senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Netizen

Makan Terlalu Laju Boleh Mengakibatkan Berat Badan Naik, Strok, Sakit Jantung Dan Kencing Manis

Yuyue by Yuyue
November 27, 2017
in Netizen, Tips
Cara Makan Tunjukkan Personaliti

Foto ilustrasi

885
SHARES
12
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Ada sesetengah daripada kita sangat gemar makan dengan laju. Antara faktornya ialah kesuntukkan masa, tetapi ianya hanyalah alasan semata-mata, jika benar anda sayangkan nyawa anda, anda harus mengambil berat akan cara pemakanan anda, kerana ianya mempengaruhi kesihatan anda,

Risiko untuk individu menghadapi penyakit seperti sakit jantung, strok dan diabetes boleh diukur melalui pengamatan terhadap cara seseorang itu makan, sama ada laju atau perlahan. Mungkin ianya seperti tiada kaitan, namun itulah hakikat yang anda perlu tahu dan ianya adalah pengetahuan yang sangat penting untuk anda. Memetik laman The Independent UK.

Seseorang yang makan dan kunyah secara perlahan dapat membantu melambatkan sindrom metabolik seperti tekanan darah tinggi, diabetes, obesiti dan tahap kolestrol tidak normal. Dan kerana itu, sunnah Rasulullah sendiri menggalakkan kita mengunyah sebanyak 40 kali dan makan secara perlahan-lahan. Sememangnya Rasulullah lebih mengetahui apa yang kita tidak ketahui. Dan ianya adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri.

Tahukah anda bahawa jika seseorang itu makan terlalu laju atau cepat, ia boleh menyebabkan gula dalam darah turun naik yang memungkinkan berlaku rintangan terhadap insulin.

Hasil penyelidikan yang yang dibentangkan di simposium American Heart Association Scientific Sessions 2017 menunjukkan bahawa makan dengan lebih perlahan berupaya menjadi kunci penjagaan kesihatan dan tubuh badan.

Satu kajian telah dijalankan oleh pasukan penyelidik dari Universiti Hiroshima, Jepun ke atas 624 lelaki dan 441 wanita dengan usia purata 51.2 tahun yang tidak mempunyai sindrom matabolik, pada 2008. Mereka membahagikan kumpulan lelaki dan wanita ini kepada tiga kategori kepada cara mereka makan sama ada lambat, biasa atau cepat.

Hasil kajian mendapati bahawa sebanyak 11.6 peratus lebih cenderung mengalami sindrom metabolik jika makan dengan laju berbanding makan secara biasa iaitu 6.5 peratus dan 2.3 peratus untuk mereka yang makan dengan perlahan.

ADVERTISEMENT

Selain itu, makan dengan laju juga dikaitkan dengan peningkatan berat badan, pinggang lebih besar dan glukosa dalam darah lebih tinggi.

BACA JUGA  Berfaedah Untuk Tubuh, Ini 20 Jenis Makanan Mengandungi Karbohidrat Kompleks

Manakala jika seseorang itu makan dan kunyah dengan perlahan, ia membolehkan otak menerima isyarat kenyang yang mana anda cenderung untuk berhenti makan sebelum kekenyangan.

Berbeza dengan mereka yang makan dan kunyah dengan laju, individu ini cenderung untuk tidak berasa kenyang dan berkemungkinan untuk makan lebih banyak.

ADVERTISEMENT
Tags: makanan

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved