senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Hubungan

13 Ciri-Ciri Seorang Jatuh Cinta Pada Anda

leav by leav
August 10, 2017
in Hubungan

Unsplash/Evan Kirby

247
SHARES
1.2k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Bersedia anda untuk berkahwin dan menunggu lamaran dari seorang lelaki? Mungkin anda mengharapkan cinta dari seorang lelaki yang ketika ini sedang rapat dengan anda namun rasa ragu sama ada dia benar-benar mencintai anda.

Jika demikian, bererti anda harus memperhatikan bahasa tubuh mereka ketika berinteraksi dengan anda. Ada lelaki introvert dan lelaki extrovert. Sebelum berkahwin, kenali tanda lelaki jatuh cinta dan bahasa tubuh kedua-dua jenis lelaki ini agar anda pasti sama ada dia sesuai menjadi calon suami anda.

Memperhatikan bahasa tubuh boleh menunjuk tanda-tanda minat dan dapat memberitahu anda jika seorang lelaki menyukai anda atau tidak. Membaca bahasa tubuh lelaki termasuk melihat pembawaan dirinya, gerakan matanya, simpulan pada bentuk tubuhnya dan beberapa tanda-tanda yang sangat jelas untuk menggoda.

Beberapa majalah dan blog berbicara tentang bahasa tubuh dan tanda-tanda lelaki dengan menyamakan juga tanpa mempertimbangkan tanda lelaki jatuh cinta yang sebenarnya berbeza antara lelaki introvert dan lelaki ekstrovert. Kenali petunjuk penting untuk mengetahui sama ada dia benar-benar tertarik pada anda. Berikut 13 bahasa tubuh tanda lelaki jatuh cinta, 6 dari lelaki introvert dan 7 daripada lelaki ekstrovert.

Bahasa Tubuh Tanda Lelaki Introvert Jatuh Cinta

Lelaki introvert adalah lelaki yang biasanya pemalu, cenderung menyendiri dan kurang bersosial. Ini dia tanda lelaki pendiam jatuh cinta ketika berbual dengan anda:

1 Dia merenung anda, tetapi membuang pandangannya ketika anda melihatnya

Tribunnews.com

Ini adalah tanda bahasa tubuh klasik yang menunjukkan minat terutama bagi orang-orang pemalu. Ketika seorang lelaki terus menatap anda tapi tampak jauh dan membuang pandangannya ketika anda melihat ke arahnya, dia memainkan permainan ini beberapa kali. Jika dia terus melakukan perkara yang sama setiap kali, itu adalah tanda bahawa dia tidak boleh menjaga matanya dari anda, tetapi dia tidak mempunyai keberanian untuk mendekati anda.

2 Memecah bahasa tubuh dan tiba-tiba mula gelisah

unsplash/Isabell Winter

Tanda cinta lain yang jelas adalah ketika bahasa tubuh seorang lelaki seolah-olah cukup kacau dan dia gugup dan gelisah apabila anda berada di depannya. Ini adalah sifat umum pada lelaki yang tidak cukup percaya diri untuk berdiri dan mengajak seorang gadis keluar. Dia akan mula bermain dengan jari-jarinya, terus memasukan dan mengeluarkan tangannya dari saku, menggerakkan lidahnya untuk menjilat bibirnya, menggeser kedudukannya padahal tidak perlu, menyentuh rambut dengan jari-jarinya dan membuat gerakan tubuh gelisah lain. Ini adalah tanda-tanda standard minat yang klasik sehingga anda boleh mengetahui tanda cinta seorang lelaki seperti ini pada anda.

ADVERTISEMENT

3 Dia menjadi tegang dan kelihatan gelisah

Unsplash/Mahkeo

Rasa cemas dan gelisah boleh menjadi bahasa tubuh lelaki pemalu ketika dia melihat seorang gadis yang menarik berjalan ke arahnya. Tubuhnya akan menjadi kaku dan masih terpegun melihat kecantikan anda. Anda juga boleh dengan mudah mengenali tanda-tanda minat ini apabila seorang lelaki tiba-tiba mula duduk lurus seolah-olah ia sedang melakukan Yoga atau berdiri kaku seolah-olah dia mempunyai masalah punggung.

BACA JUGA  Soalan Yang Orang Single Tidak Mahu Dan Meluat Dengar

4 Tiba-tiba mencari perkara yang perlu dilakukan

Unsplash/Ian Schneider

Seorang lelaki pemalu biasanya akan rasan cemas dan dia mula rasa ‘takut’ oleh kehadiran seorang wanita cantik. Dia mungkin akan mula mencari perkara yang dia boleh lakukan untuk menjaga dirinya kelihatan sibuk dan menutupi tanda-tanda kekurangan yang cukup jelas. Dia mungkin akan mula membuka aplikasi yang bermacam-macam pada handphone padahal tidak perlu sama sekali, bergelut dengan laptopnya atau melakukan sesuatu yang membuat dia kelihatan sibuk. Hal ini biasanya digambarkan dalam budaya popular sebagai sesuatu yang seorang lelaki pemalu akan dilakukan di lif, ketika seorang gadis cantik berjalan masuk.

5 Rasa terkejut apabila anda menyentuhnya

Unsplash/PHUOC LE

Anda boleh mengetahui sama ada seorang lelaki menyukai anda atau tidak dengan terlibat dalam beberapa hal untuk mencari tanda-tanda minat. Misalnya apabila anda sengaja ataupun tidak menyentuh seorang lelaki dengan meletakkan telapak tangan anda di pahanya dengan jari menghadap ke dalam atau dengan meletakkan telapak tangan di lengannya. Jika dia benar-benar menunggu ‘percikan’ antara anda berdua, gerakan ini langsung membuatnya terkejut dan tersentak mundur. Dia tiba-tiba bertindak aneh atau mempunyai pandangan yang unik di wajahnya.

6 Matanya menggambarkan minat terhadap lekuk tubuh anda

Pexels/Dương Nhân

Ini merupakan salah satu tanda apabila lelaki yang sangat pemalu tidak dapat melepaskan matanya dari lekuk tubuh anda. Dia mungkin tidak dapat menahan diri daripada melihat kecantikan dan tubuh anda ketika bercakap dengan anda, tapi jangan salah dan menganggap dia sebagai lelaki cabul kerana ia hanya ‘menakut-nakutkan’ oleh penampilan anda. Kegugupan seperti ini dalam bahasa tubuhnya akan sedikit lebih tenang setelah ia merasa nyaman ketika bercakap dengan anda.

ADVERTISEMENT

7 Bahasa Tubuh Tanda Lelaki Extrovert Jatuh Cinta

Foto pinterest.com

Lelaki extrovert adalah kebalikan dari lelaki introvert. Lelaki extrovert biasanya ada keyakinan diri, vokal, lebih pandai bersosial, bunyi bising dan ruang lingkup yang luas. Ini dia tanda lelaki extrovert jatuh cinta ketika berbual dengan anda:

BACA JUGA  8 Cara Kenali Jika Lelaki Suka Anda

8 Dia terlalu dekat dengan anda untuk rasa selesa

perpisahan cinta kembali bersama semula
Pexels/vjapratama

Sebuah tanda cinta dari bahasa tubuh seorang lelaki ekstrovert adalah ketika mereka masuk ke dalam kehidupan anda. Ini akan menjadi cara lelaki menggoda anda dan menguji sama ada anda bertindak balas kepada gerakannya. Ini biasanya berlaku terutama di tempat-tempat ramai ataupun tempat awam lain ketika seorang lelaki sangat dekat dengan anda dengan dalih mengatakan sesuatu kepada anda di telinga anda kerana ada terlalu banyak suara.

2. Dia terus menatap anda, melihat mata dengan dalam dan tersenyum. Seorang lelaki ekstrovert yang menyukai anda akan terus melihat ke dalam mata anda dan memberikan anda senyuman kecil. Dia akan cuba untuk menilai cara anda bertindak balas untuk melihat apakah anda suka juga atau tidak. Lelaki ekstrovert tidak ingin meninggalkan terlalu banyak ketidakpastian ketika datang untuk menggoda seorang wanita. Mereka selalu ingin memberikan setiap tanda dari bahasa tubuh mereka untuk membiarkan anda tahu bahawa mereka tertarik kepada anda.

9 Dia mengangkat bahu, melipat lengannya dan membusungkan dadanya

Foto ilustrasi – Unsplash/Riki Ramdani

Seorang lelaki akan terus ingin kelihatan paling kuat ketika dia ingin wanita yang dia suka terkesan. Ini tanpa sedar akan membuat dia menarik bahunya, menghisap perutnya dalam-dalam, mendorong dadanya terus lengannya seolah-olah dia seorang ahli bina badan dengan bingkai yang besar.

Ini adalah tanda cinta dan bahasa tubuh yang umum pada lelaki yang mempunyai rasa yang kuat dari ego dan kebanggaan akan tubuh dan penampilan fizikal mereka. Mereka ingin menggunakan tubuh mereka sebagai aset untuk menunjukkan kejantanan dan kekuatan mereka.

10 Suaranya menjadi keras dan tegas

Foto ilustrasi – Unsplash/sandevil sandh

Anda boleh menilai kesan pertama anda pada seorang lelaki dengan nada suaranya yang turun naik. Sebuah peningkatan mendadak dalam volume suaranya dan kerenyahan dalam kata-katanya adalah tanda bahawa dia ingin mendapatkan perhatian anda. Hal ini sudah biasa dalam keperibadian seorang lelaki ekstrovert untuk bicara dengan suara nyaring dan tegas ketika dia ingin mengesankan seorang gadis dengan membuat kehadirannya diketahui.

BACA JUGA  10 Cara Membuat Wanita Jatuh Cinta Walaupun Anda Bukanlah Sesiapa

11 Dia duduk dengan kaki melebar

Foto ilustrasi – Unsplash/JodyHongFilms

Sebuah tanda umum dari daya tarik untuk menggoda adalah ketika seorang lelaki duduk dengan kaki terbuka lebar. Hanya lelaki-lelaki yang mempunyai tahap kepercayaan diri yang sangat tinggi mempunyai tanda bahasa tubuh seperti ini dan ini memang sengaja dibina ke dalam gen mereka. Seorang lelaki dengan personaliti yang pendiam mungkin tidak memaparkan sifat ini. Ini menjadi salah satu tanda cinta atau minat jika lelaki itu lantang dan ekstrovert yang lengkap.

12 Dia menunjukkan ketidaksukaan ketika anda bercakap dengan lelaki lain

Foto ilustrasi – Unsplash/Francisco Gonzalez

Seorang lelaki ekstrovert tidak akan menahan untuk menunjukkan perasaannya dan akan memberikan tanda jijik atau tidak suka apabila dia melihat anda bercakap dengan lelaki lain. Perhatikan contoh klasik dari seorang lelaki ketika bercakap dengan anda dalam sebuah pesta. Ia akan mengerutkan kening jika lelaki lain mendekati dan mempunyai berbual dengan anda. Ini akan tampak jelas kerana jika ia benar-benar tertarik pada anda, ia akan ingin mempunyai perhatian penuh daripada anda.

13 Dia meletakkan tangannya di sekitar tubuh anda atau memegang tangan anda

Lelaki yang extrovert dan sangat ramah mungkin akan sensitif jika mereka sangat tertarik kepada anda. Dia boleh merangkul bahu anda semasa anda sedang duduk di sofa atau tempat telapak tangannya di punggung bahagian bawah untuk membimbing anda ke pintu ketika anda berjalan.

Sensitif akan menjadi tanda alami minat atau rasa cinta bagi seorang lelaki dan gerakan tersebut akan didorong oleh alam bawah sedarnya. Tidak akan ada tanda-tanda gugup dalam tindakan ketika ia menjadi sensitif, kerana tahap interaksi adalah sifat normal dalam perilakunya.

Sekarang anda sudah tahu 13 bahasa tubuh tanda lelaki jatuh cinta. Anda boleh tahu lelaki seperti apa yang mendekati anda, namun hati-hatilah menjaga diri sebagai seorang wanita, jangan biarkan seorang lelaki dengan mudah boleh menyentuh anda. Wanita memang perlu jual mahal untuk menjaga kehormatannya. Wanita seperti ini akan membuat wanita segan dan sekaligus kagum.

Tags: jatuh cinta

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved