senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Tips

Jangan Dibuang Minyak Yang Sudah Digunakan

Yuyue by Yuyue
August 10, 2017
in Tips
0
SHARES
6
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Selalunya selepas kita menggunakan minyak masak, kita akan membuangnya kerana menyangka ia sudah tidak dapat digunakan lagi. Tetapi, tahukah anda sebenarnya minya tersebut masih boleh memberi manfaat kepada anda?

Bagi setiap satu kilogram (kg) minyak masak terpakai, orang ramai boleh memperoleh RM1 sekilogram jika ia dijual semula untuk diproses menjadi biodiesel.

Kempen Pengumpulan Minyak Masak Terpakai itu dilaksanakan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama CIMB Foundation di samping menawarkan harga tukaran RM1 untuk satu kg minyak masak terpakai.

Ketua Unit Jalinan Industri dan Masyarakat Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul UPM Prof Dr Mohd Ali Hassan berkata, minyak masak terpakai itu boleh ditukar menjadi biodiesel menerusi proses khusus yang boleh digunakan untuk kenderaan berat seperti traktor, bas dan sebagainya.

Menurutnya, proses ini dikenali sebagai ‘tranesterifikasi’ yang akan memproses minyak masak terpakai dicampur bahan kimia lain.

“Antara bahan kimia digunakan untuk menukar minyak masak ini kepada biodiesel adalah methanol, pemangkin (catalyst) dan minyak masak itu sendiri.

“Kebiasaannya, proses itu mengambil masa enam jam untuk menghasilkan 100 liter biodiesel yang dibuat seminggu sekali,” katanya ketika ditemui di Kompleks Biorefinery UPM, semalam.

ADVERTISEMENT

Katanya, kekangan ketika ini untuk mendapatkan bekalan minyak masak terpakai berikutan orang ramai masih tidak menyedari komoditi itu boleh digunakan dan bukan dibuang begitu saja.

“Saya menyeru orang ramai supaya mengumpul minyak masak terpakai dan hantar ke tiga pusat pengumpulan kami di UPM iaitu Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (FBSB) dan Loji Pandu Biokompos di Kompleks Biorefinery untuk ditukar kepada wang tunai.

“Setakat ini, kami menerima bekalan daripada kakitangan UPM sendiri untuk diproses menjadi biodiesel bagi kegunaan bas dan traktor di UPM, bagaimanapun jumlahnya terhad,” katanya.

BACA JUGA  Ini Yang Perlu Anda Ketahui Mengenai Ibu Hamil Pada Usia 20, 30 dan 40

Mohd Ali berkata, dia mendapat idea memproses minyak masak terpakai itu melalui rakan dari Jepun, selain melawat sebuah bandar di Izuka, Jepun yang memproses biodiesel.

ADVERTISEMENT

“Penduduk sekitar menyerahkan minyak masak terpakai kepada pusat pengumpulan di sana sebelum ia diproses golongan kurang upaya.

“Ia menjadi pendapatan sampingan kepada penduduk di Izuka, selain kenderaan berat di sana mesra alam,” katanya.

Penyelidik Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (FBSB) Mohammed Abdillah Ahmad Farid berkata, dia bersama Dr Mohd Ali melakukan penyelidikan itu hampir lima tahun menghasilkan biodiesel.

“Kami menggunakan campuran 90 peratus diesel tulen dan disuntik 10 peratus biodiesel tanpa perlu pengubahsuaian enjin kenderaan,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Cawangan CIMB Bank di UPM Zuraiti Zakaria berkata, Yayasan CIMB menyerahkan dana RM45,000 kepada UPM untuk menjalankan projek biodiesel berkenaan.

“Kami berharap sumbangan ini dapat membantu masyarakat, sekali gus menangani isu kos bahan api yang membelenggu pengguna di negara ini,” katanya.

Sebenarnya setiap barangan itu ada nilainya yang tersendiri, cuma kita tidak tahu bagaimana untuk memanfaatkannya sahaja. Jadi sekarang anda sudah tahu apa manfaat minyak masak yang dah digunakan kan? Jadi lepas ni jangan buang ya, simpan saja. Mana tahu nanti boleh beri keuntungan kepada anda.

Sumber: Kualipanas.com

Popular Minggu Ini

  • Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    77 shares
    Share 31 Tweet 19
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    416 shares
    Share 166 Tweet 104
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    254 shares
    Share 102 Tweet 64
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    139 shares
    Share 56 Tweet 35
  • Teman Malaysia: Servis Bawa Warga Tua ke Hospital, Jaga di Rumah dan Berjalan-jalan

    1 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved