senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Family

Suami Suka Guna Duit Isteri Antara Sebab Gaji Tak Pernah Cukup

Yuyue by Yuyue
June 6, 2024
in Family, Netizen
Suami Suka Guna Duit Isteri Antara Sebab Gaji Tak Pernah Cukup
2.3k
SHARES
433
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Ukur Baju Di Badan Sendiri
  • 2. Jangan Berbelanja Sebelum Membuat Simpanan
  • 3. Buat Penilaian Bijak
  • 4. Minta Isteri Halalkan
  • 5. Keberkatan Dalam Memberi Nafkah

Berapa gaji bulanan yang anda impikan untuk menampung kehidupan anda sekarang? Semakin banyak komitmen yang diambil, semakin banyak wang yang perlu disediakan setiap bulan.

Inilah sebab ramai yang merasakan gaji bulanan mereka tidak pernah mencukupi. Apabila gaji meningkat, buat pula hutang baru dan menukar kereta kepada model yang lebih mahal.

Malah, ramai juga yang mula berbelanja di restoran yang mewah. Sekali-sekala tidak mengapa, tetapi jika dilakukan hampir setiap hari, ia boleh menjadi masalah. Jika situasi ini berlaku, percayalah, gaji anda tidak akan pernah cukup.

Apabila anda sering berdepan masalah kewangan, ia akan mempengaruhi psikologi anda dan menyebabkan hidup tak gembira dan menyusahkan kewangan isteri pula.

Untuk membebaskan diri daripada masalah ini, pertama sekali anda perlu mengenal pasti corak kehidupan anda. Corak kehidupan mempunyai pengaruh besar dalam menentukan cara berbelanja.

1 Ukur Baju Di Badan Sendiri

Jangan impikan gaya hidup orang lain. Melihat orang lain memandu kereta besar, anda juga tergesa-gesa ingin membeli SUV dengan alasan sudah bosan berkereta kecil. Melihat rakan membeli telefon pintar jenama mahal, anda juga menginginkannya, sedangkan gaji anda hanya empat angka berbanding dia lima angka.

Cepat-cepatlah bangun daripada lamunan. Biarpun gaji anda mungkin sama dengan mereka, tetapi corak kehidupan dan faktor tanggungan pasti berbeza. Berhentilah membuat perbandingan dengan orang lain. Tidak berbaloi!

ADVERTISEMENT

2 Jangan Berbelanja Sebelum Membuat Simpanan

Setiap kali menerima gaji, jangan tergesa-gesa untuk membeli itu dan ini sebelum menyisihkan wang untuk hutang dan simpanan. Peratusan yang disarankan ialah 50% untuk hutang/komitmen, 30% untuk perbelanjaan harian dan gaya hidup, dan 20% untuk simpanan.

BACA JUGA  Ingin Tahu Tak, Wanita Boleh Mengandung Beberapa Kali

Dengan format pengiraan belanjawan ini, rancanglah corak perbelanjaan yang sesuai untuk anda. Mustahil untuk mencapai kewangan yang stabil jika anda berbelanja melebihi kemampuan anda.

Jika hidup dalam delusi, jangan merungut ‘gaji tak cukup’ kerana anda sendiri yang mencipta masalahnya. Tidak salah meningkatkan taraf hidup, tetapi haruslah mengikut kemampuan.

3 Buat Penilaian Bijak

Penilaian seseorang terhadap corak kehidupan berbeza-beza. Ada yang menganggap menonton filem di pawagam setiap minggu adalah pembaziran, sementara yang lain tidak beranggapan begitu kerana mereka mungkin berjimat dalam aspek lain.

ADVERTISEMENT

Kenal pasti perbelanjaan yang boleh dikurangkan, seperti makan di kafe-kafe mewah atau menghantar pakaian ke dobi untuk dicuci. Kurangkan perbelanjaan secara bijak.

Jangan ambil langkah yang ‘bodoh’ sehingga menyusahkan diri di kemudian hari. Jangan sesekali menghentikan premium insurans perlindungan diri kerana malang tidak berbau!

4 Minta Isteri Halalkan

Jika suami tidak mampu memberikan wang nafkah, mintalah isteri untuk menghalalkan perbelanjaan yang dibuat menggunakan wang isteri. Katakan dengan baik, “Sayang, halalkan bil air yang sayang bayarkan bulan ini ya!”

Pasti isteri akan gembira membantu dengan perbelanjaan rumah tangga.

5 Keberkatan Dalam Memberi Nafkah

Memberi nafkah kepada isteri membawa keberkatan dalam hidup. Rezeki akan bertambah dan mencurah-curah. Kehidupan menjadi lebih lapang dan mudah. Segala keperluan sentiasa mencukupi, dan isteri akan lebih gembira.

Isteri yang gembira membawa kepada rumah tangga dan keluarga yang bahagia.

Tags: duitisteri

Popular Minggu Ini

  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    221 shares
    Share 88 Tweet 55

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved