senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Hubungan

Tanyakan Soalan Ini Pada Diri Sendiri Sebelum Membuat Keputusan Untuk Berkahwin

leav by leav
March 28, 2017
in Hubungan

Foto ilustrasi

8.1k
SHARES
35
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Keputusan untuk berkahwin akan mempengaruhi keseluruhan hidup anda. Sebelum itu, pastikan pasangan anda boleh bagi jawapan yang sesuai dengan keperluan anda sebagai bakal suami/isteri.

7 soalan berikut ini mungkin boleh tentukan sama anda dia sesuai atau tidak bersama anda. Jangan abaikan kepentingan soalan-soalan agar tidak menyesal di kemudian hari nanti.

1 “Selepas kahwin, di mana kita akan tinggal?”

Belum berkemampuan, apa salahnya tinggal dengan keluarga, bukan? Realitinya, banyak masalah lain pula yang akan timbul bila anda tinggal serumah dengan keluarga – sama ada keluarga sendiri atau keluarga mertua. Ada masanya keluarga anda yang rasa tak selesa. Lebih baik tinggal berjauhan tapi saling sayang dan rindu daripada tinggal serumah tapi asyik terasa hati.

2 “Bila ada anak, siapa yang akan menjaga anak nanti?”

Ya, anak tanggungjawab bersama. Maksud sebenar soalan ini adalah adakah anda akan hantar anak kepada pengasuh atau ibu bapa? Jika ibu bapa, ibu bapa anda atau ibu bapa pasangan anda? Sanggupkah mereka? Cukup sihatkah mereka? Adakah si dia berharap anda akan berhenti kerja satu hari nanti demi membesarkan keluarga? Sanggupkan anda lepaskan cita-cita, gaji dan karier anda? Semua ini anda kena fikirkan dari awal.

3 “Bagaimana kita akan uruskan perbelanjaan keluarga?”

Dalam keluarga Islam, tanggungjawab kewangan adalah tanggungjawab suami. Zaman inbi, tak semua lelaki ada pendapat yang sama. Ada yang mengharapkan isteri sama-sama bekerja untuk membantu kewangan isi rumah selagi pendapatan suami belum mencukupi. Ada pula isteri yang berlebihan dalam meletakkan tanggungjawab itu pada suami sampai membebankan suami. Bincanglah sampai capai kata sepakat terlebih dahulu.

4 “Apa tanggungjawab seorang suami, dan apa pula tanggungjawab seorang isteri?”

Soalan ini boleh mencertuskan pergaduhan jika tak dibincangkan di peringkat awal. Cuba bayangkan anda berdua hanya asyik bercinta dan berangan saja. Selepas kahwin, baru anda tahu yang isteri anda pemalas nak masak dan sebenarnya dia harapkan anda yang akan selalu membeli makanan sebab pada dia, menyediakan makanan adalah tanggungjawab suami. Bila berkahwin memang semuanya nampak indah dan semua masalah menjadi kecil, tapi selepas berkahwin 10 tahun dan anda sering bergaduh, perkara sekecil inilah yang akan selalu diungkitkan.

BACA JUGA  Lakukan Ini Jika Suami Tiba-Tiba Kata Mahu Berkahwin Lagi

5 “Siapa yang akan buat keputusan dalam perkahwinan?”

Ramai orang akan kata “suamikan ketua keluarga…”, tapi lama-lama bergaduh sebab suami selalu guna kuasa veto dan isteri rasa dirinya tak penting pun sebab pendapatnya tak pernah membawa apa-apa kesan pada suami. Dalam hidup berumah tangga, suami dan isteri perlu saling menghormati. Suami ketua keluarga sebab lelaki selalunya kurang emosi. Tapi suami yang bijak perlu tahu kawal emosi isteri dan buat isteri rasa dihargai.

6 “Bagaimana cara terbaik untuk didik anak-anak kita nanti?”

Hakikatnya, ramai pasangan yang bergaduh sebab tak setuju tentang apa yang terbaik untuk anak-anak mereka – sekolah kebangsaan atau sekolah swasta? Sekolah antarabangsa atau sekolah agama? Ada orang yang rasa memang patut bekerja keras dan berhabis duit untuk hantar anak ke sekolah yang dirasakan yang terbaik tapi ada juga yang yang rasa sekolah biasa pun dah memadai. Selain itu, bincangkan juga bagaimana anda patut ajar anak-anak tentang agama nanti dan bagaimana nak capai matlamat sebuah keluarga.

ADVERTISEMENT

7 “Ada apa-apa isu kesihatan yang patut diketahui?”

Sebelum berjanji sumpah setia, fikirkan dulu realitinya. Jika si dia ada penyakit yang tak dapat disembuhkan, sanggupkah anda menjaganya sampai bila-bila? Sanggupkah anda bangun tengah malam untuk lapkan muntahnya? Sanggup bekerja seorang diri demi tanggung kos perubatan si dia? Bila dah fikirkan sedalam-dalamnya dan anda rasa sanggup, dipersilakan. Perbincangan awal tetap perlu supaya anda tak menyesal dan tak timbul isu lain di kemudian hari.

ADVERTISEMENT
Tags: kahwin

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved