senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Tips

8 Petua Untuk Menghilangkan Bintik Hitam Secara Semulajadi

Yuyue by Yuyue
October 28, 2017
in Tips

Foto Ilustrasi

156
SHARES
6
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Kebanyakkan dari kalangan kita mengalami masalah bintik hitam, dan tempat yang paling sinonim dengan bintik hitam adalah sekitar bahagian hidung.

Jika anda perhatikan, terlalu banyak produk yang dijual dan dari pelbagai jenama untuk menghilangkan bintik hitam, tetapi jika anda tidak mahu mengeluarkan banyak kos untuk merawat masalah itu, anda boleh melakukannya sendiri dengan menggunakan bahan semulajadi yang ada di dapur anda!

Jom kita lihat bahan-bahan dapur yang boleh merawat masalah bintik hitam ini.

Baking Soda

Baking soda merupakan satu rawatan yang berkesan untuk bintik hitam dan juga jerawat. Membantu membersihkan kulit dari kotoran seperti serpihan dan kotoran.

Campurkan dua sudu teh baking soda dengan air mineral untuk membuat ramuan.
Letakkan ramuan bahan pada bahagian kulit yang terjejas dan urut secara perlahan. Biarkan sehingga kering selama beberapa minit sebelum dibilas dengan air suam.
Ulangi rawatan ini sekali atau dua kali seminggu.

Serbuk Kayu Manis

ADVERTISEMENT

Kayu manis boleh digunakan untuk menghilangkan dan mencegah bintik hitam.

Campurkan satu sudu teh serbuk kayu manis dan madu untuk membuat ramuan.
Tampal pada kawasan yang terjejas sebelum tidur dan biarkan semalam.
Pada waktu pagi, cuci muka dengan air biasa. Untuk hasil yang terbaik, ulangi setiap hari selama 10 hari.
Anda juga boleh mencampurkan serbuk kayu manis (satu sudu teh) dengan jus limau kasturi dan secubit serbuk kunyit (pilihan). Gunakan ini sebagai pembersih wajah.

Oat

ADVERTISEMENT

Campuran oat dan yogurt sangat bagus untuk menjaga kulit anda supaya bebas daripada bintik hitam.
Campurkan madu (satu sudu teh) dengan 4 buah jus tomato ke dalam oat untuk membuat ramuan.
Gosok pada kulit anda.
Cuci selepas 10 minit.
Ulangi secara teratur untuk kulit yang cantik

BACA JUGA  Sengkenit Bergayut di Mata Anak, Nasiblah Petua Diguna Ibu Menjadi

Jus Lemon

Jus lemon juga boleh digunakan untuk mencegah jerawat, turut boleh menghilangkan bintik hitam. Nutrisi dan vitamin yang terdapat di dalam jus lemon adalah baik untuk semua jenis kulit.

Buat pencuci wajah dengan mencampurkan jus lemon, garam, yogurt dan madu. Perlahan-lahan gosok pada kawasan yang terjejas.
Anda juga boleh mencampurkan jus lemon segar dengan susu untuk membuat pencuci muka. Gunakan setiap hari selama 10 hingga 12 hari.

Teh Hijau

Teh hijau juga boleh digunakan untuk merawat bintik hitam. Membersihkan kulit berminyak dan membantu mengecilkan liang-liang pori.

Campurkan satu sudu teh daun teh hijau kering dengan sedikit air.
Perlahan-lahan gosok pada kawasan yang terjejas selama dua-tiga minit.
Bilas dengan air suam.

Madu

Bahan semulajadi yang terkandung pada madu baik untuk kulit berminyak dan bintik hitam. Madu mampu menghidratkan serta mengetatkan liang-liang pori kulit, memberikan anda kulit wajah yang cantik.

Sapukan sedikit madu pada muka anda. Biarkan selama 10 minit.
Bilas muka dengan air suam.

Serbuk Kunyit

Kunyit, juga berfungsi untuk merawat luka ringan akibat terbakar, juga boleh digunakan untuk merawat bintik hitam.

Campurkan beberapa serbuk kunyit dengan dua sudu jus pudina. Letakkan pada kawasan yang terjejas. Biarkan sehingga kering selama beberapa minit dan kemudian cuci dengan air suam.
Anda juga boleh membuat ramuan dengan mencampurkan serbuk kayu cendana merah, serbuk kunyit dan susu bersama-sama. Sapukan pada kawasan yang terjejas dan selepas 10 minit mencuci kulit dengan air.

Tepung Jagung

Tepung jagung bertindak sebagai bahan abrasif (mengikis) untuk membersihkan kotoran yang menyekat pori-pori di kulit wajah anda.

Campurkan satu sudu besar tepung jagung serbuk dengan produk pencuci muka biasa anda.
Sebelum meletakkan campuran, gunakan wap air pada wajah untuk membantu membuka liang pori-pori. Kemudian letakkan campuran dan urut perlahan-lahan dalam gerakan bulat. Tumpu kepada kawasan-kawasan yang paling terjejas.

BACA JUGA  Punca Merendam Uncangan Teh Terlalu Lama Boleh Mengundang Bahaya

Selepas beberapa minit, bilas wajah anda dengan air sejuk. Ini akan menutup liang pori-pori.

Banyak manfaat yang boleh kita perolehi dari bahan-bahan semulajadi ini, ianya bukan sahaja selamat digunakan, tiada bahan terlarang yang dicampur, tidak seperti produk-produk yang dijual yang kita tidak pasti apa bahan-bahan campurannya, malah ianya juga boleh menjimatkan duit anda.

Selamat mencuba ya!

Sumber: Sehinggit.blogspot.my

Tags: Bintik hitampetua

Popular Minggu Ini

  • Mak Neelofa Pegang Erat Tangan Jefri Nichol?

    Mak Neelofa Pegang Erat Tangan Jefri Nichol?

    4 shares
    Share 2 Tweet 1
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    229 shares
    Share 92 Tweet 57
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    424 shares
    Share 170 Tweet 106
  • 15 Tempat Menarik Di Maran Pahang Untuk Diterokai

    74 shares
    Share 30 Tweet 19
  • 16 Tempat Menarik Di Tampin Untuk Diterokai

    118 shares
    Share 47 Tweet 30

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved