senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Teknologi Tips & Tricks

Pavel Durov, Pengasas Telegram Yang Kacak Diburu Warganet

leav by leav
July 19, 2017
in Tips & Tricks
148
SHARES
0
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Selama ini kita hanya tahu menggunakan aplikasi pesanan ringkas Telegram tanpa mengetahui siapakah sebenarnya individu di sebalik kejayaannya.

Telegram pernah menjadi buah mulut ramai gara-gara aplikasi itu dikatakan menjadi penyebar ancaman pengganas sehingga akses aplikasi itu terpaksa ditutup.

Pavel Durov merupakan pengasas Telegram yang semakin popular dalam kalangan pengguna telefon pintar seluruh dunia. Berikut 5 fakta menarik tentang Pavel Durov yang semakin kencang diburu warganet.

Warga Rusia di Itali

Pavel dilahirkan di Saint Petersburg, Rusia pada 10 Oktober 1984 namun membesar di Turin, Itali bersama bapanya iaitu seorang ilmuan sejarah dan linguistik.

Mendapat jolokan ‘Mark Zuckerberg’ di negara kelahirannya, Pavel merupakan graduan dari Saint Petersburg University dan pernah menghasilkan aplikasi perpustakaan dalam talian.

Cipta VKontakte

Sebelum membangunkan Telegram, Pavel sudah berkecimpung dalam dunia media sosial. Pada tahun 2006 dia bersama seorang sahabat lamanya, Vyacheslav Mirilashvili mencipta laman sesawang media sosial untuk Rusia, VKontakte.

ADVERTISEMENT

Sehingga Februari 2007, VKontakte digunakan lebih 100,000 orang dan keuntungannya mencecah AS$260 juta (RM1.1 bilion).

Aplikasi itu menggunakan warna asas seperti Facebook iaitu biru dan putih.

Lari dari Rusia

Bagaimanapun, selepas tujuh tahun Pavel menjual sebahagian saham Vkontakte kepada sebuah perusahaan internet Rusia iaitu Mail.ru. Pada masa sama dia meletak jawatan sebagai Pengarah Urusan VKontakte.

ADVERTISEMENT

Hal itu kerana desakan kerajaan Rusia yang memaksa dia memberikan data seteru politik negara itu. Pavel akhirnya melarikan diri dari Rusia.

Telegram dengan abang

Pada tahun 2014, Pavel mencipta aplikasi Telegram bersama abangnya, Nikolai Durov dan pada tahun sama dia dinobatkan sebagai salah seorang usahawan teknologi Eropah Utara paling berpengaruh bawah usia 30 tahun.

BACA JUGA  Ada Keistimewaan Sendiri, Xiaomi Memperkenalkan Alat Timbang Pintar

Pada awal kemunculan Telegram, Pavel membelanjakan AS$1 juta (RM4.2 juta) sebulan untuk menggerakkan aplikasi itu.

Hanya pakai baju hitam

Gaya hidup Pavel sangat unik. Dia hanya menyarung pakaian yang berwarna gelap terutamanya hitam sahaja, sekali pandang seperti karakter Neo dalam filem The Matrix.

Pavel akan sentiasa berpindah randah ke negara asing bersama-sama empat kakitangannya selang beberapa bulan.

Source :
Gempak
Tags: Telegram

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved