senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Netizen

Kenapa Sesetengah Orang Tak Kisah Naik Moto Pergi Kerja

leav by leav
June 17, 2017
in Netizen

Foto: pixabay.com

530
SHARES
5
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Ramai antara kita kewangan hanya sekadar mampu dan bergantung hidup pada motosikal, cara ini dapat menjimatkan bajet bulanan yang besar dari menggunakan kereta.

Naik motosikal bagi lelaki, yang tak mampu beli kereta atau kewangannya tak kukuh sudah menjadi lumrah hidup. Namun, ada yang memandang serong pada golongan yang menaiki motosikal ini. Sepertimana perkongsian seorang netizen ini. Jom kita baca:

Foto: pixabay.com

Hina sangat ke orang pergi kerja naik motor hari-hari? Mesti ada sebab musabab yang logik dan rasional. Kau apa tau. Jom layan 10 sebab orang tak kisah naik motor pergi kerja.

Nak berjimat cermat punya pasal. Faham-faham sendirilah, kan. Kos hidup mak aii tinggi. Pakai motor pergi kerja boleh jimat petrol, tol, dan parking. Memang banyak jimat woi.

Ada kereta kat rumah, tapi sengaja bawa motor sebab malas nak hadap jalan sesak pagi petang. Naik kereta ambil masa 90 minit. Naik motor tak sampai pun setengah jam.

Ada kereta, tapi isteri bawa pergi tempat kerja dia pula. Kita kan laki, kenalah mengalah dengan bini. Takkan nak suruh bini kita yang kena bawa motor, kan. Kesian kat bini kita.

Sengaja tak beli kereta lagi, sebab tak nak ada komitmen kat kereta awal-awal sangat. Gaji dahlah kecik kan. Nanti susah pulak nak beli rumah. Bagi kita, rumah tu lebih penting.

Sengaja tak beli kereta. Sebab nak kena guna banyak duit, tanggung keluarga kat kampung. Asal orang susah dan sederhana. Anak sulung pula tu. Adik-adik masih bersekolah.

ADVERTISEMENT

Memang ada jiwa rider sejak azali. Setakat hujan, panas tu memang bukan masalah. Hujan? Baju hujan kan ada. Tak pun, kalau hujan, boleh lepak dengan geng rider lain bawah jambatan.

BACA JUGA  3 Sebab Bulan Disember Adalah Waktu Yang Sesuai Mencari Pekerjaan

Bakal isteri dah ada kereta dah. Tahun depan nak kahwin dah. Nanti lepas kahwin, boleh kongsi-kongsi pakai kereta. Bagus orang macam ni. Sebelum kahwin dah merancang siap-siap.

Biar orang nampak kita macam miskin. Manfaatnya, bila kawan-kawan pokai hujung bulan, dorang tak cari kita nak berhutang. Sadis, yang pokai tu pakai kereta mahal, travel sakan tak ingat dunia.

Nak cari pasangan sejati yang tak kisah untuk mulakan hidup susah bersama. Bukan jenis pompuan yang letak hantaran RM20K. Bila kita ajak simpan duit kahwin sama-sama, tak nak pulak dia.

ADVERTISEMENT

Supaya kita dapat kenal siapa yang mulut puaka dan siapa yang terima kita sebagai kawan seadanya. Contohnya, boleh korang baca dialog kat dalam gambar bawah tu. Haha!

Sumber: Facebook/Harith Faisal

Tags: kerjamoto

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved