senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Netizen

Rezeki Sempit & Hidup Tak Tenang Bila Sakitkan Hati Isteri

Yuyue by Yuyue
June 12, 2024
in Netizen
Rezeki Sempit & Hidup Tak Tenang Bila Sakitkan Hati Isteri
923
SHARES
100
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Bila Marah, Tak Pernah Nak Kawal Emosi
  • 2. Tak Pernah Bersyukur dan Asyik Mengeluh
  • 3. Sering Tinggalkan Solat dan Kurang Berdoa
  • 4. Anggap Isteri dan Anak Sebagai Beban

Isteri adalah pendamping hidup yang setia, tetapi ramai suami yang tanpa sedar suka menyakitkan hati isteri. Kenapa kahwin kalau nak sakiti hati? Mungkin sebab percakapan atau tindakan kecil saja, ia boleh jadi penyebab kenapa rezeki tak pernah cukup. Jom tengok apa yang boleh dielakkan!

1 Bila Marah, Tak Pernah Nak Kawal Emosi

Suami yang gagal mengawal emosi marah, tanpa sedar boleh sakitkan dan kecilkan hati isteri. Lebih-lebih lagi bila lontarkan kata-kata yang tajam dan kesat.

Kalau rasa nak marah atau beremosi, cuba bertenang sekejap. Bila dah cool, bincang secara rasional dan matang guna kata-kata yang lembut. Ingat, sabar itu separuh daripada iman!

2 Tak Pernah Bersyukur dan Asyik Mengeluh

Ramai tak tahu, rezeki datang dalam dua bentuk: nikmat dan musibah. Bila datang nikmat, ramai tak bersyukur. Bila datang musibah, mulalah mengeluh.

Kalau dapat rezeki dalam bentuk nikmat, ucaplah ‘Alhamdulillah’ dan bersyukurlah. Kalau datang musibah, jangan mengeluh. Cuba lihat hikmah di sebalik apa yang berlaku. Pasti ada sebabnya.

3 Sering Tinggalkan Solat dan Kurang Berdoa

Kalau sering tinggal solat, cepat-cepatlah bertaubat dan kembali kepada Allah S.W.T. Solat lima waktu adalah ibadah wajib yang perlu dilakukan oleh Muslim. Bila tinggal, ia boleh jadi dosa besar dan pintu rezeki boleh tertutup.

Jadi, solatlah dan sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T. kerana Dia saja yang berkuasa memberikan rezeki kepada setiap hamba-Nya.

ADVERTISEMENT

4 Anggap Isteri dan Anak Sebagai Beban

Suami perlu tahu bahawa isteri dan anak adalah anugerah terindah dalam hidup. Bila kamu menghargai isteri dan anak, terbuka luaslah rezeki kamu serta keluarga.

BACA JUGA  20 Tempat Menarik Untuk Kanak-kanak Di KL & Selangor

Jangan fikir isteri dan anak sebagai beban. Jangan berkira, merungut, atau kedekut. Setiap rezeki yang kamu dapat, sebahagiannya adalah milik mereka juga.

ADVERTISEMENT
Tags: keluarga

Popular Minggu Ini

  • Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    59 shares
    Share 24 Tweet 15
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    254 shares
    Share 102 Tweet 64
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    138 shares
    Share 55 Tweet 35
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    415 shares
    Share 166 Tweet 104
  • Teman Malaysia: Servis Bawa Warga Tua ke Hospital, Jaga di Rumah dan Berjalan-jalan

    1 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved