senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Tips

Jana Pendapatan Lumayan RM28,000 Sebulan Ternak Lipas

leav by leav
August 7, 2017
in Tips
61
SHARES
10
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Lipas merupakan serangga yang paling ditakuti bagi sesetengah orang. Ramai yang geli dan benci kerana lipas boleh terbang secara tiba-tiba. Seorang pelajar universiti di Taiwan menternak lipas dan berjaya mendapat pulangan ribuan ringgit setiap bulan.

Seorang pelajar lelaki berusia 20-an dikenali sebagai Tong berasal dari Taiwan meraih keuntungan sebanyak 200,000 TWD atau RM28,300 pada setiap bulan dengan menjual lipas yang diternak olehnya, lapor China Press.

Idea untuk memulakan perniagaan ini muncul satu tahun setengah yang lalu apabila Tong membeli lipas untuk dijadikanan makanan kepada binatang peliharaannya.

Dia menghadapi kesukaran membeli lipas untuk binatang peliharaannya jadi dia mengambil keputusan untuk menternak lipas itu sendiri seterusnya dapat menjimatkan dirinya daripada membeli lipas.

Selepas itu, lipas yang diternak olehnya membiak dengan pantas dan dia sudah memiliki 30,000 hingga 40,000 ekor lipas setelah enam bulan menternak serangga itu.

Malah, dia juga bernasib baik mendapat pembeli yang ingin membeli kesemua lipas yang dibelanya. Pembeli lipas tersebut, Tse, merupakan seorang yang mahir dalam menternak lipas memutuskan ingin bekerjasama dengan Tong untuk menternak lipas.

ADVERTISEMENT

Pada mulanya, Tong juga seperti orang lain yang takutkan lipas namun dia berjaya mengatasinya hingga dapat menjana pendapatan melalui perniagaannya itu.

Walau bagaimanapun, dia menerima pelbagai pandangan apabila rakan-rakannya mengetahui apa yang dia lakukan untuk menampung kehidupannya.

Kini, Tong memiliki lebih 2.7 juta ekor lipas terdiri daripada pelbagai spesies. Dia juga memberi jaminan bahawa lipas yang diternak bersih dan tiada apa yang perlu ditakutkan.

ADVERTISEMENT

Kita harus mencontohi semangat yang dimiliki Tong untuk berjaya. Dia berjaya mengatasi ketakutannya terhadap lipas dan menjadikan serangga itu sebagai punca pendapatannya.

BACA JUGA  Runsing Dengan Rambut Gugur? Siapa Sangka Bahan Ini Berkesan Dapat Menyelamatkan Kepala Anda Dari Botak

Sumber: chinapress.com.my

Popular Minggu Ini

  • Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    59 shares
    Share 24 Tweet 15
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    415 shares
    Share 166 Tweet 104
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    254 shares
    Share 102 Tweet 64
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    138 shares
    Share 55 Tweet 35
  • Teman Malaysia: Servis Bawa Warga Tua ke Hospital, Jaga di Rumah dan Berjalan-jalan

    1 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved