senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Tips

5 Hal Penting Yang Perlu Seorang Ayah Buat Bila Ada Anak

Yuyue by Yuyue
August 13, 2017
in Tips
0
SHARES
37
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Seperti yang selalu kita tahu, anak-anak selalunya akan lebih rapat dengan ibu, ini kerana waktu bersama ibu lebih banyak berbanding waktu bersama ayah.

Itu la pengorbanan seorang ayah, masa terlalu singkat untuk meluangkan masa dengan anak, tapi itu bukan alasan untuk anda sebagai ayah mengabaikan anak anda. Cari sedikit waktu dan bermain la dengan anak-anak. Tahukah anda anak akan cenderung lebih aktif dan bijak jika sering bermain dengan ayah?

Sebagai seorang ayah, anda harus memberikan contoh yang terbaik. Walaupun kebanyakan anak-anak lebih rapat dengan ibu tetapi tahukah anda mereka sebenarnya akan cenderung mencontohi perilaku ayah berbanding ibu. Berikut adalah pesanan paling penting untuk lelaki bergelar ayah

Tunjukkan contoh terbaik depan anak

Anak-anak mudah mengikuti apa sahaja tingkah laku yang mereka lihat. Jadi sebagai seorang bapa, anda seharusnya memberikan gambaran yang baik untuk anak anda.

Contohnya anda jangan pula bergaduh dengan isteri depan anak-anak. Tunjukkan kemesraan supaya anak anda sentiasa dihidangkan dengan perkara-perkara positif sahaja.

Sembunyikan tingkah laku negatif depan anak

ADVERTISEMENT

Manusia tiada yang sempurna, kita sebagai manusia yang penuh dengan kekurangan, pastinya mempunyai tingkah laku yang buruk bukan? Sebaiknya jangan sampai anak lihat tingkah laku negatif di depan anak anda. Seperti menghisap rokok, bermain judi, melihat video yang tidak sepatutnya. Anak sedang membesar, anda adalah salah seorang ikon yang bakal diikutinya kelak.

Jangan marah anak sampai tak ingat dunia

Jika hendak menegur anak, jangan sampai sanggup memukul anak. Anak perlukan sokongan dan juga kasih sayang. Memang anak lebih takutkan ayah berbanding ibunya. Cukup anda menegur dengan cara baik dan tidak perlu naik tangan.

BACA JUGA  Orang Berjalan Ketika Tidur Lebih Bijak

Jika anda naik tangan dan memukulnya, anak anda pasti akan mengingatinya sehingga dewasa. Kesan pukulan tidak kekal di tubuh badan, namun kesannya di hati akan diingati sampai bila-bila

ADVERTISEMENT

Rajin-rajin berbual dengan anak

Janganlah ayah asyik sibuk dengan kerja dan handphone sahaja. Kalau di rumah layanlah anak bercakap dan bermain. Kadangkala anak takut hendak bercakap atau bergurau dengan ayah sebab ayah terlalu serius dan garang. Tak hairanlah anak lebih senang berbual atau mengadu apa sahaja dengan ibu. Kata pakar sosiologi, anak yang berbual dengan ayahnya akan mempunyai IQ lebih tinggi berbanding anak yang kurang berkomunikasi dengan ayah. Jadi, kalau nak anak bijak maka rajin-rajinlah melayan mereka bercakap ya para ayah!

Binalah hubungan rapat dengan anak

Kajian juga menunjukkan anak yang rapat dengan ayah mempunyai akhlak yang lebih baik dan mengurangkan masalah sosial ketika usia remaja. Tentu kita biasa baca kisah anak-anak remaja yang mengalami keruntuhan moral dan akhlak. Kebanyakan mengakui mereka tidak rapat dengan ayah masing-masing. Pendek kata sejak kecil tiada hubungan rapat dan interaksi dengan si ayah. Apabila meningkat remaja, mereka lebih selesa rapat dengan kawan-kawan. Akibatnya mereka kurang mendapat kasih sayang, perhatian dan tunjuk ajar daripada lelaki bergelar ayah!

Sumber: Ragamanak.com

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    122 shares
    Share 116 Tweet 3

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved