senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Netizen

Apa Yang Membezakan Lelaki Baik Dan Lelaki Nakal?

leav by leav
August 10, 2017
in Netizen
11
SHARES
962
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Kebanyakan wanita mendambakan seorang lelaki yang memberi perhatian, romantis, tenang, dan sensitif. Lucunya, ketika mereka diberi pilihan, mereka malah lebih memilih lelaki yang nakal!

Mengelirukan, memang mereka memilioh lelaki yang mementingkan diri sendiri, narsistik, dan sangat anti terhadap hal-hal yang romantis.

Apa perbezaan lelaki baik dan lelaki nakal? Kenapa perempuan lebih suka kepada lelaki nakal? Mari kita bahas satu per satu.

Sudah menjadi perkara yang wajar jika setiap wanita ingin mendapatkan teman wanita yang baik. Namun tidak dapat dinafikan bahawa kadang-kadang hubungan seperti itu rasa sangat bersahaja dan cenderung membosankan.

Inilah yang mencetuskan sehingga muncul rasa ingin tahu untuk merasakan sensasi berbeza dikala menjalin hubungan dengan lelaki yang nakal.

Entah mengapa, ada kepuasan tersendiri ketika wanita boleh menakluk hati seorang lelaki nakal. Ya, lelaki yang sebahagian besar hidupnya dihabiskan untuk melakukan perkara-perkara tidak penting.

Secara saintifik, keadaan di atas disebut sebagai ‘nice guy paradox’. Ini merupakan situasi di mana wanita mendakwa bahawa lelaki idamannya adalah yang mempunyai sikap baik, perhatian, manis dan sensitif.

Namun ketika dia sudah mendapatkan lelaki yang sesuai, dia rasakan kepuasan sehingga muncullah hasrat untuk mencari sesuatu yang berbeza.

ADVERTISEMENT

Pilihannya kemudian jatuh pada lelaki dengan sifat yang berbeza dengan apa yang mereka inginkan selama ini, iaitu lelaki nakal.

Adapun sikap baik daripada seorang lelaki itu hanya diperlukan oleh seorang wanita jika hubungan yang dijalinkan itu memang bertujuan untuk perkara yang sangat serius, misalnya perkahwinan.

Sementara untuk keindahan fizikal, lebih cenderung untuk mereka yang mahukan hubungan yang kasual atau tidak serius.

Keadaan seperti ini akan membuat para wanita belajar banyak dari pengalaman, kemudian mengetahui kemampuan dirinya.

ADVERTISEMENT

Ketika dia sampai kepada lelaki yang nakal, ada banyak sekali pengalaman baru yang dipelajari dan membuatnya rasa dapat mengembangkan dirinya dengan bebas. Secara ringkasnya, tahap kepuasan yang diperolehi dari lelaki nakal lebih tinggi berbanding lelaki yang baik-baik.

BACA JUGA  Adakah Anda Ramai Kawan Tapi Tetap Rasa Kosong?

Lelaki Baik VS Lelaki Nakal: Cabaran

Satu kajian yang diterbitkan oleh Hartpury College menunjukkan fakta bahawa wanita yang berusia antara 18-24 tahun mempunyai minat yang lebih kepada lelaki dengan tahap kepercayaan diri yang tinggi.

Padahal, lelaki dengan kepercayaan diri tinggi itu cenderung mementingkan diri sendiri sehingga tidak boleh menjadi pasangan yang baik. Malangnya, wanita tidak menyedari hal tersebut.

Ada kalanya wanita memang memerlukan sedikit adrenalin dan cabaran di dalam hubungannya. Tak hairan jika mereka akan mengejar lelaki-lelaki nakal ini, tak peduli jika dia pernah disakiti sebelumnya.

Wanita boleh saja sedar bahawa lelaki tersebut bukan pilihan yang tepat baginya, namun lelaki seperti ini tergolong golongan yang sangat mencabar. Kesan nakal yang ditunjukkan oleh lelaki tersebut merupakan perwakilan dari sikap yang berani dan kuat kala bahaya menghadang.

Entah diakui atau tidak, setiap wanita tentu sangat menginginkan hal-hal menarik di dalam hubungan asmaranya. Mereka sangat menginginkan pendamping yang agresif dan tegas. Jika pasangannya adalah orang yang tenang dan cenderung mudah perilakunya, apa yang menarik?

Lelaki Baik VS Lelaki Nakal: Eksperimen

Apabila keputusan harus diambil, secara semulajadi lelaki yang nakal akan menjadi pilihan para wanita. Walaupun secara logik dia menyedarinya adalah satu kesalahan, namun segala keperluan psikologi boleh dipenuhi melalui lelaki nakal. Ingat, wanita memang selalu mengutamakan perasaan berbanding logik.

Para lelaki yang baik ini mungkin saja kelihatan sangat menarik secara fizikal. Namun, kehidupan mereka tidak semenarik dengan lelaki yang nakal. Boleh dikatakan, wanita ingin sedikit diuji, sama ada lelaki nakal boleh menjadi baik apabila menjalin hubungan dengannya atau tidak.

Sudah menjadi sifat semula jadi perempuan untuk memperbaiki sikap seorang lelaki. Ini merupakan sifat lahiriah yang sekaligus menunjukkan sikap keibuannya. Sementara di sisi lain, lelaki yang baik itu tidak memerlukan ujian. Keperibadian mereka sudah baik, jadi tidak ada yang perlu diubah.

BACA JUGA  Usia 50 Tahun Tapi Persis Anak Dara!

Dengan memilih untuk bersama lelaki nakal, secara automatik wanita meletakkan dirinya ke dalam sebuah situasi yang eksperimental dan mencabar untuk memperbaiki sikap lelaki nakal tersebut. Itulah sifat semula jadi manusia, selalu ingin mendominasi dan berada di atas orang lain, tidak kira apapun orientasi seksualnya.

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved