senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Netizen

Lembaga Kecil Dan Pontianak Ikut Pulang Sebab Bekalan Yang Dibawa

Yuyue by Yuyue
August 7, 2017
in Netizen
0
SHARES
22
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Bila mendengar cerita seram, mulalah bulu roma naik mencacak. Setiap orang ada kisah seram tersendiri, pengalaman menyeramkan adalah antara pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan.

Antara kisah seram yang selalu didengar ialah tentang pontianak, pocong, dengar orang mengilai dan sebagainya. Seram pula admin tengah-tengah tulis ni.

Kisah berikut ini adalah kisah pontianak dan makhluk kecil sukakan makanan mentah seperti ikan jeruk. Pelik dan kelakar, tetapi itulah kisah sebenar.

“Hai para pembaca setia page FS. Sebelum itu, saya ingin ucapkan terima kasih kepada admin kerana sudi memilih cerita saya untuk dikongsikan dalam page FS. Cerita yang ingin saya kongsikan ini ialah pengalaman yang pernah dilalui oleh rakan saya iaitu Rex (bukan nama sebenar) suatu ketika dahulu.

Nak dijadikan cerita, malam tu Rex memberitahu wifenya untuk pulang ke kampungnya kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Oleh kerana urusannya yang begitu mendadak, mahu tidak mahu Rex terpaksa juga pulang ke kampungnya pada malam itu juga walaupun sudah lewat. Jadi dia dan wifenya pun packing apa yang patut untuk keperluan mereka dan anaknya di kampung nanti.

Ibu mertua Rex sempat mengirimkan jeruk ikan kepada Rex untuk diberikan kepada emak Rex di kampung nanti. Ada la juga dalam beberapa balang jeruk ikan.

Pada mulanya, perjalanan ke kampung tiada apa-apa pelik yang berlaku. Kebetulan jalan raya memang sunyi dan hanya ada beberapa kereta sahaja ketika itu. Kejadian seram mula berlaku semasa mereka hampir sampai ke kampungnya. Rex perasan kereta di belakangnya asyik memberinya highlight. Beberapa kali highlight itu berkelip. Pada mulanya Rex tidak hiraukan, tapi lama kelamaan dia mula rasa rimas. Dia pelik juga, kalau kereta tu nak memotong kenapa perlu highlight banyak kali.

BACA JUGA  Hannah Yeoh Tampil Bersuara Bila Bekas Pemain Badminton Negara Sentuh Isu Agama

Rex pun pandang cermin sisi keretanya untuk melihat lebih jelas kereta di belakangnya sekiranya ingin memotong. Namun, apa yang dipandangnya sebenarnya sesuatu yang sangat mengejutkannya. Dia nampak ada lembaga sebesar budak 8 tahun yang sedang berlari mengejar keretanya dari tepi. Rex sangat terkejut tapi dia cuba nampak tenang kerana takut isterinya perasan akan kehadiran lembaga kecil itu. Kebetulan ketika itu cermin tingkap kereta memang terbuka kerana anaknya mabuk jalan kalau perjalanan jauh. Jadi sengaja dibiarkan cermin terbuka untuk bagi udara masuk. Tiba-tiba ada bau busuk yang datang entah dari mana dan isterinya pula dengan selambanya menegur bau busuk itu. Rex cuba untuk memecut lebih laju kerana lembaga itu masih ada dan sedang berlari seiring dengan kereta mereka.

ADVERTISEMENT

Kereta yang tadinya di belakang mereka akhirnya memotong kereta mereka dan sempat membunyikan hon kepada mereka. Isteri Rex yang mendengar mula marah-marah kerana diingatnya pemandu itu sengaja bersikap biadap kerana hon tanpa sebab. Akhirnya mereka sampai di rumah emak Rex dan lembaga itu pun sudah tidak kelihatan lagi. Semasa di dalam rumah, adik Rex yang ketika itu terjaga sempat melihat ada budak lelaki kecil yang mengikuti mereka menghantar jeruk ikan ke dapur. Tapi oleh kerana terlalu mengantuk adiknya sangkakan itu ialah anak buah kepada isteri Rex.

Esok paginya, baru la Rex ceritakan kejadian yang berlaku semalam. Secara spontan juga adik Rex memberitahu semalam dia melihat kelibat budak lelaki ada mengikut mereka pulang. Kebetulan pula kereta yang memotong mereka semalam ialah orang di kampung Rex. Dia ada berjumpa dengan Rex menceritakan apa yang dilihatnya semalam sampai dia kelipkan highlight berulang kali dan meng hon kereta mereka. Rupanya bukan hanya lembaga budak kecil yang ikut mengejar kereta mereka semalam, tapi ada kak Pon ikut bertenggek di atas kereta mereka sambil mendepakan tangan. Seram juga bila imagine kak Pon tu buat babak Titanic begitu.

BACA JUGA  Ingin Tahu Tak, Wanita Boleh Mengandung Beberapa Kali

Sekian cerita yang tak berapa seram. Pengajarannya kalau driving sebelah malam tu janganlah rajin sangat bawa bekal daging atau ikan mentah atau sewaktu dengannya. Kot nanti ada yang nak minta seketul. Terima kasih sudi membaca.”

Lepas ini hati-hati ketika membawa bekalan ketika hendak berjalan jauh ya! Jangan pula jadi seperti kisah saudara kita ini. Seram sejuk admin baca.

ADVERTISEMENT

Sumber: Fiksyenshasha.com

Popular Minggu Ini

  • Mak Neelofa Pegang Erat Tangan Jefri Nichol?

    Mak Neelofa Pegang Erat Tangan Jefri Nichol?

    4 shares
    Share 2 Tweet 1
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    229 shares
    Share 92 Tweet 57
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    424 shares
    Share 170 Tweet 106
  • 15 Tempat Menarik Di Maran Pahang Untuk Diterokai

    74 shares
    Share 30 Tweet 19
  • 16 Tempat Menarik Di Tampin Untuk Diterokai

    118 shares
    Share 47 Tweet 30

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved