senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Hubungan

20 Tanda Pasangan Anda Curang

Yuyue by Yuyue
April 18, 2017
in Hubungan

Foto ilustrasi

155
SHARES
162
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Pernah tak kita dengar ada yang mengatakan bahawa dunia ini adalah pentas lakonan yang sebenar. Malah jauh lebih hebat dari lakonan di layar filem atau drama-drama popular yang diminati ramai.

Seperti itu jugalah dalam perhubungan. Kita tidak akan tahu sama ada si dia benar-benar ikhlas mencintai atau kita cuma dijadikan permainan untuk melepaskan rasa bosan si dia.

Namun, bagaimana kita boleh mengetahui tanda-tanda kecurangan hati kekasih kita? Semak tanda-tandanya berikut ini.

Perubahan tingkah laku

Apabila pasangan kita susah berubah hati biasanya akan mempengaruhi tingkahlakunya terhadap pasangan. Contohnya, bila anda bersamanya. Anda mungkin perasan si dia tidak lagi ramah seperti dahulu, si dia lebih banyak masa dengan telefon bimbitnya, tidak lagi fokus dengan apa yang sedang anda berdua bincangkan, seperti ada sesuatu yang sedang menganggu fikirannya, mungkin si dia sedang memikirkan seseorang,

Suka Memberi alasan

Setiap kali anda menelefon si dia, si dia yang dahulunya gemar meluangkan masa berjam-jam berbual dengan anda, sekarang sudah pandai memberi pelbagai alasan untuk singkatkan perbualan anda berdua. Contoh kehabisan bateri telefon bimbit dan pelbagai alasan diberikan. Ini antara tanda-tanda paling ketara yang menunjukkan si dia wudah mulai bosan dengan anda.

Tidak lekang dari telefon bimbitnya

Apabila bersama pasangan anda, si dia kalau dahulunya sentiasa memberikan tumpuan 100% kepada anda kini lebih mementingkan telefon bimbitnya berbanding berborak dengan anda, kerap mesej, tersenyum seorang diri, jaga-jaga mungkin saja seseorang sedang membuat si dia tersenyum. Dahulunya tiada sebarang rahsia antara anda berdua, malah kata laluan masuk telefon pintar pun anda berdua kongsikan, tetapi sekiranya tiba-tiba anda terlihat si dia meletakkan kata laluan masuk yang baru dan tidak mengizinkan anda membukanya, AWAS!!! Kemungkinan besar ada rahsia yang disembunyikan.

BACA JUGA  Lelaki Sebenarnya Paling Cepat Jatuh Cinta Namun Mereka Masih Ego

Sentiasa kelihatan gelisah

Si dia asyik diamkan diri, kadang-kadang bangun, kadang-kadang duduk, kerap memandang jam tangan. Nampak wajah si dia gelisah, bila ada panggilan masuk si dia tergesa-gesa ke tandas dan membawa telefon bersama, agak ketara perubahan sikap si dia bukan?

ADVERTISEMENT

Menolak

Apabila diajak keluar, si dia sering menolak dan memberi pelbagai alasan. Alasan-alasan yang tidak munasabah seperti sakit perut, tak cukup duit sedangkan anda menawarkan diri untuk mengeluarkan belanja tetapi si dia tetap menolak. Itu tandanya si dia benar-benar ingin menjauhkan diri dari anda. Kemungkinan juga si dia sudah bersedia untuk meninggalkan anda.

Membesarkan masalah kecil

Suka membesarkan perkara kecil sehingga mengakibatkan perbalahan yang boleh menghancurkan hubungan anda berdua. Kadang-kadang si dia yang sering memulakan pergaduhan, mungkin juga kerana si dia sudah mulai bosan dengan anda.

Kurang melafazkan kata-kata cinta

Jika dulu, setiap mesej diselitkan dengan kata-kata cinta, setiap luahan pastinya berbunga-bunga, tapi sekarang sudah tidak lagi, malah dia lebih gemar menutup perbualan hanya dengan ‘bye’.

Tersasul menyebut nama panggilan lain

Selama ini, anda dan si dia menggunakan panggilan ‘Abang’ dan ‘Sayang’ , tetapi si dia pula tersalah panggilan anda dengan panggilan ‘Baby’. Aneh bukan? Jaga-jaga, dia sudah terbiasa menggunakan pangilan itu terhadap teman wanitanya yang baru.

ADVERTISEMENT

Tidak menghargai pemberian anda

Setiap pasangan kebiasaannya mempunyai sesuatu tanda atau barang berharga yang pernah dihadiahi oleh pasangan, Contohnya anda mungkin telah menghadiahkan si dia sebentuk cincin tanda cinta. Kalau dulu si dia sangat sayangkan pemberian anda, tapi sekarang tidak lagi, malah kerap memberi alasan terlupa.

Membalas panggilan/Mesej teks acuh tak acuh

Kini keadaan semakin tegang, oleh kerana si dia sering acuh tak acuh dalam melayan pesanan teks, anda mulai rasa bosan untuk berkomunikasi bersama si dia. Apatah lagi si dia sudah jarang membuat panggilan bertanyakan khabar, apabila anda yang menghubungi si dia, si dia banyak mendiamkan diri dari melayan perbualan anda. Situasi terasa suram dan membosankan.

BACA JUGA  5 Tanda Suami Sayang Isteri Lebih

Menjawab panggilan secara berbisik

Setiap kali anda menghubunginya, si dia sering mengecilkan suara malah sepertinya tergesa-gesa ingin mengakhiri perbualan telefon, sibuk katanya.

Tidak mesra semasa bertemu

Ketika anda berdua keluar bersama, si dia tidak mudah menegur anda. Tidak semesra seperti dahulu apatah lagi ingin bergurau senda dengan anda. Malah rasa janggal ketika bersama anda, anda juga turut rasakan perkara yang sama sehinggakan sepanjang pertemuan itu menjadi sangat suram.

Cepat marah

Kadang-kadang soalan yang anda ajukan hanya soalan biasa-biasa sahaja seperti bertanyakan aktiviti hariannya, tetapi si dia terus naik marah. Pelik, bukan?

Merajuk tetapi tak dipujuk

Perkara biasa dalam bercinta, ada perselisihan dan merajuk, tetapi akhir-akhir ini anda dibiarkan memujuk hati sendiri tanpa diberi perhatian.

Tidak menghubungi anda

Jika di awal perkenalan dahulu, tak mendengar suara anda buat si dia rasa tak keruan tetapi sekarang sebaliknya. Setiap kali menghubungi anda si dia tidak keruan, sehinggakan si dia membuat keputusan untuk tidak menghubungi anda lagi.

Menipu

Setiap kali disoal keluar dengan siapa dan berada di mana, si dia sering mengelak malah sanggup berbohong.

Hadiah secara tiba-tiba

Pastinya terkejut apabila memdapat hadiah yang tidak disangka-sangka dari si dia. Sedangkan hari itu tiada yang istimewa. Mungkin juga si dia cuba menyembunyikan sesuatu dari anda. AWAS!

Diam tanpa berita

Ada suatu ketika anda tidak menerima sebarang teks pesanan atau panggilan dari si dia dalam masa yang agak lama, bila ditanya si dia memberi alasan talian bermasalah, sedangkan anda juga menggunakan talian yang sama. Tidak logik bukan?

‘Hint’ dari sahabat

Jika sahabat baik anda berkelakuan aneh apabila bercakap mengenai pasangan anda. Ada kemungkinan sahabat baik anda mengetahui apa yang anda tidak ketahui. Anda seharusnya lebih peka terhadap situasi tersebut, ini kerana seorang sahabat yang baik tidak mungkin mahu melihat sahabatnya tersalah pilih pasangan dan jika sahabat anda memberi ‘hint’ memburukkan pasangan anda, mungkin anda harus siasat akan perkara tersebut.

BACA JUGA  5 Kerugian Apabila Menipu Dan Curang Dengan Pasangan

Naluri

Sebagai wanita, kita diberi naluri yang sangat sensitif bila ditanya berkaitan dengan cinta. Tanda-tanda seperti diatas selalunya telah dapat dihidu walaupun pasangan tidak mengaku bahawa telah menaruh harapan kepada insan lain, hanya dengan gerak geri pasangan, tingkah laku yang mencurigakan, wanita mampu membaca fikiran pasangannya.

Oleh yang sedemikian, sekiranya hati tidak mampu membahagiakan, janganlah sesekali memberi harapan.

Tags: curang

Popular Minggu Ini

  • Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    59 shares
    Share 24 Tweet 15
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    254 shares
    Share 102 Tweet 64
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    138 shares
    Share 55 Tweet 35
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    415 shares
    Share 166 Tweet 104
  • Teman Malaysia: Servis Bawa Warga Tua ke Hospital, Jaga di Rumah dan Berjalan-jalan

    1 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved