senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Hubungan

7 Tahap Penting Dalam Perkahwinan Agar Kehidupan Sempurna

leav by leav
June 14, 2017
in Hubungan

Foto Ilustrasi - Pexels.com

131
SHARES
155
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Hanya cukup bertanyakan satu soalan kepada anda. Sampai mana tahap perkahwinan anda sekarang? Fahami perkongsian berikut ini agar jalan kehidupan yang kita pilih menjadi sempurna till jannah.

Tahap pertama: masa bersemangat

Ini adalah masa bagi para pasangan baru, suami isteri selalu melekat, perkahwinan juga penuh dengan kebahagiaan dan rasa indah belaka. Masa ini biasanya hanya bertahan 1 tahun, di mana cinta jadi pusat dalam rumah tangga.

Nasihat: Ini adalah masa perubahan dari hidup sendiri ke perkahwinan, dalam perkahwinan, anda perlu berdiri di pandangan kedua-dua orang, kurangkan memikirkan ‘aku’, perbanyakkan untuk memikirkan ‘kita’. Gunakanlah masa-masa ini untuk membiasakan diri dalam kehidupan berdua.

Tahap kedua: masa geseran

Rasa kecewa dan geseran memenuhi tahap ini. Anda mula sedar jika pasangan anda tidak sempurna, ada banyak kekurangan yang sukar untuk anda terima. Anda mula bertengkar kerana hal-hal yang kecil, malah anda mula mempersoalkan pilihan anda sendiri. Masa ini biasanya wujud selepas perkahwinan berjalan 1-2 tahun.

Nasihat: Ini adalah masa yang sangat penting. Jika boleh menyelesaikannya dengan baik, ini adalah asas untuk perkahwinan bahagia. Anda perlu menghancurkan angan-angan anda tentang perkahwinan impian yang selama ini selalu anda dambakan namun tidak boleh menjadi kenyataan. Anda perlu mengubah sudut pandang dan mula berusaha untuk menghormati pasangan anda.

Tahap ketiga: masa membangkang

Anda berdua semakin sering bertengkar, dalam masa inilah boleh terjadinya curang, sampai akhirnya kesetiaan anda berdua diuji. Anda akan mula mencurigai pasangan. Biasanya masa ini terjadi pada tahun ke-3 hingga ke-7 perkahwinan.

Nasihat: Jangan sampai begitu mudah untuk berfikir mencari yang baru atau curang. Walaupun pernikahan bermasalah, tidak boleh begitu mudah untuk menyerah kalah. Saling menghormati dan memahami pasangan, anda akan lebih mudah melalui masa-masa ini.

BACA JUGA  Kenapa Majlis Mewah Boleh Meningkatkan Risiko Perceraian?
Foto ilustrasi – soompi.com

Tahap keempat: masa kerjasama

Setelah anda ada anak, anda perlu untuk berjuang bersama, anda menghadapi masalah dalam rumah dan pekerjaan bersama-sama dan membina masa depan bersama yang indah. Biasanya masa ini berlaku selepas tahun kelima perkahwinan.
Nasihat: Di atas ada orang tua, di bawah ada anak, ini akan membuat anda sibuk setiap hari. Kadang-kadang masih boleh beromantis dan mengatakan cinta pada pasangan, anda berdua juga boleh menjadi pasangan bahagia yang membuat orang cemburu.

ADVERTISEMENT

Tahap kelima: masa pembentukan

Setelah anak cukup dewasa, perkahwinan menjadi lebih stabil, cinta yang anda berdua rasakan perlahan berubah menjadi keluarga, di antara anda berdua lebih banyak lagi mengalah, lebih jarang bertengkar. Di masa ini, anda dan pasangan sudah 15 tahun bersama.

Nasihat: Kesibukan di masa-masa sebelumnya membuat diri anda tidak lagi seperti dulu, kesihatan menjadi hal yang penting bagi anda sekarang. Mulakan bersenam bersama, melakukan kerja rumah bersama atau bercuti bersama. Semua itu akan membuat pernikahan anda lebih bahagia.

Tahap keenam: masa krisis

Masa krisis akhirnya datang. Anda dan pasangan mungkin menghadapi perubahan besar dalam hidup. Mungkin orang tua anda atau pasangan anda sakit teruk atau meninggal dunia, anda juga mungkin menghadapi banyak perkara dalam pekerjaan. Biasanya masa ini akan berlangsung setelah anda berkahwin lebih dari 20 tahun.

Nasihat: Banyak tekanan yang sukar diungkapkan, anda berdua harus belajar untuk menghadapi bersama-sama dan saling menyokong. Asalkan melalui masa ini, anda akan menjadi pasangan yang tak akan dikalahkan.

ADVERTISEMENT

Tahap ketujuh: masa bahagia

Tahap dalam perkahwinan sudah berakhir, anda berdua sudah melaluinya dan sudah memahami pasangan sepenuhnya, anda berdua berharap diri anda dan pasangan boleh melalui masa tua yang bahagia. Di masa ini, anda dan pasangan sudah bersama lebih dari 25 tahun.

BACA JUGA  Hantaran Kahwin Beg Tangan, Kasut, Jam Sudah Ketinggalan Zaman

Nasihat: Walaupun anda tetap boleh mengalami pasang surut kehidupan yang membuat sedih, tapi setelah melalui begitu banyak perkara bersama, anda akan merasakan kebahagiaan dan kehangatan cinta.

Sumber: Pixpo

Tags: kahwin

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved