senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Kesihatan

Cium Pasangan Lebih Sekali Sehari Mampu Kurangkan Berat Badan

Yuyue by Yuyue
June 4, 2024
in Kesihatan, Tips
Cium Pasangan Lebih Sekali Sehari Mampu Kurangkan Berat Badan
11.7k
SHARES
95
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Untuk pengetahuan anda, bercium adalah salah satu aktiviti yang sihat dan mampu meningkatkan kesihatan badan anda. Mungkin ianya kedengaran agak lucu tapi itu adalah salah satu fakta.

Jangan pula anda mencium sebarangan orang ya, apa yang hendak dikongsikan ini adalah sesuai untuk mereka yang sudah berumahtangga.

Ahli perubatan mendapati bahawa bercium itu baik untuk kesihatan. Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa seronok dan nikmat, tapi ciuman juga dikatakan berkesan untuk melawan pelbagai jenis penyakit.

Ada beberapa kelebihan dan keistimewaan jika anda kerap bercium, berciuman dalam waktu yang lama boleh membantu sistem pengaliran darah kita. Ketika berciuman, degup jantung makin cepat hingga mencapai 110 kali degupan jantung seminit.

Setelah bercium, paru-paru akan bekerja lebih keras. Jika dibanding dalam keadaan normal, tarikan nafas setelah bercium adalah kira-kira 60 tarikan nafas seminit (nafas normal hanya 20 kali tarikan nafas seminit). Maka bercium adalah baik untuk mencegah penyakit lemah paru-paru.

Sesetengah doktor gigi percaya bahawa bercium dapat mencegah daripada gigi mudah berlubang. Pelik namun itulah fakta yang anda perlu percaya! Ciuman akan membuatkan rembesan air liur berlaku yang mana ianya boleh meneutralkan cecair berasid yang menyebabkan kerosakan gigi.

Proses ciuman yang berlaku lebih dari 3 minit membantu seseorang daripada tekanan hidup atau stres. Jadi jika anda dalam keadaan stres, anda boleh peluk dan cium isteri anda ya. Bercium dalam jangka waktu yang lama boleh menyahkan rembesan hormon yang menyebabkan tekanan atau stres.

ADVERTISEMENT

Selain itu, pasangan yang mengamalkan tabiat bercium ketika berpisah hendak pergi kerja setiap pagi contohnya dikatakan mampu memberikan lebihan masa hidup 5 tahun lebih lama daripada mereka yang tidak melakukan rutin bercium.

BACA JUGA  Bahaya Tahi Burung Pada Kereta: Jangan Biarkan Terlalu Lama!

Ciuman juga mampu memberikan keyakinan diri dan rasa dihargai. Ciuman akan membuatkan seseorang merasa dihargai dan memberikan ketenangan diri kepada pencium.

Selain itu,ianya dapat membakar kalori sehingga 2~3 kalori seminit dan ia meningkatkan metabolisma. Malah ada yang mendakwa bahawa ciuman yang dilakukan dengan penuh ghairah sebanyak 3 kali sehari (iaitu sekurang-kurangnya 20 saat setiap kali bercium), boleh membantu mengurangkan berat badan.

Satu ciuman dapat menghilangkan kepenatan dan ketegangan dalam badan. Ciuman yang dilakukan dengan penuh perasaan mampu menghilangkan ketegangan, menghilangkan tenaga negatif, membangkitkan rasa sihat dan juga mengurangkan rembesan hormon yang menyebabkan tekanan.

ADVERTISEMENT

Aktiviti bercium memerlukan otot dan saraf di bahagian muka melakukan beberapa gerakan. Dikatakan tidak kurang 30 otot wajah akan bergerak-gerak dan ini boleh mencegah otot pipi daripada menjadi kendur. Otot pipi yang menegang semasa ciuman ghairah dilakukan dikatakan mampu membantu kulit menjadi lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.

Bercium adalah sangat baik untuk jantung kerana ia menurunkan tekanan darah dan kolesterol. Mereka yang sering berciuman didapati jarang menghadapi masalah-masalah perut.

Ketika anda sedang bercium, antibiotik akan dirembeskan keluar melalui air liur. Air liur ini dikatakan bertindak sebagai anestetik yang membantu mengurangkan kesakitan pada tubuh.

Jadi lepas ini jika hendak kurangkan berat badan, kerap la peluk pasangan anda ya,sebenarnya ia bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim anda dengan pasangan juga. Tidak rugi pun jika anda mencuba.

Sumber: Kamithemedia.blogspot.com

Tags: cium

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved