senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Netizen

Petua Merawat Kencing Manis Dengan Limau Nipis Rebus

leav by leav
June 28, 2017
in Netizen
614
SHARES
82
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Saya pernah mengidap kencing manis dan kini kencing manis saya sudah sembuh sepenuhnya dan ramai kawan2 saya juga sembuh selepas saya bagi cara mengubatinya.

Ambil sebiji limau nipis dan sumbat sebiji garam kasar di dalamnya dan rebus dengan tiga gelas air. Rebus agak lama dari tiga gelas air hingga sampai airnya tinggal agak segelas dan hancurkan limaunya. Yang penting biji limau tu dihancurkan guna senduk dan bila sudah hancur tapis air tu dan bila sejuk dan diminum.

Perlu sedia gula2 atau makanan yang manis2 kerana biasanya selepas minum air limau itu, gula dalam badan akan jadi kosong. Guna garam kasar size biasa saja dan tak perlu besar sangat, belah sikit limau tu untuk sumbat garam. Sebaiknya buat tiga kali sebiji setiap kali dan berselang sehari membuatnya.

Ingat yg penting hancurkan biji. Limau tu jika tak hancur kencing manisnya cuma kurang tapi tak sembuh.Saya dapat ubat ini setelah saya buat solat hajat mohon ubat kencing manis dari Allah SWT kerana waktu itu kaki saya hampir dipotong sebab dah busuk.Alhamdulillah sekarang dah 6 tahun pulih sepenuhnya dan saya tidak pernah pantang makan gula.

Jom kita share dengan rakan2

Pertamanya, saya ucapkan “tahniah” kepada pesara imegresen berkenaan dan rakan-rakan beliau kerana “sembuh sepenuhnya” dari penyakit kencing manis. Mudah sungguh sembuh. Sedangkan doktor seluruh dunia berhempas pulas mencari ubat terbaik. ?

Kencing manis adalah sejenis penyakit kronik yang tersenarai antara 5 penyakit kronik tertinggi di dunia. Saban waktu para doktor seluruh dunia merawat pesakit kencing manis dan komplikasi darinya. Sehingga kini lebih dari 422 juta orang pengidap kencing manis dan 2.2 juta kematian akibat paras gula yang melilau tinggi. Dijangka menjelang 2030, kencing manis adalah antara 7 peneraju utama kematian seluruh dunia.

BACA JUGA  Betapa Hebatnya Seorang Isteri

Cuba bayangkan beratnya beban doktor dan pesakit dalam membanteras penyakit ini. Lebih membimbangkan lagi kencing manis ini adalah punca besar kepada kebutaan, sakit buah pinggang, serangan jantung, strok dan kaki dipotong akibat busuk. Kesemuanya memerlukan pemerhatian dan ketelitian dalam merawat pesakit.

ADVERTISEMENT

Terdapat lebih dari 7 jenis ubat digunakan oleh pakar perubatan dalam mengawal gula dalam darah pesakit kencing manis. Selain dari memberi kaunseling kaedah pemakanan, cara hidup sihat, kurangkan stres dan tidak merokok, para doktor tidak jemu untuk terus merawat.

Saya terkesima dengan pengakuan ikhlas dari pesara imegresen berkenaan. Jika ianya benar, Malaysia akan mashyur seentero alam atas penemuan terbaru ini. Jika sekiranya benar dakwaan beliau ini, maka layak mendapat anugerah penciptaan ubat terunggul kencing manis di kurun ini.

Tetapi tidak semudah itu sesuatu ubat yang mempunyai “kuasa penyembuh” ajaib ini ditemui. Ubat Galega officinalis yang menjadi bahan asas metformin (ubat standard kencing manis) pun mengambil berkurun lamanya sebelum diluluskan kegunaannya. Proses penemuan sesuatu ubat mesti menjalani fasa-fasa yang cukup teliti, bukannya rebusan didapur dan terus terbukti!

Secara sinis, teringin saya bertemu beliau dan membuat catatan sejarah penemuan ini agar ianya termaktub dalam penulisan kes dunia perubatan. Jika sesiapa mengenali beliau, sila ketemukan saya.

ADVERTISEMENT

Doktor adalah perantara, kuasa penyembuh adalah Allah jua.

Sumber:
[1] Senarai penyakit kronik dunia. https://www.who.int/nmh/countries/en/
[2] Beban kencing manis dunia. https://www.who.int/mediacentre/factsheets/fs312/en/

Dr Suhazeli Abdullah
Pakar Perubatan Keluarga

Sumber: fb.com/drsuhazeli

Tags: Kencing ManisLimau Nipispetua

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved