senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Netizen

Kedah Akan Benarkan Suami Berkahwin Lebih Dari Satu Tanpa Kebenaran Isteri

Yuyue by Yuyue
August 25, 2017
in Netizen
0
SHARES
28
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Makin gembira la para suami diluar sana, lagi-lagi lelaki yang tinggal di negeri Kedah. Dengar khabar Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Kedah, Datuk Mohd. Rawi Abdul Hamid telah membenarkan lelaki di dalam negeri itu boleh berkahwin lebih dari satu tanpa meminta izin isteri pertama.

Yang pastinya ramai isteri-isteri yang tidak bersetuju dengan perkara ini. Isteri mana yang sanggup dimadukan dan diberi khabar sebegitu. Lepas ini isteri-isteri terpaksa la berjaga-jaga ya, jangan sampai terlepas pandang pula.

Kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Kedah, Datuk Mohd. Rawi Abdul Hamid, yang menyatakan bahawa negeri Kedah akan menyelaraskan undang-undang syariah untuk hanya memaklumkan kepada isteri pertama jika suami berkahwin di luar negara, dan persetujuan isteri pertama tidak diperlukan untuk perkahwinan tersebut, mendapat respon negatif dari pelbagai pihak termasuk pembangkang.

Menurut penjelasan Mohd Rawi, undang-undang yang bakal digubal itu dicadangkan bagi memastikan perkahwinan kedua didaftarkan didalam negara.

Bagi membantah cadangan tersebut, wanita Pakatan Harapan (PH) mahu kerajaan menggubal undang-undang memastikan seorang lelaki yang mahu berpoligami mampu daripada sudut kewangan.

Melalui ketuanya, Zuraida Kamaruddin, beliau membantah cadangan tersebut bagi memastikan hak-hak isteri pertama dan anak-anak tidak diabaikan apabila memberi kebenaran berpoligami kepada suami.

“Oleh yang demikian, Wanita PH menolak undang-undang yang menekan hak-hak wanita atas alasan remeh.

“Wanita PH percaya terdapat langkah-langkah lain yang boleh digunakan untuk memastikan perkahwinan didaftarkan tanpa mengugat hak-hak wanita lain sekaligus memastikan undang-undang digubal selari dengan hukum syarie sedia ada,” ujarnya dalam satu kenyataan.

ADVERTISEMENT

Justeru, kata Zuraida, beberapa faktor penting perlu dipertimbangkan sebelum membenarkan poligami mengikut syariat Islam.

BACA JUGA  "Umur 80 Buat Kerja Macam Ni," - Lelaki Lanjut Usia Cuba Lari Lepas Scam RM9 Ribu

Dalam isu ini, walaupun kebenaran isteri pertama bukan satu kemestian namun persetujuannya adalah satu pra-syarat yang penting untuk menjamin kerukunan institusi kekeluargaan.

“Kebenaran ini adalah penting bagi memastikan hak-hak isteri pertama dan anak-anak seperti nafkah dan kebajikan terjamin dan terjaga.

“Isteri pertama harus dipanggil ke Mahkamah Syariah untuk diambil keterangan tentang kelayakan suami berpoligami supaya konsep keadilan yang disebut dalam al Quran, Surah An-Nisa ayat 3 dapat dilaksanakan,” ujarnya.

ADVERTISEMENT

Isteri pertama adalah orang yang paling utama yang perlu tahu jika anda berniat untuk berkahwin lebih dari seorang, ini kerana isteri pertama yang bersusah payah dengan anda sebelum anda menempuh kejayaan. Jangan pula apabila sudah berduit dan mampu, anda lupa akan isteri dan mula memandang rendah dengan isteri anda ya!

Sumber: Utaranews.com

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved