senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Netizen

Tips Teknik Kuasai Bahasa Inggeris Dengan Pantas Dan Cepat

Yuyue by Yuyue
May 24, 2017
in Netizen
belajar bahasa inggeris

Ilustrasi - Foto: Zmescience

123
SHARES
64
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Ramai diantara kita yang gagal dalam mata pelajaran bahasa Inggeris, mengapa? Dan kenapa ianya terjadi? Sedari tadika hinggalah habis tingkatan 5, sambung lagi belajar dekat kolej atau universiti sehingga tamat belajar, tetapi masih lemah dalam menguasai bahasa inggeri. Ini salah siapa? Salah guru atau anak itu sendiri?

Mengikut kajian dibuat, graduan yang keluar dari universiti tempatan, hanya 30 peratus yang boleh menguasai kebolehan bercakap dan menulis dengan baik.

Mungkin salah anak-anak kerana tidak begitu fokus ketika belajar, atau mungkin cara pembelajaran itu sendiri yang membuatkan anak-anak rasa bosan dan jadi malas hendak belajar. Untuk mempelajari bahasa asing sememangnya bukan perkara yang mudah, oleh itu harus membuat kelainan supaya nampak lebih mudah dan menarik.

Selain guru, ibu bapa juga berperanan penting dalam mendidik anak-anak dirumah. Jika hanya belajar di sekolah tidak cukup, cuba ibu bapa terapkan penggunaan bahasa inggeris dirumah, supaya pembelajarannya di sekolah tidak hanya hilang begitu saja.

Disini ada beberapa tips bagaimana untuk mahir dalam menguasai bahasa inggeris, cara ini boleh digunakan oleh pelajar dan juga orang yang bekerja.

cara belajar bahasa inggeris dengan mudah
Foto ilustrasi

Assalammualaikum pembaca semua. Saya harap admin dapat approve confession saya nie.

Baru-baru ini admin ada siarkan satu confession seorang confessor mengenai pengalaman beliau belajar BI. Saya ucapkan tahniah kepada confessor kerana berusaha untuk menguasai BI.

Sebagai seorang guru BI, usaha confessor patut diberi pujian kerana bukan mudah untuk menguasai BI. Walaupun banyak pengalaman pahit confessor semasa belajar namun beliau tidak berputus asa. Confessor pun ada bagi serba sedikit tips untuk menguasai BI.

ADVERTISEMENT

Disini saya mahu kongsi teknik menguasai BI dengan mudah untuk pelajar (orang bekerja juga boleh cuba). Kunci utama yang kena semat dalam fikiran ialah kalau mahu mahir BI, kena gunakan BI. Nak mahir bertutur, kena cakap walaupun sukar.

BACA JUGA  7 Cara Mudah Didik Pasangan Urus Kewangan Walaupun Gaji Bulanan Kecil

Nak mahir menulis, kena juga tulis. Biar salah janji cuba. Mungkin ada yang sudah tahu mengenai teknik-teknik ini, tapi ia mungkin bermanfaat kepada sesiapa yang masih takut untuk menggunakan BI. Saya cuba untuk kurangkan mencampur BM dan BI supaya tiada kekeliruan berlaku.

Gunakan hiburan sebagai sumber pembelajaran bahasa inggeris

Teknik ini paling mudah dan menghiburkan untuk menguasai BI. Pilih satu genre muzik atau movie yang diminati. Cuba hayati dan fahami lirik lagu dan dialog dalam lagu dan movie tersebut.

Contohnya, saya memang minat Linkin Park dan Evanescence masa saya remaja dulu (masih lagi minat. Hehehe…) Jadi saya mula dengan mendengar lagu, hafal lirik-lirik sebab nak menyanyi punya fasal. Dari situ saya mula cari maksud perkataan dalam lirik yang saya baca dan fahamkan lagu tersebut.

ADVERTISEMENT

Begitu juga dengan filem. Hampir setiap hari (zaman universiti) saya ‘dengar’ movie kegemaran saya. Saya pasang headphone, dengar dialog tanpa menonton movie tu. Dari situ saya paksa diri saya untuk faham cerita tanpa visual.

Selain dari mendengar, saya juga berlatih menyebut perkataan dalam dialog movie dengan betul. Selalunya semasa buat assignment saya suka ‘dengar’ movie. Antara movie yang bagus untuk improve BI ialah Harry Potter series dan kartun.

Saya tahu ada sesetengah Melayu yang akan memberi alasan hiburan melaghakan anak-anak. Tetapi sekiranya ibu bapa memantau hiburan anak-anak, ianya tidak menjadi masalah. Ini kerana di sekolah juga guru-guru harus menggunakan hiburan semasa mengajar (didik hibur)

Menulis journal/diary/blog

Cuba tulis apa yang anda lakukan dalam masa sehari dalam BI. Tidak perlu terlalu details sebagai permulaan. Mulakan dengan satu perenggan. Esok lusa boleh tulis satu muka surat. Kalau nak lebih canggih, buat blog. Buat review makanan ke, make up ke, atau apa sahaja yang menarik minat anda. Yang penting, TULIS.

BACA JUGA  "Nak Kawen Ke Nak Ajak Gaduh" - Gaya Pengantin Wanita Berjalan Ala Gangster

Mungkin ada yang risau kalau grammar salah ke, ejaan tidak betul ke. Who cares! Itu blog anda, peduli la orang nak cakap apa. Insya Allah, lama-lama anda sendiri akan improve secara tidak langsung. Tapi, anda harus usaha untuk memperbaiki kesilapan anda. Google saja kalau tidak pasti. Dengan teknologi yang ada sekarang ini bukan alasan untuk tidak tahu.

Bercakap bahasa inggeris di hadapan cermin

Kadang-kadang sukar hendak mencari rakan yang mahu bertutur dalam BI. Mesti ada yang akan cop anda poyo, berlagak, Melayu tak sedar diri dan lain-lain lagi. Jadi macam mana mahu berlatih bertutur? Mudah saja, gunakan cermin.

Cuba bersembang dengan diri anda menggunakan BI sepenuhnya di hadapan cermin. Tengok gaya anda brtutur. Anda juga boleh memperbaiki cara bertutur dengan menggunakan carmin.

Bertutur dengan guru/pensyarah bahasa inggeris

Saya yakin ramai guru BI yang mahu murid-muridnya bertutur dalam BI. Saya sendiri terpaksa ‘paksa’ murid saya untuk bertutur. Disini, nasihat saya kepada pelajar, ambillah peluang ini untuk memahirkan diri anda dalam menguasai BI. Cakap, sembang dengan guru/pensyarah anda. Jangan marah atau sentap kalau guru anda tegur kesalahan anda. Ada yang baru kena tegur sikit dah boikot tak nak cakap BI. Sebenarnya guru/pensyarah tidak rugi tapi anda sendiri.

Banyakkan membaca bahasa inggeris

Kalau sebut membaca mesti rasa bosan. Senang saja, cari bahan bacaan yang menarik minat anda. Tidak semestinya perlu baca akhbar untuk kuasai BI. Banyak komik yang dalam BI juga. Kalau minat novel, beli 1 novel BM, 1 novel BI. Pastikan baca sampai habis. Tidak perlu buka kamus semasa baca novel BI. Cuba teka maksud perkataan dengan membaca ayat. Tidak perlu membuang masa. Bila sudah habis baca, ulang lagi sekali sehingga and faham. Sejujurnya, saya lagi gemar membaca komik dan novel daripada membaca akhbar semasa saya mahu improve BI saya.

BACA JUGA  Wajah Gadis Ini Cantik Dan Comel Persis Anak Patung

Tanamkan minat untuk belajar BI

Berdasarkan tips yang saya bagi tadi, yang penting cari sumber yang anda minat dan GUNAKAN sumber tersebut. Minat movie, belajar melalui movie. Minat lagu, belajar melalui lagu. Jangan sesekali cakap BI susah dan tanam rasa bosan semasa belajar BI.

I hope that these tips will help you to improve your English. Lastly, please don’ t give up easily.

– Miss I

Diharap dengan perkongsian ini dapat membantu anda bagaimana hendak memahirkan diri dalam menggunakan bahasa inggeris. Tidak ada yang mustahil jika anda benar-benar ingin belajar, usaha itu perlu jika ingin berjaya.

Sumber: iiumc

Tags: inggeris

Popular Minggu Ini

  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    221 shares
    Share 88 Tweet 55

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved