senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Tips

4 Jenis Pemakanan Yang Boleh Melemahkan Otak Anak Anda

Yuyue by Yuyue
August 13, 2017
in Tips
27
SHARES
0
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Ramai ibu bapa tidak begitu arif tentang cara pemakan yang sihat untuk anak-anak, memang kesemua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Segalanya nampak sempurna, dari kebersihan diri sehingga kepada pemakanan.

Tapi masih ada ibu bapa yang mengambil perkara ini seperti bukan masalah besar. Ibu bapa yang ambil sambil lewa hal pemakanan apabila membeli makanan tanpa mengira ianya baik untuk pertumbuhan otak anak atau tidak. namun adakah anda tahu bahawa pemakanan juga adalah salah satu punca mengapa pemikiran anak terbantu?

Menurut Dr Zulfito dalam bukunya yang berjudul Menu Sihat & Permainan Kreatif, anak-anak yang terlalu banyak diberikan makan biskut, gula-gula, atau makanan yang kadar gulanya tinggi, perkembangan otak boleh terbantut.

Ini disebabkan kadar gula dalam darah menjadi naik dan turun dengan sangat cepat. Tindak balas ini mengakibatkan bekalan tenaga ke otak jadi tidak stabil. Kesannya kanak-kanak mudah tersinggung dan mudah lelah. Selain itu beberapa jenis makanan dan minuman yang tidak digalakkan untuk anak-anak ambil adalah:

Makanan ringan/makanan segera

Makanan segera ini merupakan makanan yang kurang zat pemakanan kerana ia mengandungi banyak pewarna,bahan pengawet,penambah perasa,garam dan juga gula. Asid lemak yang tepu terhidrogenasi juga banyak dijumpai dalam makanan ini. Jika anak terlalu kerap mengambil makanan segera ini akan mengakibatkan pencernaan kanak-kanak lemah serta masalah kesihatan lain yang mungkin mendatangkan pelbagai penyakit.

Minuman berkarbonat

Tidak hanya minuman yang mengandungi soda saja, tetapi jus buah-buahan dalam botol juga antara yang mengandungi karbonat.Minuman jenis ini mengandungi gula, pengawet, pemanis, pewarna, kafein dan sebagainya. Semua kandungan ini tidak sesuai untuk perkembangan anak yang masih kecil.

ADVERTISEMENT

Makanan yang mengandungi kafein

BACA JUGA  Bahaya Kismis kepada Kanak-Kanak: Apa yang Perlu Diketahui oleh Ibu Bapa

Kafein biasanya terdapat dalam teh, kopi, coklat, dan juga minuman yang berkarbonat. Berdasarkan kajian pada anak-anak yang bersekolah, kebiasaannya apabila mereka minum teh setiap pagi, permulaan hari mereka kurang memberangsangkan.Sebaiknya pengambilan susu sangat digalakkan.

Aditif dan pengawet

Bahan-bahan aditif dan pengawet ini banyak digunakan untuk menambah rasa, tekstur dan meningkatkan daya tahan makanan dalam tempoh yang lama. Sementara itu, sistem tubuh bayi dan kanak-kanak belum betul-betul bersedia untuk mengambil bahan tersebut.Memang pada dasarnya tidak semua bahan aditif berbahaya, tetapi boleh juga mengakibatkan alergi, daya ingatan lemah, kemurungan, dan beberapa faktor lain.

ADVERTISEMENT

Ibu bapa seharusnya lebih peka akan perkembangan otak anak-anak anda. Penting untuk anda mengamalkan pemakanan sihat untuk keluarga anda. Bukan hanya untuk badan sahaja, malah juga untuk otak anak anda ya.

Sumber: Ragamanak.com

Popular Minggu Ini

  • Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    59 shares
    Share 24 Tweet 15
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    254 shares
    Share 102 Tweet 64
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    138 shares
    Share 55 Tweet 35
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    415 shares
    Share 166 Tweet 104
  • Teman Malaysia: Servis Bawa Warga Tua ke Hospital, Jaga di Rumah dan Berjalan-jalan

    1 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved