senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Hubungan

Tanda-Tanda Suami Anda Tengah Curang Di Facebook

Yuyue by Yuyue
November 27, 2017
in Hubungan

Foto ilustrasi

188
SHARES
18
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Jika anda masih berseorangan, mungkin tidak mengapa jika anda ingin menghabiskan masa dengan laman sosial, bersembang dengan orang yang tidak dikenali. Tetapi jika sudah berkahwin, tetapi masih juga meluangkan masa di laman-laman sosial, mungkin ianya boleh menyebabkan permasalahan dalam rumahtangga.

Sememangnya laman sesawang antara penyebab untuk pasangan anda curang! Mungkin bukan semua, namun ada segelintir pasangan yang salah guna kemudahan tersebut. Mereka mula mengenali orang luar melalui laman sesawang, dan akhirnya terjebak dengan cinta tiga segi. Ianya biasa terjadi dan adakah anda rasa pasangan anda tidak berlaku curang dibelakang anda?

Sebuah kajian daripada laman web Ashley Maddison, sebuah laman sesawang untuk pasangan yang sudah berkahwin mencari “kekasih gelap” mendapati 75% pasangan menggunakan Facebook untuk curang!

Foto ilustrasi

Walaupun masih ada pengguna yang menggunakan Facebook untuk berkawan dan mengetahui perkembangan semasa, tapi ada juga yang menjadikan ia medium untuk mencari kekasih gelap.

Jika pada mulanya mereka nampak seperti ‘biasa-biasa’ dan pada akhirnya mereka mula mesra dan hubungan terlarang pula berlaku. Bila ditanya mengapa? Sudah pasti jawapannya ‘Maaf, ianya tidak disengajakan’.

Menurut kajian itu lagi, Kebanyakan pelaku curang ini akan mula berkomunikasi dengan kekasih gelap mereka selepas pukul 10 malam.

Mereka bukan saja menggunakan media sosial Facebook untuk like gambar kekasih itu, malah mereka juga menggunakan aplikasi ini untuk menghantar gambar, mesej dan panggilan video.

Dalam banyak-banyak laman sosial, mengapa Facebook?

Menurut Kompas, ini kerana tiada siapa yang akan mengesyaki pasangan curang menggunakan Facebook. Malah, mesej yang dihantar juga mudah untuk dipadam dan tak menimbulkan sebarang kecurigaan. Facebook turut boleh dilindungi dengan password.

ADVERTISEMENT

Jika benar anda pasangan yang jujur, mengapa harus merahsiakan kata laluan masuk? Jika anda tiada rahsia, tidak perlu berahsia, malah pasangan anda berhak untuk mengetahu password anda itu.

BACA JUGA  5 Taktik Isteri Bijak Untuk Hadapi Suami Curang

Perhati 7 tanda-tanda ini:

Sering online Facebook pada waktu malam

Jika anda perasan, mungkin pasangan anda nampak sedikit berahsia. Online Facebook pada tengah malam sahaja ketika anda sedang tidur. Jika air mukanya berubah bila melihat anda sedar yang dia sedang berkelakuan aneh, sebaiknya anda periksa telefon suami anda samaada dia berlaku curang atau tidak.

Kata laluan

Sesekali pinjam telefon bimbit suami dan cuba buka Facebooknya, jika terdapat kata laluan, anda cuba meminta dengannya. Jika dia bertindak aneh dengan melarang anda untuk memasuki laman facebooknya, sudah pasti ada sesuatu yang disembunyikan!

ADVERTISEMENT

Tidak boleh berjauhan dengan telefon

Jika sudah dilamun cinta, pasti mahu 24 jam berborak sahaja. Cuba anda meminjam telefon pasangan anda, jika dia menolak keras dan sepertinya ada sesuatu yang disorokkan, lebih baik anda berhati-hati.

Hati-hati. Memang ada banyak pasangan yang bijak menyembunyikan helah ini.

Kerap update status dan gambar

Pasangan anda suka update sttaus dan memuat naik gambar berseorangan di Facebook. Malah setiap kali update status pun tiada nama anda disebut seolah-olah dia masih ‘single’ pula. Sepertinya dia sedang menjaga hati seseorang dan mahu menarik perhatian seseorang ya!

Online tapi tidak aktif di Facebook

Mungkin pasangan anda sedang seronok melayan chatting dengan seeorang di inboxnya, dan disebabkan itu, dia hanya online untuk berchatting dengan ‘kekasih gelap” nya sahaja.

Memiliki lebih dari 1 akaun Facebook

Jika mempunyai satu facebook sahaja, mungkin ianya bukan hal yang aneh. Tetapi jika memiliki lebih dari satu, itu mungki sesuatu yang aneh dan macam ada yang tidak kena!

Mungkin juga dia memiliki akaun lain untuk kekasih gelap nya itu.

BACA JUGA  Tarikh Lahir Sebagai Petunjuk: Rahsia Personaliti Wanita Yang Tersembunyi

Menyembunyikan telefon apabila terkantoi

Bila terkantoi dengan isteri, isteri nak pegang telefon pun susah. Mungkin sebab takut nanti isteri periksa segala perbualan.

Kadang-kadang pelik dengan perangai yang suka mengaku ‘single’ walaupun sudah memeiliki ramai anak. Jika terkantoi nanti takut isteri marah pula. Jika anda benar-benar jujur dan ikhlas mencintai isteri anda, sudah pasti anda tidak akan melukakan hati isteri yang sudah banyak berkorban untuk anda.

Sumber: My.theasianparent.com

Tags: curangfacebook

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved