senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Tips

18 Pekerjaan Bergaji Tinggi Tetapi Tidak Memerlukan Ijazah

Yuyue by Yuyue
August 2, 2017
in Tips

Foto ilustrasi - pexels/kaboompics .com

121
SHARES
10
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Sudah menjadi lumrah yang hidup sekarang memerlukan ijazah bagi mendapatkan kerja yang bergaji lumayan. Orang tua kata kalau tidak belajar pandai-pandai dan tidak mendapat ijazah, masa depan mungkin gelap berbanding pemegang ijazah yang lain. Betul ke?

Sebenarnya rezeki itu datangnya dari Allah s.w.t dan bukanlah dari manusia. Siapa kita untuk menilai rezeki manusia lain? Pokok pangkalnya ialah usaha, jika anda berusaha untuk memperoleh pekerjaan, inshaAllah semuanya akan menjadi mudah.

Disini adalah senarai pekerjaan yang tidak memerlukan ijazah tetapi gajinya cukup lumayan. Jom kita lihat.

1- Juruterbang

Kerjaya ini memerlukan modal yang besar, kerana kursus yang ditawarkan sebelum anda bergelar seorang juruterbang bertauliah hampir mencecah ratusan ribu ringgit. Namun, kerjaya ini menjanjikan pulangan yang amat lumayan apabila mereka bakal memperoleh gaji pendapatan paling tinggi. Jika anda mempunyai duit, apa sahaja anda mampu.

2-Agen insurans

Untuk bergelar agen insurans tidak perlu lulusan ijazah, kerana mereka perlu lulus satu ujian berkaitan. Takaful Ikhlas Sdn Bhd, Kurnia Insurans Berhad, Etiqa Takaful Berhad, Prudential BSN Takaful Berhad dan lain-lain, antara syarikat yang cukup dikenali yang telah diluluskan oleh Bank Negara Malaysia. Ramai di antara mereka yang menceburi bidang ini telah bergelar jutawan. Mungkin ini adalah salah satu pekerjaan yang bersesuaian dengan anda.

3- Penasihat kewangan

ADVERTISEMENT

Juga dikenali sebagai ‘wealth advisor’ adalah individu yang bertanggungjawab mengurus dan memberi khidmat nasihat tentang pelaburan kewangan kepada pelanggan atau majikannya. Biasanya, khidmat ini ditawarkan daripada mana-mana institusi kewangan dan perbankan.

4- Agen hartanah

Agen hartanah (property agent) juga tersenarai dalam kerjaya yang mendatangkan pendapatan yang tinggi (tidak dinafikan). Setiap agen hartanah profesional hanya perlu mengikuti satu pensijilan tanpa memerlukan kelulusan ijazah. Pendapatan agen hartanah sangat lumayan, hasil urus niaga harga hartanah yang berjaya dijual. Pulangannya dianggarkan mencecah untung hingga 5-6 angka. Untuk mendapatkan ebook atau maklumat mengenai hartanah di Malaysia boleh lihat di SINI.

BACA JUGA  Sebab Wanita Tawar Hati Dengan Lelaki

5- Menceburi bidang oil dan gas

ADVERTISEMENT

Seterusnya, seseorang itu juga mampu menjana pendapatan yang lumayan jika meminati dan menceburi bidang ‘Oil and Gas’ seperti mana yang disediakan oleh Petronas, MMHE, Talisman Energy dan Schlumberger. Bagi menjadi tenaga kerja pakar dan berkelayakan, mereka perlu menjalani khusus serta lulus mendapatkan sijil-sijil profesional yang ditawarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (SkillsMalaysia), DOSH dan juga CSWIP. Sijil yang dikeluarkan CSWIP ini bukan sahaja untuk sah di Malaysia, bahkan juga mempunyai kelebihan apabila diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Rig Operator / Operator Pelantar Minyak telah menjanjikan pendapatan gaji yang tinggi.
Biarpun Kerjaya dalam bidang ‘Oil and Gas’ menjanjikan tawaran gaji yang tinggi, namun, harus diingat bahawa pekerjaan ini terdedah pelbagai risiko.

6- WELDING INSPECTOR

7- WELDING QC Co-ordinator

8- PLANT INSPECTOR

9- OFFSHORE INSPECTION

10- NON-DESTRUCTIVE TESTING

11- PLASTICS WELDERS

12- WELDER (terdapat pelbagai pengkhususan)

13- SAFETY & HEALTH OFFICER

Safety & Health Officer, ditugaskan untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja mengikut Standard DOSH. (Tanggungjawab besar)

14- RIG OPERATOR (Operator Pelantar Minyak)

Sebagai pekerja am yang ditugaskan untuk membantu kerja-kerja di atas pelantar minyak. Latihan dalam bekerja, untuk memperolehi kemahiran dalam bidang ‘Oil and Gas’.

15- WIREMAN

Kerjaya dalam tugasan pemasangan dan pengujian eletrik di sesebuah tapak. Wireman terbahagi kepada beberapa peringkat, yang seperti mengendalikan litar satu fasa atau tiga fasa bagi kawasa kediaman atau komersil.

16- CHARGEMAN

Menggalas tugasan kerja dalam pengendalian sistem elektrikal Voltan Melebihi Voltan Rendah.

17- RoHS OFFICER

RoHs atau ‘Restriction Of Hazardous Substances Directive’ adalah ditugaskan untuk menapis, memeriksa atau menyekat penggunaan bahan berbahaya dalam peralatan elektrik dan eletronik. Memiliki kuasa dalam pengesahan barangan elektrik dan eletronik mengikuti Standard RoHS. Khidmat pengawai RoHS di malaysia, sangat ditagihi syarikat pembuatan barangan seperti ini pada peringkat antarabangsa. Untuk menjadi pengawai RoHS, mereka tidak perlu lulusan tinggi (Ijazah), sebaliknya perlu menduduki kursus pensijilan yang disediakan oleh beberapa agensi.

BACA JUGA  Duit Simpanan Hampir RM300,000 Dimakan Serangga Dalam Tin Milo

18- BLOGGER

Memang tidak dinafikan, kerjaya sebagai seorang blogger mampu memperoleh pendapatan (gaji) yang amat lumayan dan tinggi. Menjadi seorang blogger itu, sememangnya tidak memerlukan sebarang kelulusan kerana dia adalah boss dan dia juga adalah pekerja. Lebih menguntungkan, pendapatan blogger (benar-benar berjaya & berpengaruh) boleh dikatakan mampu menyaingi pendapatan mereka yang bekerja dengan kelulusan yang tinggi.

Menjadi blogger bukan kerja mudah, setiap hari adalah hari bekerja, jika anda fikir bahawa bekerja sendiri sebagai blogger adalah mudah, anda sudah salah!

Apa-apa kerja sekalipun tidak penting, asalkan anda rajin dan berusaha untuk diri sendiri dan keluarga, pasti segalanya akan dipermudahkan.

Bukanlah kelayakkan yang paling penting sekaran, tetapi berapa lama pengalaman anda bekerja. Sebab itu ramai diantara remaja yang lepasan ijazah sukar untuk mendapatkan pekerjaan. Ini kerana ramai majikan perlukan pekerja yang sudah mempunyai pengalaman bekerja.

Tetapi jangan gusar, apa saja pekerjaan boleh dapat jika anda tidak memilih kerja, mulakan dengan kerja yang bergaji kecil. Timba pengalaman bekerja terlebih dahulu, mana tahu ada rezeki dikemudian hari kan?

Sumber: Baituljannah.com

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved