senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Netizen

Kenapa Perempuan Bila Dah Kahwin Tak Reti Nak Pakai Cantik

Yuyue by Yuyue
November 6, 2017
in Netizen
Tips Penampilan Menarik

Foto ilustrasi

817
SHARES
121
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Suami mana yang tidak mahu isterinya cantik, tetapi masalahnya, suami ramai merungut isteri tidak cantik setelah berkahwin, tetapi kedekut untuk mengeluarkan belanja untuk mencantikkan isteri sendiri!

Mereka lebih sanggup “mengumpul” dosa dengan melihat wanita-wanita cantik dan bergetah diluar rumah, berbanding mengeluarkan modal untuk membeli barang kecantikkan untuk isteri sendiri.

Amir Syahir ada memuatnaik status di laman sosial Facebooknya memberi pendapat tentang perkara tersebut.

“Bini aku ni, masa bercinta kemain cantik. Pakai make up semua. Bila dah kahwin, dah tak reti nak cantik dah”.

“Kenapa eh perempuan bila dah kahwin tak reti nak pakai cantik-cantik?”
Itu antara soalan yang biasa aku dengar bila berbual dengan rakan-rakan.

Semua orang suka akan keindahan dan kecantikan. Tafsiran cantik itu adalah subjektif. Terpulang kepada setiap individu yang menilai.

Setiap suami pasti mahu melihat isterinya sentiasa nampak cantik. Kadangkala perempuan ni, sebelum kahwin bukan main cantik. Touch up sana sini. Tapi lepas kahwin, dah ada anak, tudung pun senget benget dah.

Peranan suami sangat penting. Jangan nak kecam je isteri tu tak cantik la, nampak buruk la. Kecil hati isteri. Sebagai suami, kau yang patut menegur isteri. Tanya diri kau, apa yang kau dah buat untuk bagi isteri kau nampak cantik. Kalau takde apa-apa, jangan nak tau merungut sahaja.

ADVERTISEMENT

Fahamilah isteri kau. Dahla dia penat bekerja, balik rumah masak untuk kau dan anak-anak lagi. Kadang-kadang sampai terlupa nak uruskan diri sendiri. Ada yang sampai tertidur dengan baju kerja sambil susukan anak.

Foto ilustrasi

Isteri meletakkan keluarga, anak-anak lebih daripada persiapan diri dia. Nak make up cantik-cantik pun tak sempat sebab nak buat sarapan lagi, nak kemas beg sekolah anak lagi. Kau duk buat apa? Tunggu dalam kereta duk hon hon isteri suh cepat sikit?

BACA JUGA  Cium Isteri Setiap Pagi Bantu Kurangkan Berat Badan

Jadi, apa peranan kau sebagai suami? Kalau kau nak isteri kau sentiasa nampak cantik, tak selebeh sana-sini, kau mestilah buat sesuatu. Misalnya bawa dia pergi beli pakaian baru atau alat make up yang dia suka ke. Mesti dia akan rasa terharu dan hargai kau. Barulah dia semangat nak menghias diri. Janganlah kedekut nak laburkan duit untuk isteri sendiri. Besar pahalanya.

Kau juga cubalah bagi masa untuk diri dia sendiri. Bagi isteri kau ruang nak ke salon ke, spa ke. Bukannya selalu. Time tu kau tolonglah jaga anak, masak ke. Sanggup?

ADVERTISEMENT

Sentiasa puji dan bagi sokongan pada isteri. Contohnya, “Isteri abang ni cantik. Sama macam kita mula-mula kahwin dulu. Kalau sayang pakai lipstick sikit, mesti lagi cantik.” Mesti isteri kau suka dan dia akan buat seperti apa yang kau cakap.

Jangan bandingkan isteri kau dengan perempuan lain sama macam kau tak suka kalau isteri kau bandingkan kau dengan lelaki lain. Jangan puji perempuan lain lagi cantik daripada isteri kau. Itu akan buat dia rasa lagi down dan sakit hati.

Misalnya, “Cuba tengok isteri Aikal tu, cantik je. Selalu pakai baju cantik-cantik, muka pun pandai berhias. Bukan macam awak, baju zaman bila entah. Bedak pun tak pakai.” Ataupun “Cantikkan Julia ni. Dah la badan solid, pandai bergaya pulak tu. Bertuah siapa dapat dia.” Tanpa kau sedar, isteri kau menahan rasa je dengan apa yang kau cakap tu.

Foto ilustrasi

Tidak dinafikan, suami mesti sentiasa nak nampak isteri dia cantik. Tapi ingatlah, cantik itu bukan terletak pada baju yang dipakai, muka yang dihias tebal. Pengertian cantik itu luas. Buka sikit minda kau tu. Kalau nak isteri sentiasa nampak cantik, kau sebagai suami kena la main peranan. Jangan 100% nak letak atas isteri.

BACA JUGA  7 Sebab Mengapa Ramai Isteri Di Malaysia Curang

Kadang-kadang perempuan berubah lepas kahwin. Berubah macam mana? Dari segi fizikal selalunya. Tambahan pula lepas bersalin. Tambah-tambah bila dah ada 3, 4 orang anak. Sebagai suami, support la isteri. Belikan isteri jamu, atau set bersalin untuk jaga semula badan isteri. Bagi isteri masa dan ruang untuk pergi spa. Isteri pun kena pandai juga badan lepastu. Ada orang yang jenis cepat naik badan lepas bersalin. Ada orang tak. Jadi, pandai-pandailah jaga diri.

Aku pun masih baru dalam alam rumah tangga. Kita sama-sama berkongsi ilmu dan pengalaman. Tak semestinya pengalaman kita sendiri, pengalaman orang lain juga dapat kita jadikan panduan dan pengajaran.

Point aku di sini ialah, kau duk tengok orang lain lawa, cantik, kau tau tak kos dia untuk cantik pun tinggi. Baju dia mahal, make up dia pun mahal. Kalau kau tak bagi duit untuk isteri kau bergaya tak payah cakap kenapa bini kau selekeh dah la.

Sebagai ketua keluarga, kau kena bijak memainkan peranan. Kalau isteri dan anak-anak buat salah, tegurlah. Bukannya menengking. Kalau isteri tak cantik lepas kahwin, tegur dan bimbing. Bukannya cari lain. Kah!

Sumber: Facebook/Amir Syahir

Tags: isteri

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved