senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Tips

Kelebihan Urut Tapak Kaki Sebelum Tidur

leav by leav
June 3, 2017
in Tips
136
SHARES
237
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Urut tapak kaki sebelum tidur dan rasai kesannya apabila bangun esok pagi.

1. Melancarkan Aliran Darah

Urutan di tapak kaki secara teratur dan konsisten mampu melancarkan aliran darah secara optimum. Selain itu, aliran darah yang baik dan lancar membantu untuk mendapatkan kulit yang lebih sihat dan mengurangkan pengumpulan kolestrol dan lemak dalam darah. Kepada pesakit diabetis, urutan pada kaki sekurang-kurangnya 20 minit sebelum tidur membantu dalam proses penyembuhan.

2. Mengatasi Masalah Migrain

Anda punyai masalah migrain atau sakit kepala? Kajian mendapati bahawa dengan melakukan urutan serta menekan bahagia tertentu pada tapak kaki mampu memulihkan beberapa penyakit termasuk migrain.

3. Menurunkan Tekanan Darah

Satu lagi manfaat luar biasa dengan mengurut tapak kaki sebelum tidur adalah menurunkan tekanan darah. Bukan sahaja menurunkan tekanan darah malah urutan yang lembut di kaki akan membantu menyegarkan tubuh menjadikan diri lebih tenang dan santai. Terdapat kajian di mana ia menyatakan bahawa mengurut tapak kaki selama 10 minit sebelum tidur membantu tubuh merembeskan hormone yang mencetuskan perasaan cemas serta membantu mengatasi masalah lain termasuklah tekanan darah tinggi.

4. Memulihkan Hubungan Intim Bersama Pasangan

Mengurut tapak kaki dengan menggunakan minyak aromaterapi beserta alunan muzik yang mendamaikan mampu memberi ketenangan kepada tubuh dan emosi. Di saat ini pastinya menjadikan diri dan pasangan lebih bersedia untuk hubungan intim yang lebih baik. Urutan yang tepat di tapak kaki dipercayai mampu meningkatkan keinginan seksual seseorang.

5. Menurunkan Risiko Menopause

Mengurut tapak kaki sangat baik untuk kaum wanita. Menurut kajian, aktiviti mengurut tapak kaki mampu melambatkan risiko menopause. Ia sangat baik untuk mengatasi masalah sembab atau bengkak kaki semasa mengandung. Oleh itu, kaum bapa yang macho dan gentleman, urut dan sila manjakan isteri anda.

Alhamdulillah sedikit perkongsian yang dipetik dari mediakesihatan. com, beberapa faedah mengurut tapak kaki yang mungkin kita tidak pernah tahu sebelum ini.

ADVERTISEMENT

Oleh itu, pasangan suami isteri, sama-samalah mengurut tapak kaki pasangan anda sebelum tidur ya!

Semoga info ini memberikan manfaat dan juga agar kita diberikan kesihatan yang maksima serta dijauhkan dari pelbagai jenis penyakit yang menanti tanpa mengenal usia mahupun keturunan. Kongsikan kepada suami/isteri anda, minta tolong urutkan mulai malam ini. Jom!

Sumber: facebook/Petua Ibu

ADVERTISEMENT
Tags: exctapak kakiurut

Popular Minggu Ini

  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    146 shares
    Share 58 Tweet 37
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    430 shares
    Share 172 Tweet 108
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    233 shares
    Share 93 Tweet 58
  • 16 Tempat Menarik Di Tampin Untuk Diterokai

    121 shares
    Share 48 Tweet 30
  • 12 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Port Dickson Terbaik

    59 shares
    Share 24 Tweet 15

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved