senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Tips

Tips Hilangkan Bintik Hitam Pada Wajah

leav by leav
June 4, 2017
in Tips

Foto: Medical News Today

13.6k
SHARES
363
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Masalah blackhead dan whitehead ini berpunca dari kulit muka yang berminyak sekaligus menyebabkan masalah pada liang-liang pori.

Selain itu, kulit muka juga akan jadi berlubang-lubang dan membentuk bintik hitam. Jadi, cara pencegahannya senang sahaja. Anda perlu menggunakan 9 bahan-bahan semulajadi ini dan hasilnya memang berkesan.

Ais

Ambil kiub ais dan balut dengan kain dan letak di bahagian kulit yang bermasalah. Lakukan selama 30 saat. Kalau tiada masa terluang, korang boleh cuci muka dengan air sejuk berais sekali sehari. Nak lagi berkesan, korang gantikan air ais dengan jus timun, jus epal atau teh hijau dengan syarat air tersebut harus disejukkan.

Kenapa ais? Fungsi ais adalah meningkatkan simulasi pengaliran darah yang membantu kulit untuk jadi lebih sihat.

Cuka Epal

Campurkan cuka dalam air. Ambil kapas, celupkan dan sapu pada kulit muka. Biar hingga kering dan kemudian bilas. Lagi berkesan sekiranya dilakukan pada waktu malam selepas mencuci muka.

Cuka epal boleh menegangkan kulit muka.

Putih Telur

ADVERTISEMENT

Ambil putih telur dan pukul dalam bekas kemudian sapu pada muka. Bilas sebaik sahaja jadi kering. Jangan lupa untuk letakkan tisu di atas muka selepas sapu putih telur tersebut. Tarik tisu tersebut selepas putih telur itu betul-betul kering di muka korang. Lakukan 2 kali seminggu.

Putih telur sangat membantu untuk mengecilkan liang pori dan menghalang kulit muka berminyak.

Skrub gula

Cara-caranya:

-dua sudu gula
-satu sudu minyak zaitun
-sedikit jus lemon
-Gaul kesemua bahan ini dan sapu pada muka.
-biarkan selama 30 minit
-bilas

ADVERTISEMENT

Lakukan setiap hari. Kalau nak skrub gula korang wangi, boleh letak kayu manis .
Skrub gula juga membantu mengurangkan minyak di muka dan mengecilkan liang pori.

BACA JUGA  Growth Watch Month Beri Kesedaran Masalah Bantut Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Remaja

Soda bikarbonat

Jadikan soda bikarbonat sebagai pes . Ambil dua sudu soda bikarbonat dan letak dalam air. Sapau di wajah dan urut wajah untuk memastikan pes tersebut serap di kulit muka.

Soda bikarbonat berfungsi untuk membuang kotoran pada wajah dna merawat masalah jerawat di muka.

Jus Lemon

Letak satu sudu madu dalam jus lemon. Sapu selama 15 minit di muka sebelum bilas. Lakukan setiap hari tau!

Untuk kekal cerah, hilangkan bintik hitam dan mengecilkan liang pori boleh guna kaedah ini

Timun

Jadikan timun sebagai jus. Rendam kapas dalam jus dan sapu pada muka. Guna cara ini setiap hari dan jangan lupa durasinya dalam 15 minit tau! Kemudian bilas okay!

Yogurt

Senang sahaja, beli yogurt original tu. Kemudian sapu dekat kulit muka selama 10 minit dan bilas. Yogurt membantu menghilangkan garis kedut di muka, minyak berlebihan dan sel-sel kulit mati.

Oat

-sediakan 2 sudu oatmeal
-2 sudu susu tepung
-Campurkan 5 sudu madu
-Gaul sampai sebati dan sapu di muka. Sapu sampai kering dan bilas

Lakukan kesemua 9 cara ini dan jangan dedahkan kulit muka anda pada sinaran matahari.

Sumber: Sinar Harian

Tags: wajah

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved