senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Tips

5 Sikap Ini Akan Membuatkan Lelaki Memandang Buruk Terhadap Anda

Yuyue by Yuyue
August 30, 2017
in Tips

Foto ilustrasi - Unsplash/rawpixel.com

1.2k
SHARES
11
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Lelaki memang sukakan wanita yang mempunyai wajah yang menarik dan juga manis dipandang, Tapi jika rupa saja yang cantik tetapi perangai pula tidak secantik rupa pun payah juga kan.

Orang kata kalau sudah memiliki wajah yang cantik, biar la perangai pun sama cantik. Tetapi ada segelintir wanita cantik yang mengada-ngada. Bukan itu sahaja, ada wanita yang mempunyai wajah yang ayu dan lembut, tetapi mulut pula jahat, sering mengeluarkan kata-kata yang kurang enak didengar.

Dengan wajah yang cantik, dia mula menampakkan sifat yang menjengkelkan, mengada-ngada dan sangat merimaskan mata sesetengah lelaki. Bukan semua lelaki suka dengan sifat berlebih-lebih wanita yang perasan cantik ya. Yang cantik pun dipandang tidak cantik disebabkan perangai anda yang buruk.

Foto ilustrasi – Pexels/destiawan nur agustra

Jika anda rasa anda sudah cukup pakej, memiliki wajah yang cantik dan juga perangai yang baik, pastikan anda jangan melakukan hal-hal ini. Kerana bagi seorang lelaki, jika rupa sahaja cantik tetapi perangai seperti ini, dengan sendirinya mereka menganggap anda seorang wanita yang ‘tidak cantik’ dimata mereka.

Bangga diri

Sesekali memuji diri sendiri cantik itu tidak salah, apa yang salahnya bila terlalu memuji diri sendiri, anda akan mula merendah-rendahkan orang lain.

Berkasar dengan orang

Dengan rupa yang cantik, jangan fikir anda boleh sesuka hati hendak bertindak kasar dengan orang. Jangan keluarkan kata-kata yang boleh mengguriskan orang. Contohnya apabila marah, mula la mengutuk ciptaan Allah s.w.t.

Pembohong dan banyak berahsia

Bukan lelaki je yang pandai berbohong, wanita pun pandai sembunyikan rahsia, sampai menipu. Biasanya wanita seperti ini tidak ramai kawan sebab orang dah boleh baca perangai mereka.

Cepat Marah dan baran

Wanita memang terkenal dengan sikap baran dan moody melampau. Wanita yang mudah marah, cepat kecil hati setiap masa juga tidak begitu disukai orang. Jadi ubah sikap ini jika mahu nampak cantik dan manis.

ADVERTISEMENT

Pemikiran yang sempit

Rajinkan diri update ilmu setiap hari, jangan muka je cantik tetapi bila disoal tak tahu nak jawab. Kena ambil tahu dengan isu semasa, berfikiran luas dan boleh menerima pendapat orang lain. Jangan asyik rasa diri sendiri je betul. Biar muka tidak cantik tetapi bijak dan tahu menjaga diri.

BACA JUGA  Antara Persiapan Penting Sebelum Musim Hujan

Wajah yang cantik tidak akan berkekalan. Biar hati baik dan tahu bagaimana hendak menjaga diri dan menjaga hati orang lain. Kebanyakkan lelaki tidak suka wanita yang perasan cantik dan mengada-ngada. Bagi mereka wajah tidak cantik tidak mengapa asalkan mempunyai hati yang baik.

Sumber: Hanasuva

ADVERTISEMENT
Tags: lelaki

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved