senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Netizen

Ibu Kongsi Kisah Anaknya Hampir Jadi Mangsa Culik

Yuyue by Yuyue
July 27, 2017
in Netizen
0
SHARES
21
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Apabila dengar sahaja berita tentang kes culik kanak-kanak, pasti sahaja para ibu rasa sangat terkilan, jika boleh perkara sebegitu tidak mahu mengahantui hidup kita bukan? Kehilangan anak adalah dugaan terbesar buat pasangan ibu bapa, dengan kes-kes penculikkan kanak-kanak dan menjual organ dalaman berleluasa sekarang, sepertinya sangat sukar dibendung lagi.

Kisah yang hendak dikongsikan ini adalah pengalaman seorang ibu dimana anaknya hampir-hampir diculik oleh seorang wanita yang tidak dikenalinya, nampak seperti seorang yang baik, ruap-rupanya ada niat jahat tersembunyi.

Ibu bapa seharusnya lebih berhati-hati apabila membenarkan orang lain memengang dan bermain dengan anak, ini kerana dengan keadaan yang kurang selamat sekarang, kemungkinan kes penculikkan boleh terjadi kerana kelalaian ibu bapa.

Mari kita ikuti kisah ini, dan jadikan tauladan kepada kita semua.

“Masa sedang menukar pampers Imam dalam surau Econsave Kampung Jawa, ada seorang kakak ini berborak dengan saya sambil agah-agah Imam. Dia cerita yang hari ini hari terakhir dia bekerja dan esok dah kena bekerja di tempat lain, kawasan jauh.

Dipendekkan cerita, kakak ini baik hati bermain dengan Imam apabila saya sedang bersolat. Tapi tak tahu kenapa sewaktu saya bersolat, rasa tak khusyuk langsung sebab hati ini seperti terpanggil-panggil untuk menjeling Imam saja. Kakak itu siap mendukung Imam tiba-tiba.

Bukan apa, saya asyik terdengar kakak itu tanya kawan dia belum jam lima ke? Lama-lama dia pergi ke pintu sambil dukung Imam.

Dipendekkan cerita lagi, sewaktu nak sujud terakhir, tiba-tiba seperti ternampak kelibat kakak itu pakai selipar dia dan keluar dari surau. Masa itu saya dah tak keruan dan nak cepat-cepat bagi salam.

ADVERTISEMENT

Selapas bagi salam, saya terus menanggalkan telekung dan sarung selendang tanpa sempat nak pin. Terus tanya kawan dia di mana kakak itu tadi. Dia kata kakak itu sudah keluar.

BACA JUGA  Ustazlah: 3 Golongan Wanita Yang Diberkati Doanya

Saya dengan pantas terus keluar dan mengejar kakak itu. Alhamdulillah sempat kejar kakak itu sampai depan food court. Nampak Imam mamai-mamai nak tertidur dah pada masa itu. Masa saya nak ambil Imam, dia macam tak nak lepas. Dia pegang Imam dengan kuat.

Beberapa kali saya kata Imam tak tidur pun. Dia cakap Imam nak tidur. Saya kata saya nak tidurkan Imam. Saya dah pegang-pegang tangan Imam tetapi dia pegang kuat badan Imam.

ADVERTISEMENT

Akhirnya saya kata saya nak cepat sebab suami dah call banyak kali. Tetapi dia pula bertnaya mana suami saya? Saya kata ada di kereta dan suami dah menghubungi saya. Kemudian barulah dia melepaskan Imam.

Saya terus cepat-cepat mengambil Imam dari tangannya dan cepat-cepat keluar dari situ. Tetapi dia mengekori saya sampai keluar pintu dan dia tanya sekali lagi di mana suami saya berada. Adoi, bukan main kepalang saya risau bila dia dah mula mengekori saya.

Bila saya menghubungi suami dan bertanya dia di mana, katanya dia masih di dalam lagi. Terus saya bergegas ke lokasi suami. Saya ceritakan semula kepada suami tentang apa yang berlaku pada Imam. Selepas cerita, darah naik sampai kepala, sakit sampai sekarang. Migrain gara-gara risau memikirkan anak kena culik tadi. Dah terfikir-fikir kes jual organ budak.

Allahuakbar. Alhamdulillah tiada apa-apa yang berlaku. Suami dah marah dan nasihatkan jangan mudah beri orang lain pegang anak kita semasa solat. Biar anak itu menangis semasa kita sedang solat dari kita menangis disebabkan kecuaian kita.

So selepas ini, jangan anggap ibu-ibu ini kedekut nak beri kita pegang atau bermain dengan anak mereka semasa mereka sedang bersolat. Kadang-kadang ada sebab mengapa mereka seperti tak mahu membenarkan kita bermain dengan anak mereka. Semoga apa yang berlaku pada hari menjadi pengajaran besar buat diri saya. ”

BACA JUGA  Kenapa Ramai Tak Buat Laporan Polis Lepas Kena Langgar Lari Motosikal?

Sentiasa waspada wahai ibu bapa, sedikit sahaja salah langkah dan lalai, mungkin anda akan menyesal seumur hidup.

Sumber: thereporter.my

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved