senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Family

Gara-Gara Mendekati Perokok, Anaknya Mengidap Pneumonia

Yuyue by Yuyue
August 30, 2017
in Family
0
SHARES
1
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Akibat buruk dari sikap suka merokok ini bukan sahaja pada diri sendiri, tetapi juga kepada orang sekeliling kita. Sayangilah orang sekeliling anda. Jika anda tidak sayangkan diri sendiri, sekurang-kurangnya lindungi ahli keluarga dari bahaya rokok ya!

Anak baru berusia sebulan lebih, namun disahkan menghidap pneumonia gara-gara didekati perokok. Mengambil iktibar dari apa yang berlaku pada anaknya, wanita ini menggesa golongan bapa yang merupakan perokok, tidak mendekati anak mereka yang masih bayi bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang.

Kepada ibu bapa di luar sana yang masih ada anak berusia bawah 2 tahun, saya nak kongsi sedikit pengalaman saya dengan anda. Terutamanya golongan bapa yang merupakan perokok sama ada heavy atau light.

Kalau nak merokok, tolong pergi jauh dari baby. Selepas merokok pun jangan mendekati baby. Sebaik-baiknya pergi mandi sehingga bersih dan kemudian baru boleh mendekati baby.

Walaupun kita dah cuci tangan, tetapi asap dari pembakaran rokok masih lagi melekat di pakaian, rambut dan banyak lagi.

Gambar ini dirakam sewaktu Danny ditahan wad dan disahkan menghidap pneumonia. Waktu itu dia baru sahaja berusia 1 bulan 19 hari (49-50 hari lebih kurang) dan disahkan menghidap pneumonia.

Apa itu Pnuemonia? Pneumonia adalah penyakit radang paru-paru yang disebabkan non-microorganisme (bahan kimia, radiasi, toksin atau ubat-ubatan). Pneumonia yang berlaku di bahagian paru-paru yang berfungsi sebagai pertukaran udara sehingga penghidap pneumonia mengalami gangguan pertukaran udara di paru-paru.

ADVERTISEMENT

Jadi, sewaktu Danny terkena penyakit ini, dia batuk tanpa kahak. Kemudian apabila dia menyusu, susu dimuntahkan keluar. Hampir dua minggu keadaan Danny begitu dan tidak dibawa ke hospital.

Bimbang keadaan anak semakin teruk, terus bawa ke hospital. Apabila doktor membuat imbasan x-ray, paru-paru Danny dah macam teruk dan terus ditahan wad di Hospital Umum Sarawak (HUS).

BACA JUGA  10 Fakta Menunjukkan Wanita Sangat Berbeza Daripada Lelaki

Di HUS, macam-macam yang mereka lakukan pada Danny. Malah kerap mengambil darahnya, siapa tak kasihan melihat keadaan anak kecil sebegini? Bayi yang berusia sebulan terpaksa melalui penderitaan seperti ini. Tetapi oleh kerana mahu anak kembali sembuh, terpaksa kuatkan hati untuk melihat dia begitu dan banyakkan berdoa.

ADVERTISEMENT

Selepas diberi antibiotik, seminggu kemudian Danny kembali pulih. Jadi, ibu bapa tolonglah jangan ambil mudah perkara seperti ini kerana pneumonia ini boleh menyebabkan anak hilang nyawa jika tidak dirawat.

Sekarang, Alhamdulillah Danny sudah sihat tetapi kadang-kadang bila demam dan batuk, memang saya segera bawa di mendapatkan rawatan di klinik.

Pesanan saya, sayangilah anak-anak kita. Bila tengok anak tak sihat, segera bawa anak pergi mendapatkan rawatan di klinik/hospital. Smeoga apa yang berlaku pada anak saya, Abdul Zafran Daniel, 10 bulan, tidak berulang pada anak-anak yang lain.

Pengalaman puan Nur Amira sangat menyayat hati, harap ibu bapa diluar sana boleh membuka mata dan ambil ianya sebagai pengajaran. Jangan pentingkan diri sendiri sehingga membahayakan kesihatan orang sekeliling kita yang kita sayangi.

Sumber: Facebook/Nur Amira Bakri

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved