senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Tips

4 Anggota Badan Anak Yang Ibu Bapa Disarankan Cium Setiap Hari

Yuyue by Yuyue
August 11, 2017
in Tips

Ilustrasi

82
SHARES
0
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Tahukah anda, ciuman itu penting buat seorang anak? Setiap sentuhan itu akan menimbulkan kasih sayang antara ibu bapa dan anak. Sebab itu ibu bapa digalakkan memeluk dan mencium anak setiap hari.

Mendidik anak dengan sentuhan dan ciuman bukan sahaja membuatkan anak mudah mendapat ilmu yang diajar, bahkan akan mengeratkan lagi silaturrahim antara ibu bapa dan anak itu sendiri.

Ikut saranan yang dikongsikan oleh Datuk Dr Abdul Basit Abdul Rahman, Pensyarah Jabatan Syariah di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra dan Mursyif di Pondok Sungai Durian, tentang tempat kawasan tubuh anak yang perlu ibu bapa cium setiap hari. Dalam masa yang sama berikan sentuhan dan gosokan pada 5 lagi tempat pada anggota tubuh anak.

Mengikut saranan doktor Psikologi terhadap ibubapa, terdapat empat ciuman dan beberapa sentuhan yang harus diamalkan terhadap anak-anak dan hendaklah dilakukan setiap hari, semenjak lahir setiap hari tanpa had waktu dan umur, selagi dia masih menjadi anak kita.

4 Ciuman

1. Pertama di ubun-ubun, sebagai menunjukkan kebanggaan kita terhadapnya (sambil mendoakan agar si anak jadi anak soleh), insya’Allah.

2. Kedua di dahi, ciuman ini menandakan kita redha terhadapnya sebagai dia anak kita. Rasulullah s.a.w pernah mencium anaknya, Fatimah r.anha di dahi beliau.

3. Ketiga di kedua-dua pipi, iaitu sebagai tanda syauq (perasaan sayang dan rindu) kita terhadap si anak.

4. Keempat di tangan anak, tanda mawaddah wa hubb (kasih sayang) sebagaimana Rasulullah s.a.w juga selalu mencium tangan anakandanya Fatimah r.a.

ADVERTISEMENT

5 Sentuhan

Ilustrasi

1. Mengosok belakang kepala anak, sebagai tanda kasihan belas dan anak akan merasai dikasihani dan terlindung.

2. Menggosok atas kepala atau ubun-ubun, ini untuk menunjukkan kebanggaan kita terhadapnya.

BACA JUGA  Saintis Menemui Spesis Baru Seperti Gumpalan Otak Dan Bila Disentuh Ia Hidup!

3. Menggosok atas dahi anak, sebagai tanda syauq (perasaan sayang dan rindu) kita terhadap anak.

4. Keempat kedua pipi, juga tanda mawaddah wa hubb (kasih sayang)

ADVERTISEMENT

5. Memgang kedua tangannya, untuk menenangkan anak ketika nampak perasaannya kacau atau keliru.

Tambahan: Gosok di dada Ketika perlu. Kerana ia boleh memberi ketenangan kepada anak anda.

Jika anda melihat anak anda cenderung melakukan perkara yang tidak sepatutnya ketika sedang marah, anda disarankan untuk menggosok dadanya bagi meredakan kemarahannya.

Selalunya anak yang di didik melalui sentuhan dan kasih sayang, anak anda akan lebih mendengar kata berfikir banyak kali untuk melukakan hati kedua orang tuanya, ini kerana sudah terikat rasa kasih sayang diantara mereka.

Berbeza dengan anak yang sering di didik dengan kekerasan, anak mungkin akan lebih berdikari namu akan lebih kasar peribadinya berbanding anak yang dimanja tetapi mendapat didikan yang sempurna.

Wallahualam

Sumber: Ragamanak.com

Tags: anak

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved