senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Hubungan

Soalan Yang Orang Single Tidak Mahu Dan Meluat Dengar

Yuyue by Yuyue
May 19, 2017
in Hubungan

Foto ilustrasi - pinterest.com

2.2k
SHARES
90
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Anda pasti mempunyai rakan yang sudah berumur 30-an dan masih bersendirian tanpa kekasih hati, kan? Tidak kira lelaki atau perempuan, pastinya mereka ada alasan mereka yang tersendiri.

Ada dikalangan kita suka bertanyakan soalan-soalan berkaitan hati dengan mereka, adakah mereka berminat untuk mendirikan rumahtangga atau tidak. Siapa pun mempunyai keinginan untuk berkongsi kasih dan mendirikan rumahtangga yang bahagia, tapi apakan daya, mungkin jodoh belum sampai.

Jangan sesekali anda menyoal mereka dengan soalan-soalan yang akan mengguris perasaan mereka, jangan terlalu merasa diri sudah sempurna apabila sudah mendirikan rumahtangga, dan melihat mereka dengan penuh kekurangan. Mungkin anda tidak tahu bahawa mereka yang bersendirian lebih rasa selamat dan rasa bahagia berbanding anda yang sudah berumahtangga mungkin mengalami stress berpanjangan.

Foto Ilustrasi

Mari kita lihat antara soalan-soalan yang perlu dielakkan jika anda bertemu dengan rakan-rakan anda yang masih belum berkahwin, dan sudah tentu merka yang mendengar akan merasa meluat dan benci dengan soalan-soalan seperti ini diajukan.

Kau single lagi ke? Bestnya hidup macam kau

Bunyi nya seperti memerli, jika anda rasa mereka yang tidak mempunyai kekasih tidak terasa dengan persoalan begini. Mungkin seperti memuji, tetapi ianya adalah soalan paling tidak disukai mereka yang masih belum mempunyai kekasih. Jangan buat-buat prihatin jika sebenarnya ingin menyakitkan hati.

Tak pernah rasa sunyi ke?

Sebenarnya mereka yang tidak mempunyai kekasih hati bebas melakukan apa sahaja aktiviti yang mereka suka, tiada yang menghalang dan tidak perlu risau jika keluar dengan rakan lelaki, sekurang-kurangnya tidak perlu fikir jika ada yang cemburu buta.

ADVERTISEMENT

Tak risau kau kalau susah nak mengandung nanti?

Sememangnya untuk wanita yang berumur 40 tahun keatas mempunyai risiko yang besar untuk ada masalah ketika mengandung, tetapi tidak perlu mempersoalkan kerja ALLAH S.W.T. jika ada rezeki, umur 80 tahun pun masih boleh mengandung dan beranak, siapa anda untuk menentukan susah atau senang orang yang berumur untuk mengandung.

BACA JUGA  Adakah Pasangan Anda Masih Cinta Bekas Kekasih?

Memang tak ada dating dengan siapa-siapa ke?

Wanita yang berkejaya memang susah untuk keluar temu janji dengan lelaki yang tidak dikenali, jika anda bertanyakan soalan ini, pastinya mereka akan berkata “sibuk dengan kerja, bukan penting pun”. Jandi jika boleh jangan menyibuk dengan urusan orang lain, diam jika perlu.

ADVERTISEMENT

Kau tak nak cuba online dating. Mana tau jumpa jodoh

Macam-macam soalan yang ditanya, dan ada juga yang cuba memberi pendapat. Sebenarnya mereka bukan tidak tahu tentang keluar temu janji ataupun cuba mencari jodoh. Cuma mereka lebih fokuskan apa yang penting.

Jangan risau, satu hari kau akan jumpa jodoh kau

Jodoh dan pertemuan segalanya rahsia ALLAH S.W.T. Cepat atau lambat, itu urusan ALLAH S.W.T juga.

Nanti bila kau dah kahwin, mesti kau harap nak single balik

Ini kata-kata yang boleh buatkan orang single takut nak kahwin, sebaiknya jangan ceritakan perkara negatif. Jika nak bercerita, sebaiknya yang baik-baik saja.

Kau ni terlalu memilih sangat kot?

Memilih untuk kebaikan tidak mengapa, jangan saja tersalah pilih, merana sampai ke tua.

Jika ada rakan-rakan yang belum berkahwin, elakkan bertanya dengan soalan-soalan diatas. ada segelintir wanita yang mendengar soalan begitu, boleh mendatangkan stress pada mereka. Ada juga wanita yang tidak ambil kisah, tanya saja soalan-soalan sebegitu, dia akan jawab dengan selmaba, dan bersahaja. Tetapi jika rakan anda seorang yang sensitif, mungkin mereka akan menjadi sedih dan murung. Apa yang perlu anda tahu, jodoh itu bukan kita yang tentukan, kita hanya merancang, dan ALLAH S.W.T yang tentukan. Wallahualam

Sumber: Hanasuva

Tags: single

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved