senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Netizen

Tak Ramai Suami Mahu Ambil Gambar Isteri

leav by leav
January 6, 2017
in Netizen

Foto Ilustrasi

53.8k
SHARES
55
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Wahai para lelaki,

Perasan tak, bila kita membuka lembaran album foto-foto lama, dari nenek moyang kita sendiri misalnya, kita akan perasan satu perkara, betapa rajinnya sang isteri merekod setiap detik-detik penting dalam kehidupan berkeluarga.

Sikit-sikit snap. Sikit-sikit snap.

Percayalah, tak ramai suami yang tergerak hatinya ingin memfoto wajah isterinya. Ada tu tak TERLINTAS LANGSUNG.

Aku sendiri mengaku, sering begini. Kita serupa.

Perasan tak, betapa rajinnya sang isteri merekodkan momen kehidupan yang telah kita bina selama ini? Sedangkan, dia sendiri terlupa, wajahnya sendiri jarang ada di dalam album kita bersama.

Ilustrasi

Satu hari nanti, apa yang paling kita kecewakan, album gambar famili kita tidak banyak memberitahu generasi selepasmu, tentang siapakah seorang wanita, yang berada di belakang kamera.

Ambillah fotonya. Biarlah betapa malunya dia, asalkan kita teliti dan hati-hati menyimpannya.

ADVERTISEMENT

Wahai para suami, Ada seorang wanita, yang patut kita berbangga dengan selekehnya dia, dialah ibunda kepada anak-anak kita.

Tetaplah terus menyimpan wajah itu. Biarkan rambut berserabut, tidak bersolek atau dengan T-shirt buruknya itu, sebab.itu semua tidak penting bagi anak-anak kita saat ketiadaannya kelak.

Apa yang lebih bernilai, wajahnya itu sudah cukup untuk dicintai, lebih berbaloi untuk ditatap, disimpan, diawetkan ke dalam memori.

Memori, mengajar kita tentang jerih-perih. Tentang doa, dan pesanan-pesanan yang kita tinggalkan. Tiada wanita yang ingin melihat wajah selfie-nya di sepanjang hayat.

ADVERTISEMENT

Berbanggalah, kerana punyai seorang isteri yang sering di belakang kamera keluargamu. Maka di situlah tugasmu, para suami. Snap wajahnya. Kegembiraan. Kesengsaraan. Ketabahan. sebelum punyai anak, atau selepasnya. Sebelum di hujung nafas yang entah bila kita dipisahkan-Nya.

Sumber: Facebook/Al Irfan Jani

BACA JUGA  Menggores Hati, Ada Kisah Disebalik Maskot Doraemon Di Teluk Cempedak
Tags: gambaristeri

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved