorang wanita. Bila wanita jatuh cinta, seluruh jiwa raga diserahkan demi menghargai kekasihnya itu. Namun, ada beberapa jenis lelaki yang wanita jauhi, dek kerana personaliti mahupun tabiat menjengkelkan.

Berikut ini perkongsian di aliffchannel.com jenis lelaki punca sebab mengapa wanita menjauhkan diri.

1 Lelaki meminta-minta

Foto ilustrasi

Baru kenal sehari dua, langsung dia berkongsi curahan rasa dan masalah tanpa curiga. Kadangkala, rahsia peribadinya turut diceritakan termasuk masalah kewangan. Mereka ini mempunyai sifat terlalu rendah diri dan tidak percaya diri walhal keyakinan dan sifat berdikari dalam diri lelaki dianggap seksi bagi wanita. Semua perkara tidak mampu untuk dilakukan sendiri. Jika lelaki terlalu bergantung kepada wanita, terutamanya di awal perhubungan, tidak mustahil pasangan meragui kebolehannya sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab dalam kehidupan.

2 Lelaki mudah dijangka

tanda lelaki bersedia
Foto ilustrasi – Unsplash/Reinaldo Kevin

Segala tingkah-lakunya boleh dijangka kerana mereka membuat keputusan dalam hidup berdasarkan formula dan logik. Lelaki begini takut untuk membuat kejutan istimewa kepada pasangan kerana bimbang perancangan tidak menjadi. Hidup dengan lelaki begini semestinya membosankan! Ironinya, ini antara sebab mengapa kebanyakan wanita memilih ‘bad boy’ dalam mencurah rasa cinta. Bukan sifat nakal dan jahat mereka yang wanita idamkan, tetapi tindak tanduk yang sukar diteka menjadikan hati bagai dirasuk sayang tidak terhingga.

3 Lelaki rengus

Foto ilustrasi

Ego dan mementingkan diri sendiri! Tiada guna jika dia hanya bersikap baik kepada anda namun sangat menjengkelkan terhadap orang lain. Cara kita melayan orang di sekeliling menggambarkan personaliti dan nilai murni dalam diri. Tidak mustahil satu hari nanti anda pula menjadi mangsa.

BACA JUGA  Cara Buat Bekas Kekasih Cemburu Dan Menyesal Memutuskan Hubungan

4 Lelaki mata keranjang

Sesungguhnya, wanita tidak pernah senang apabila pasangannya sibuk menjeling wanita lain ketika keluar berdua. Terlalu ramah dan bergurau senda tanpa mempeduli perasaan anda menjadikan anda makan hati! Mereka juga gemar membangga diri kehebatan sendiri tatkala ada wanita yang menjeling nakal pada susuk tubuh perkasanya. Asyik si dia sahaja yang mengungguli bicara, entah bila tiba masa anda pula berkongsi rasa?

ADVERTISEMENT

5 Lelaki kedekut

Foto ilustrasi – Unsplash/Kal Loftus

Bukan segunung permata mahupun berlian yang dipinta, tetapi apa salahnya sekali sekala bunga menjadi pengganti jiwa? Lelaki jenis ini lebih menyayangi wang simpanannya daripada diri anda. Jangan sehingga wanita rasa diri mereka menjadi beban kepada kehidupan lelaki itu. Tidak perlu untuk memberi hadiah mahal setiap hari, namun sekali-sekala lelaki perlu berbelanja lebih untuk memberi peluang wanita rasa dihargai.

6 Lelaki kaki gaduh

selepas bertengkar
Foto ilustrasi

Jejaka jenis ini sering membawa setiap topik dan perbincangan kepada pertengkaran mulut yang tiada penghujungnya. Pertemuan antara dua kekasih sepatutnya menjadi waktu indah bersama namun dek kerana sikapnya yang sering mempersoalkan setiap tindakan menjadikan anda tertekan dan terpaksa berusaha menjadi yang terbaik di matanya.

7 Lelaki perasan bagus

Foto Ilustrasi

Dia mungkin lelaki yang tidak merokok namun itu bukan alasan untuk dia memaksa orang lain menuruti tabiatnya. Mereka menganggap apa yang mereka lakukan adalah lebih baik daripada orang lain. Mulut tidak henti-henti mengata mengenai kelemahan orang lain. Mereka juga sering menentukan perkara untuk pasangan tanpa berbincang bersama.

8 Lelaki pembenci wanita

bergaduh dengan pasangan hubungan lebih sihat
Foto ilustrasi – Freepik

Wanita mana yang mahu menjalin hubungan bersama lelaki begini? Jejaka dari golongan ini sentiasa memandang negatif terhadap wanita, contohnya mereka menganggap wanita tidak mampu untuk berdikari dan lemah. Lelaki begini sememangnya perlu dijauhi kerana jika dibiarkan, anda yang rajuk sendiri dek bisa pemikiran dan mulutnya mengutuk kaum wanita.

ADVERTISEMENT

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved