Cara mereka ketawa dan memberikan lenggok tubuh ketika diminta bergambar, memberi gambaran bahawa tiada sedikit pun rasa bersalah mereka dengan Allah s.w.t. Malah mereka sangat yakin dengan perbuatan mereka yang sudah pastinya perbuatan yang sangat tidak bermoral.
Selain itu, terdapat anak Melayu yang dengan bangganya menggelar diri mereka sebagai ‘bekas muslim’ atau ‘ex-muslim’, walaupun pada asasnya pertubuhan keanggotaan pertubuhan ini tidak terbatas kepada mana-mana bangsa. Mengapa jadi begitu? Mengapa terlalu rapuh iman mu wahai saudaraku.
Cuma syarat yang paling utama adalah, ahlinya perlu yakin bahawa Tuhan tidak wujud. Pegangan inilah yang dibawa oleh Atheist Republic Consulate of Kuala Lumpur atau Kedutaan Republik Ateis di Kuala Lumpur.
Laman Facebook dengan nama Atheist Republic menjadi sebutan apabila baru-baru ini mengadakan perjumpaan tahunan persatuan ateis, yang telah berjaya dilaksanakan di ibu kota. Maklumat perjumpaan berkenaan lokasi dan waktu akan dikongsi bersama di dalam satu kumpulan tertutup di Facebook, menurut menara.my.
Gambar yang dimuat naik dengan kapsyen, “Kedutaan Republik Ateis Kuala Lumpur, Malaysia adakan perhimpunan tahunan dan ianya sangat menggemparkan! Ateis dari semua latar belakang datang untuk bertemu satu sama lain, ada yang pertama kali berjumpa…setiap mereka berkongsi kisah dan buat ikatan persahabatan yang baru, diharap akan berkekalan seumur hidup! We rock!”
Pertubuhan ini telah diasaskan oleh Armin Navabi, kelahiran Tehran, Iran, yang mana dirinya hanya mendapat pendedahan minimum kepada amalan agama semenjak kecil. Dikatakan bahawa beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga Muslim Liberal, di mana ibu bapanya tidak amalkan Islam dalam ibadah mahu pun kehidupan seharian serta tidak menunaikan solat.
Pada usia 12 tahun, dia beberapa kali gagal dalam percubaan bunuh diri, dan semenjak itu Armin semakin percaya bahawa Tuhan tidak wujud.
Dengan adanya laman Facebook yang telah diwujudkan olehnya pada tahun 2011, khusus buat para Ateis seluruh dunia, gerakan ini telah berjaya menjejak mereka yang menolak kewujudan Tuhan dari serata dunia, dan sehingga kini telah mempunya pengikut lebih 1.6 juta di Facebook.
Dan kerana itu la pentingnya amalan dan pengajaran agama dari kecil, jika hanya pada dasarnya sahaja beragama islam, tetapi tidak mengamalkannya dalam kehidupan harian, maka perkara ini akan berlaku.
Jika ibu bapa tegas dan sentiasa mendidik anak tentang indahnya islam dan dimana letaknya kedamaian, pastinya iman di anak utuh dan sentiasa terpelihara.
Penting untuk kita mendidik hati anak dalam mendalami islam. Sayang sekali rasanya apabila kita sudah tersasar jauh dari ajaranNya, Kita sudah hilang ketengan sebenar. Minta dijauhkan perkara sebegini didalam kehidupan kita dan anak-anak kita.
Sumber: Siakapkeli.my