senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Tips

10 Tanda Anak Anda Memiliki IQ Yang Tinggi Sedari Baru Lahir

Yuyue by Yuyue
August 11, 2017
in Tips
76
SHARES
8
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Ibu bapa mana yang tidak rasa bangga jika memiliki anak yang bijak dan perkara itu dikesan seawal masih bayi. Tetapi bukan semua ibu bapa bernasib baik memiliki anak yang bijak. Walaubagaimanapun, pandai atau tidak bukan ukurannya, semua makhluk Allah s.w.t mempunyai kelebihan tersendiri.

Sebenarnya kita boleh mengetahui tahap kepandaian anak sedari anak kita lahir lagi, tapi apa pula tanda-tandanya?

Baru lahir: Tubuh besar dan berat

Semakin berat badan bayi sewaktu lahir bermakna semakin tinggi kecerdasannya. Kajian yang melibatkan lebih dari 3,000 bayi ini sudah dilaporkan dalam British Medical Journal. Ia ada kaitan dengan fakta bahawa bayi yang lebih berat mendapatkan zat yang lebih baik.

Anak anda lahir berapa beratnya?

Usia 12-24 bulan: Boleh bertutur lebih satu bahasa

Jurnal Child Development menyebutkan bahawa salah satu cara untuk menggiatkan perkembangan otak pada anak kecil adalah dengan mengajarnya bahasa asing selain bahasa ibunda. Tak kira bahasa Inggeris, Perancis, atau Arab, anak yang lahir dari ibu bapa yang boleh bercakap lebih dari satu bahasa juga selalunya mempunyai IQ lebih tinggi.

Selalunya jika anda dari keluarga yang bercampur, contohnya anda mungkin bangsa melayu dan berkahwin dengan orang inggeris, anak anda cenderung bijak dalam dua bahasa iaitu melayu dan Inggeris.

ADVERTISEMENT

Usia 3 tahun: Lebih tinggi dari rakan sebaya

Anak yang lebih tinggi dilihat mampu menguasai ujian dengan lebih baik, demikian kajian oleh National Bureau of Economic Research.

Menurut kumpulan pengkaji, sejak usia tiga tahun sebelum bersekolah lagi anak-anak yang lebih tinggi mendapat keputusan yang jauh lebih baik dalam ujian-ujian kognitif yang diadakan.

Usia 4 tahun: Boleh melukis gambar manusia

ADVERTISEMENT

Jika anak anda sudah pandai melukis gambar manusia ketika usianya 4 tahun, kemungkinan besar diusia remajanya nanti dia antara remaja yang pandai. Kajian oleh King’s College di London mendapati 15,000 gambar dihasilkan anak-anak berusia empat tahun. Mereka yang mempunyai bakat seni sejak kecil ini mendapat markah lebih baik dalam ujian IQ.

BACA JUGA  Buat Sendiri Krim Anti Kedutan Dirumah

Usia 5 tahun: Sudah pandai berbohong

Anak yang pandai berbohong pada usia ini dikatakan lebih cerdas otaknya. Institute of Child Study, Toronto University mengkaji 1,200 anak berusia antara dua hingga 17 tahun yang sudah pandai berbohong sejak kecil biasanya lebih bijak. Alasannya, proses rumit ketika seseorang sedang berbohong menjadi petunjuk pada IQ anak.

Ini juga antara yang paling kita takut, berbohong bukanlah perkara yang boleh dibanggakan, namun ia adalah saah satu tanda anak anda sudah pandai mereka cerita dan berbohong kepada anda.

Usia 6 tahun: Boleh bermain alat muzik

Permainan alat muzik sejak dahulu dikatakan amat membantu kecerdasan emosi kanak-kanak. University of Vermont telah menguatkannya selepas membuat kajian terhadap 232 anak-anak yang sihat antara usia enam hingga 18 tahun. Mereka mendapati semakin kerap seseorang anak memainkan alat muzik, semakin baik keterampilan mereka dalam pengurusan kecemasan dan emosi. Dengan kata lain mereka lebih tenang.

Sebab itu ada sesetengah ibu bapa mendorong anak mereka memasuki kelas muzik sedari kecil. Mungkin kosnya agak mahal, tetapi demi kecergasan minda anak ibu bapa sanggup menanggung kos yuran yang tinggi.

Usia 7 tahun: Suka membaca

Suka membaca pada usia ini adalah satu petunjuk anak akan memiliki kecerdasan yang lebih tinggi pada tahun-tahun berikutnya. Anak yang memiliki kemampuan membaca lebih baik pada usia 7 tahun dan mampu hanyut ketika membaca novel, dilihat mempunyai keputusan lebih baik dalam ujian IQ sewaktu remaja. Ia berdasarkan kajian University of Edinburgh dan King’s College London pada 2014.

Usia 8 tahun: Suka berjaga malam

Kajian oleh London School of Economics menunjukkan bahawa orang dewasa yang cerdas suka berjaga hingga larut malam dan ini adalah kebiasaan sejak kecil.

BACA JUGA  Elakkan 5 Jenis Makanan Ini Jika Tidak Mahu Muka Kelihatan Berminyak

Usia 9 tahun: Ambil sarapan sihat

Selalunya kanak-kanak seusia ini jarang sekali ingin memakan makanan yang sihat. Tetapi jika seseorang anak menikmati sarapan yang sihat pada usia ini, dia mungkin mempunyai peluang dua kali ganda untuk memperoleh keputusan yang lebih baik dari ujian IQ. Kajian dari University of Cardiff terhadap 5,000 pelajar berusia 9 hingga 11 tahun menunjukkan bahawa mereka yang makan bijirin, roti dan produk susu pada pagi hari mencapai hasil terbaik dalam ujian peperiksaan.

Usia 10 tahun: Banyak cakap

Pada usia 10 tahun anak yang bijak biasanya petah bercakap tak kira dengan orang tua atau rakan sebaya. Malah mereka mampu membuat peraturan baru dalam permainan yang biasanya tidak disukai oleh rakan mereka.

Pada seusia diatas, kebanyakkan kanak-kanak lebih cenderung kepada permainan dan aktiviti lasak. Jangan risau, kerana jika anak anda lasak, itu bermakna otaknya sedang berfungsi lebih baik. Keinginannya yang ingin tahu membuatkan anak anda lebih aktif dan banyak bertanya.

Jika anda inginkan anak anda bijak berfikir, biarkan anak anak anda bermain dan bertanya kepada anda, jawab sahaja setiap persoalan dengan tepat dan betul. Jangan pula anda menjawab dengan jawapan yang tidak betul. Bagi anda ianya seperti satu gurauan dan anda merasakan anak anda tidak mengerti. Tapi sebenarnya ketika itu adalah proses belajar mereka.

Didik anak anda sebaiknya kerana mereka adalah bakal pemimpin negara dan bangsa.

Popular Minggu Ini

  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    221 shares
    Share 88 Tweet 55

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved