senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Netizen

Pengajaran Buat Suami Yang Terlalu Selesa Biar Isteri Urus Semua Sendiri

leav by leav
January 18, 2017
in Netizen
isteri tetap cantik

Foto ilustrasi - pexels.com

12
SHARES
54
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Memang tidak dinafikan wanita pada hari ini lebih berdikari dan ‘berani’ jika dibandingkan dengan wanita pada zaman dahulu. Wanita pada satu ketika dahulu tempatnya hanya dirumah menjaga anak-anak dan menguruskan rumahtangga.

Namun, itu bukan alasan untuk suami bersikap acuh tidak acuh dengan isteri hanya kerana menganggap ‘isteri boleh buat semua sendiri’. Lama-lama isteri akan fed up dan berubah hati seperti yang melanda rumahtangga lelaki ini.

6 bulan training hanya 5 kali balik jumpa dia

Baru-baru ini viral kisah suami2 sekarang terlalu selesa biarkan isteri2 mereka hidup berdikari. Dan ianya sangat terkena pada batang hidung sy. Sudah sebulan sy ditinggalkan isteri. Sy ceritakan sedekit detik awal perkenalan kami. Kami berumur 27 tahun, kenal hampir 5 tahun sewaktu zaman belajar lagi. Lepas setahun habis belajar kami kahwin. Perkahwinan hanya bertahan selama 2 tahun atas kelalaian sy sendiri. Dia mmg seorg wanita yg sangat baik, cantik, lemah lembut semua la ciri2 ada pada dia.

Semasa bertunang, kami masih PJJ, sy di kedah sidia di johor. Kami mmg jarang berjumpa, tak mcm pasangan PJJ lain yg mesti akan bergayut 24jam. Tp tidak bagi kami. Saje nak bg ruang antara satu sama lain. Lagi 2 bulan nak kahwin sidia nekad berhenti kerja dgn alasan nak ikut sy bila kahwin nnt. Rezeki dia murah, lepas sebulan mengganggur terus dpt kerja yg agak bagus jugak di kedah ni.. Dan kami pon berkahwin, malangnya selepas 4 bulan berkahwin, sy mendapat tawaran kerja lebih bagus yg memerlukan sy utk pergi training selama 6 bulan.

Pada mulanya sidia agak keberatan kerana tak sanggup nak berjauhan dgn sy. Dia mula mengungkit yg dia sanggup berhenti kerja untuk sentiasa dekat dgn sy tambahan pula dia tgh pregnant ketika tu 2 bulan. Utk 3 bulan pertama pula tak boleh berjumpa ketika training. Itu lg membuatkan dia susah utk lepaskan sy pergi. Tp setelah berbincang dan demi utk masa depan kami sekeluarga akhirnya dia bersetuju. Kami menyewa rumah yg berdekatan dgn keluarga sy, jadi sy tidaklah begitu risau meninggalkan dia seorg diri dirumah.

BACA JUGA  Ramai Suami Tak Mahu Bantu Isteri Takut Digelar Dayus

‘Langsung tak tanya kenapa call banyak kali pagi tadi?’

Sepanjang tempoh 3 bulan, dia seorang diri pergi checkup kandungan dia di klinik. Sy masih boleh menggunakan telefon cuma tak boleh keluar dari training. Kadang2 dia call sy tp sy selalu tak dpt nak angkat atas faktor bz. Tp lepas tak bz sy jugak selalu lupa nak call dia balik. Kadang2 sy terlupa nak tanya keadaan dia dan kandungan selepas dia checkup walaupon sebenarnya sy sgt excited utk jadi bapa.
Lepas bulan 4, sy boleh pulang ke rumah tp sy menghabiskan masa di tempat kerja sbb mmg banyak paperwork yg perlu sy siapkan.

ADVERTISEMENT

Untuk pengetahuan semua, sy mmg tiada scandal dgn mana2 perempuan kerana niat sy kerja kerana Allah taala je. Dia selalu call suruh sy balik, bukan tak rindu tapi sy sangat pentingkan kerja. Dipendekkan cerita, dalam masa 6 bulan training hanya 5 kali sy balik jumpa dia itu pon hanya bermalam 2-3 hari. Bila habis training, tau2 je perut dia dah besar dan tunggu hari je.

Pernah suatu pagi sy dapat banyak misscall dari dia, masa tu sy tengah meeting. Sampai la ke malam bila dia call sy, kami borak seperti biasa. Sebelum akhiri perbualan, dia tanya “hubby langsung tak tanya syg kenapa call byk kali pagi tadi? Hubby tau tak kereta sy rosak tengah jalan. Syg tau hubby jauh tak guna pon klu call bukannya hubby boleh datang, nasib baik ada sorg laki budiman yg sedia membantu. Syg kecik hati sgt dengan hubby sebab hubby lgsg tak call back tanya kenapa call byk? Tolong la prihatin sikit, walaupon sy boleh buat semua benda sendiri tapi syg sangat perlukan hubby. Atleast tanya keadaan syg dan baby mcmana?

BACA JUGA  Kanak-kanak Sewajarnya Tidak Mengangkat Beban Beg Sekolah Melebihi 10% Dari Berat Badan

Tanpa suami disisi, hidup dia masih boleh diteruskan

Dia jugak pernah pergi beli barang2 persediaan baby seorg diri dengan perut yg memboyot. Dia ajak sy tp tak kena masa disebabkan dia pandai berdikari sy izinkan dia pergi seorang diri. Dipendekkan cerita, sewaktu hendak melahirkan baby pertama kami, sy hanya sempat ke hospital selepas 2 jam dia selamat melahirkan. Dia drive sendiri ke hospital dalam keadaan sakit kerana ketika itu sy ada meeting dengan org2 atasan. Selepas habis pantang, dia start kerja dgn keadaan diri yg semakin lawa. Bentuk badan tetap maintain macam anak dara. Yelah, dia dah sarat pon jika pandang dari belakang seperti org tak pregnant je.

ADVERTISEMENT

Tp sy langsung tak risau disebabkan sy begitu yakin cinta dan sayang dia hanya untuk sy begitu jugak sy, sy kerja keras sebelum ni memang untuk dia dan anak kami. Tapi sy silap, dia sudah pandai bermain cinta dengan lelaki yg banyak tolong dia semasa sy tiada. Lepas kantoi dan dia mengaku. Sy bebetul kecewa sebab dia curang dengan sy. Dia meluahkan semua isi hatinya selama hidup dengan sy, dia selalu makan hati berulam jantung memendam perasaan. Dia cakap sy membuatkan dia rasa tanpa sy disisi, hidup dia masih boleh diteruskan. Dia boleh memandu makan apa2 yg dia idamkan semasa mengandung seorang diri, dia boleh shopping baju baby sendiri, dia boleh pergi hospital sendiri. Dan sy, selalu terlupa nak tanya aktiviti harian dia yg seorang diri tanpa sy. Dah makan ke belum, dah pergi kerja ke belum. Jadi apabila ada seorg lelaki yg mengambil berat, sudah tentu dia akan cair.

BACA JUGA  Suami Suka Guna Duit Isteri Antara Sebab Gaji Tak Pernah Cukup

Tolong jangan biarkan isteri urus rumahtangga sendiri

Setelah mendengar segala isi hati dia sy baru tersedar selama ini sy memang tak mengambil berat sangat pasal dia. Ini semua sebab sy yakin, dia seorang yg berdikari namun sy terlupa dia juga sangat memerlukan sy sebagai pelindung. Walaupon setiap bulan sy tak pernah lupa untuk beri nafkah RM400 tapi itu semua tak bermakna jika tidak diberikan nafkah kasih sayang.

Jadi sy nak nasihatkan para suami. Tolonglah jangan biarkan isteri anda menguruskan rumahtangga sendiri walaupon dia memang pandai berdikari tetap hati seorg isteri sangat perlukan layanan, ambil berat, dari suami. Sy tau dia jugak follow page ini sebab dia selalu tag nama sy di problem2 yang berkaitan tapi sy hanya like post dia tanpa membaca. Sekarang bila sy baca satu persatu apa2 yg dia tag nama sy, sy sangat menyesal sebab tak ambil peduli.

Kadang2 suami ni malu bila isteri post dan tag nama mereka, tapi ketahuilah mereka hanya ingin kan perkahwinan yg bahagia dgn kita. So kepada awak, sy tau awak memang tengah merajuk dengan sy. Dah sebulan ni, mehla kembali kerumah kita. Sy tak kuat tanpa awak. Sy janji sy akan jaga awak dan anak kita dengan penuh kasih sayang.

Tags: isteri

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved