senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Tips

3 Tips Paling Berkesan Halau Nyamuk

leav by leav
April 16, 2017
in Tips

Foto ilustrasi

108
SHARES
73
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Siapa jenis yang senang kena gigit nyamuk? Pasti ada kan? Lebih-lebih sewaktu mahu tidur, nyamuk berterbangan di sekitar telinga, eeeee, pasti geram bukan?

Ada beberapa tips agar tidur anda bebas diganggu nyamuk! Semak berikut ini.

Kelambu + Semburan Nyamuk

Zaman dahulu, ratu Mesir, Cleopatra menggunakan kain kelambu di tempat tidurnya untuk menghindarkan dari serangan nyamuk yang ganas. Zaman dahulu, orang-orang miskin tidak sanggup membeli kain kelambu kerana harganya mahal dan akhirnya harus tidur dengan gigitan nyamuk yang terus mengganggu. Sebenarnya, ramai orang yang tidak menyedari bahawa jika kita menyembur ubat nyamuk di atas kain kelambu kita sebelum tidur ini boleh membantu kita untuk membunuh nyamuk yang berusaha hinggap di atas kain kelambu kita. Tak percaya? Cubalah sendiri di rumah.

Losyen Anti Nyamuk

Walaupun ada sebahagian dari anda yang mungkin tidak senang menggunakan losyen anti nyamuk, tapi percaya atau tidak, losyen anti nyamuk ini berguna buat anda yang sering jadi digigit nyamuk! Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Universiti Florida pada tahun 2004, nyamuk terbukti takut terhadap losyen DEET yang disapu ke salah satu tangan dalam percubaan tersebut. Lihat gambar di bawah ini.

Hasil kajian: Tangan kiri disapu losyen DEET dan tangan kanan tidak memakai apa-apa.

Dari hasil kajian di atas, dapat dilihat jelas kenapa selama ini anda selalu digigit nyamuk? Kajian ini membuktikan bahawa nyamuk tidak suka dengan bau losyen DEET ini.

Mungkin anda tidak suka rasa melekit yang ada pada losyen anti nyamuk, anda sebenarnya juga boleh membuat losyen anti nyamuk sendiri. DEET mengandungi beberapa tanaman herba seperti cengkih, daun pudina, bunga geranium, bunga catnip, callicarpa. Bahan ini mempunyai kuasa menahan serangan nyamuk yang cukup tinggi sehingga jika anda sapukan beberapa kali ke kulit, dijamin akan terus terhindar dari nyamuk.

BACA JUGA  Tips Buat Bibir Pink Semulajadi Dalam Masa 24 Jam

Selain beberapa tanaman herba di atas, bunga Edelweis juga boleh menjadi pilihan yang tepat untuk mengusir nyamuk. Selain mengusir nyamuk, bau yang dihasilkannya juga dapat mengusir serangga dari rumah.

Mungkin anda takut menggunakan losyen anti nyamuk kerana takut alergi ataupun tak suka rasa melekit, anda boleh menggunakan wangian bilik yang khusus untuk mengusir nyamuk. Ramai orang yang takut akan bahaya wangian anti nyamuk ini pada kesihatan pernafasan kita, tapi jangan bimbang kerana minyak wangi ini mengandungi bahan seperti permetrin, phenothrin, aletrin, bifenthrin, cypermethrin yang sama sekali tidak berbahaya bagi kesihatan kita.

ADVERTISEMENT

Bersihkan Sekeliling Rumah

Takukah anda nyamuk yang berterbangan di rumah kita hidup di lopak air? Nyamuk culex ini biasanya mempunyai 4 fasa sebelum berkembang menjadi seekor nyamuk dewasa. Nyamuk ini mengalami metamorfosis bermula daripada telur, larva, pupa dan kemudian menjadi seekor nyamuk dewasa. Salah satu cara paling mudah yang boleh anda lakukan untuk membasmi nyamuk ini adalah bersihkan sekeliling rumah anda.

Bersihkan lopak air yang bertakung di sekitar rumahseperti tayar kereta yang sudah rosak, sinki, pasu bunga, mesin basuh, paip air, tempat air minum untuk haiwan peliharaan, dan segala bekas yang digunakan yang boleh menampung air. Usahakan untuk tidak membiarkan ada air walaupun sedikit di mana-mana di rumah untuk mencegah pembiakan nyamuk.

Bagaimana? Belajar sesuatu dari pembacaan ini? Semua orang pernah melakukan helah tips satu atau dua, tapi ramai orang tidak melakukan tips yang ketiga kerana dianggap tidak begitu penting. Mulai sekarang, usir nyamuk jauh-jauh dari rumah anda, biar nyamuk lari lintang pukang macam ternampak pontianak. Kongsikan artikel ini kepada kawan-kawan yang kerap digigit nyamuk juga!

BACA JUGA  Cara Mudah Membunuh Ribuan Nyamuk Semalaman

Sumber: buzzhand

ADVERTISEMENT
Tags: nyamuk

Popular Minggu Ini

  • Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    59 shares
    Share 24 Tweet 15
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    254 shares
    Share 102 Tweet 64
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    138 shares
    Share 55 Tweet 35
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    415 shares
    Share 166 Tweet 104
  • Teman Malaysia: Servis Bawa Warga Tua ke Hospital, Jaga di Rumah dan Berjalan-jalan

    1 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved