senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Kesihatan

Petua Berkesan Hilangkan Bisul

Yuyue by Yuyue
June 7, 2017
in Kesihatan

Foto ilustrasi - unsplash.com/@davidfanuel

110
SHARES
21
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Dengar saja bisul, sesetengah orang sudah biasa mengalaminya, sakit tak payah nak cakap. Hanya yang pernah alami tahu sakitnya bisul ini.

Bisul tak kira nak berlaku dekat siapa, orang dewasa ataupun budak kecil. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues.

Individu yang mengidap penyakit diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua antara faktor mudah mendapat bisul.

Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria.

Jika anda mengalami masalah bisul atau luka, cuba petua ini memang berkesan! Ianya menggunakan kaedah semulajadi yang ternyata memberi kesan yang cepat dan selamat.

Untuk menyediakannya anda perlukan:

Madu 1 sudu makan.
Tepung 1 sudu makan.
1 kuning telur

Bagaimana cara menggunakan?

ADVERTISEMENT
Foto ilustrasi

Sapukan adunan betul-betul di atas luka atau ulser. Kemudian tutup dengan sehelai kertas tipis (tuala bersih atau kertas tandas). Tukar kertas setiap 3 jam sebelum meletakkan lagi, membersihkan luka. Untuk sapuan waktu malam, biarkan semalaman esok paginya baru tukar. Sekiranya hari berikutnya tiada rasa sakit, maknanya nanah sudah tiada.

Jika campuran ini tidak sesuai dengan kulit anda, mungkin anda ada alergi boleh guna salah satu petua dibawah juga:

1.Ambil sedikit kapur makan dan sapukan di tempat yang ditumbuhi bisul. Lakukan selalu, Insya-Allah ia akan hilang dan sembuh

BACA JUGA  Warga Emas Berusia 104 Tahun, Sembuh Covid-19

2. Tumbuk bawang putih hingga hancur.Sapukan bawang putih ditempat yang kena bisul dan balutkan supaya bawang putih tidak jatuh. Lakukan beberapa kali hingga bisul itu hilang.

ADVERTISEMENT

3.Tumbuk beberapa tangkai pucuk daun semalu hingga lumat.Tampalkan pada keliling bisul. Biarkan sehingga ia kering. Amalkan selalu sehingga bisul itu sembuh.

4.Rendam segenggam beras dan beberapa ketul kunyit hidup dengan air sejuk. Kemudian tumbuk hingga hancur. Letakkan pada bisul sehingga ia kering.

5.Asah kulit buah delima yang basah. Campurkan dengan daun lidah buaya. Sapukan pada permukaan bisul.

Amalkanlah sehingga bisul atau kudis anda tu pulih.

Selamat Mencuba ya.

Sumber: Facebook/Petua ibu

Tags: bisul

Popular Minggu Ini

  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    221 shares
    Share 88 Tweet 55

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved