senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Hubungan

Perangai Lelaki Umur 40-an Yang Tidak Boleh Diterima Akal

Yuyue by Yuyue
August 25, 2017
in Hubungan

Ilustrasi

2.4k
SHARES
466
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Betul ke lelaki yang masuk 40-an akan mula bersikap aneh? Lain kata ‘miang’. Isteri-isteri akan mula gelisah apabila suami memasuki umur 40-an, ini kerana mereka akan berubah serta-merta. Dari seorang yang serius pada mulanya, akan bertukar kepada sikap yang manja dan mengada-ngada.

Agak-agak bagaimana perangai mereka bila dah berumur 40-an ye? Makin tua main kacak pula lelaki ni ya, bukan seperti wanita yang semakin tua semakin nampak lesu. Jarang kita lihat wanita yang semakin tua semakin menawan. Ini adalah kerana faktor persekitaran yang memaksa mereka untuk bekerja lebih masa hinggakan mereka tiada masa untuk berdandan dan menjaga diri sendiri.

ilustrasi

Jom kita selidik bagaimana agaknya perangai lelaki yang berumur 40 an ni ya.

Miang

Selalunya orang akan berkata ‘dah masuk umur pertengahan ni, miang dia lain sikit’. Apabila lelaki yang berumur 40 an, mereka sering berperangai pelik. Jika sesetengah orang berkata umur sebegitu sepatutnya lelaki bersikap lebih matang, tapi lain pula jadinya apabila menjadi semakin miang. Mata tu asyik hendak ushar perempuan berdahi licin saja.

Semakin tidak bertanggungjawab

Bila market dah naik, mula nak bersiap kacak-kacak dan berbau wangi sepanjang masa. Tetapi realitinya isteri dan anak-anak dibiarkan tunggang langgang. Mereka menjadi lelaki yang tidak bertanggungjawab dan sanggup menghabiskan masa dengan wanita lain diluar.

Hilang kehangatan asmara

Bila usia mencecah umur 40 tahun, kebanyakkan lelaki sudah hilang sikap romantik dan mula malas hendak melayan kerenah manja isterinya. Hendak ajak bergurau pun sudah takut, muka masam mencuka sahaja setiap hari. Isteri akan mudah rasa terabai jika suami mula tidak menghiraukannya.

Ilustrasi

Makin mengada-ngada

Sudah mula hendak berpakaian seperti orang muda, hendak nampak muda dan tampan sentiasa. Lepak pula dengan anak muda dan bebincang soal isu semasa yang tidak bersesuaian dengan umurnya yang sudah dimamah usia. Jika ditanya berkenaan dengan usia pula, mereka suka merahsiakan umur mereka kerana bimbang rakan wanita yang jauh lebih muda tidak mahu berkawan dengannya. Sepertinya lelaki di usia 40 an ini sangat mengada-ngada ya!

BACA JUGA  11 Sebab Jujur Kenapa Perempuan Lebih Suka Lelaki Nakal

Makin tua makin menjadi-jadi pulak sifat mengada, kadang-kadang rasa seperti ianya tidak masuk akal. Tetapi itu la realiti sebenar bagi kaum lelaki apabila sudah mencapai umur 40 an. Jadi para isteri siap sedia la menghadapinya ya!

ADVERTISEMENT

Sumber: Maskulin.com.my

ADVERTISEMENT
Tags: lelaki

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved