senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Hubungan

Lelaki Kacak Pembawa Malang Kepada Wanita

Yuyue by Yuyue
October 18, 2017
in Hubungan
1.6k
SHARES
135
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Kebanyakkan lelaki yang berwajah kacak, suka mengambil kesempatan terhadap ramai wanita. Berbekalkan wajah yang kacak, mereka sewenang-wenangnya ‘membawa’ masalah kepada wanita-wanita yang memberi sepenuh kepercayaan kepada mereka.

Jika anda antara wanita yang hanya memilih paras rupa, anda harus membaca artikel Aliff Channel ini sehingga habis! Jangan hanya mahukan wajah yang kacak sahaja, anda perlu menitik beratkan soal hati. Terdapat 5 sifat buruk yang hanya ada pada lelaki kacak. Jika rupa sahaja elok, tetapi perangainya mengalahkan syaitan, baik anda fikir dahulu jika mahu membina impian bersama mereka.

Lelaki kacak ini dikatakan sebagai pembawa masalah kerana mereka suka memberi harapan dan akhirnya memusnahkan harapan. Mereka yang ‘perasan’ kacak ini selalunya suka mainkan perasaan wanita.

Bagi mereka, mereka mampu menukar teman wanita seperti dia menukar bajunya setiap hari! Mari kita lihat antara sifat buruk mereka yang berwajah kacak ini.

Terlalu memilih

Bila wajah dah kacak, sebolehnya hendakkan teman wanita yang cantik sahaja, sampaikan kadang-kadang wanita pun jadi meluat dengan perangai lelaki begini. Tidak mudah memandang kepada wanita yang ‘kurang cantik’, nanti jika bercinta dengan wanita yang biasa-biasa apa pula kata orang. Lelaki jenis pilih bulu ini suka mendengar cakap orang dari perasaannya sendiri.

Sikit-sikit perasan hensem

Sikit-sikit perasan kacak, lagi-lagi apabila ada wanita memandangnya. Walaupun ia hanyalah sekilas pandang, baginya wanita tersebut sudah jatuh cinta dengannya.

ADVERTISEMENT

Kaki perempuan

Jangan hairan sangat kalau lelaki kacak ini ramai teman wanita, ada yang sampai bercinta dengan 3 orang sekaligus dalam satu masa yang sama. Agak-agak kalau kantoi tu boleh selamat tak? Berbekalkan ayat-ayat manis, ribuan wanita pun mampu jatuh ke tangan ereka.

BACA JUGA  5 Sikap Ini Akan Membuatkan Lelaki Memandang Buruk Terhadap Anda

Mudah mendapat kemaafan

Lelaki kacak memang seiring dengan kata-kata manis di bibir, buat salah besar sekalipun, jika dia keluarkan kata-kata manis tahap kencing manis, pasti kesalahannya terus dilupakan dan sangat mudah di maafkan. Untung la anda lelaki kacak kan?

ADVERTISEMENT

Mata duitan

Jika anda rasa anda wanita sahaja kaki kikis apabila memiliki wajah yang cantik, lelaki yang berwajah tampan juga berpeluang besar menjadi kaki kikis. Berbekalkan rupa yang kacak, dia boleh saja mendapat emak-emak datin untuk dikikis duitnya.

Bukan semua lelaki kacak berperangai seperti ini, namun memang ada dikalangan mereka yang sanggup menggunakan rupa paras demi kepentingan mereka sahaja.

Anda sebagai wanita harus bijak memilih pasangan, tidak mengapa wajah teman hidup kita tidak sekacak Shah Rukh Khan, tidak setampan David Beckham. Janji mempunyai hati yang baik dan setia dengan anda.

Buat apa bercinta dengan lelaki kacak jika menyakitkan hati saja, setuju?

Tags: lelaki

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved