senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Tips

Antara 10 Pekerjaan Yang Paling Stres Untuk Tahun 2017

Yuyue by Yuyue
December 8, 2017
in Tips
6.4k
SHARES
9
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Setiap pekerjaan mempunyai risikonya tersendiri, dan jika anda berkata bahawa kerja anda susah dan meletihkan, tiada kerja pun yang mudah dan tidak meletihkan. Malah ramai yang mengalami tekanan yang teruk disebabkan situasi di tempat kerja.

Tekanan yang dihadapi setiap orang itu berbeza, jika anda bekerja sebagai jururawat, anda akan berhadapan dengan banyak ragam pesakit . Jika anda bekerja sebagai seorang guru, anda akan berhadapan dengan ratusan pelajar yang akan memeningkan kepala anda. Setiap pekerjaan ada tekanannya, sama ada sedikit atau banyak dan bagaimana anda mengendalikan tekanan itu.

Tekanan boleh datang dengan pelbagai cara seperti kerja berlebihan, suasana kerja, bekerja lebih masa sehingga tidak cukup tidur dan sebagainya.

CareerCast telah menyenaraikan 10 pekerjaan paling stres untuk tahun 2017. Mereka turut memberikan mata stress bermula daripada 0 hingga 100.

Anda boleh lihat senarai dibawah dan jangan terkejut pula jika pekerjaan anda tersenarai di dalamnya.

Tentera

Pekerjaan tentera ini amat berisiko tinggi tambahan pula apabila nyawa yang menjadi taruhan.

ADVERTISEMENT

Mata stress: 72.74

Bomba

Sama seperti tentera, ahli bomba juga turut mempertaruhkan nyawa mereka untuk memastikan tugas mereka selesai.

ADVERTISEMENT

Mata stress: 72.68

Juruterbang

Siapa kata jadi juruterbang tidak stress? Besar tanggungjawab menjadi juruterbang serta perlu pengetahuan yang luas sebelum melayakkan diri membawa sebuah pesawat.

Mata stress: 60.54

Pegawai polis

Bukan mudah untuk menjadi seorang anggota polis kerana turut terlibat menjaga keharmonian negara serta nyawa menjadi taruhan.

Mata stress: 51.68

Penyelaras acara

Untuk menjaya satu acara itu bukan mudah prosesnya, banyak perkara yang perlu diambil perhatian dan juga ia melibatkan banyak orang. disebabkan itulah kerjaya ini memang boleh memeningkan kepala.

BACA JUGA  Jenis Pekerjaan Perempuan Buat Lelaki Rasa Terancam

Mata stress: 51.50

Wartawan surat khabar

Bagi mereka yang tidak tahu, wartawan ini terbahagi kepada banyak kategori, ada wartawan majalah dan suratkhabar. Kedua-duanya mempunyai tarikh ‘mati’ yang perlu diikut namun begitu untuk suratkhabar ia lebih stres kerana tempoh masa yang pendek dan setiap hari.

Mata stress: 49.90

Eksekutif korporat

Menjadi tulang belakang di sesebuah syarikat bukan mudah apatah lagi banyak perkara yang perlu diambil perhatian. Selain itu, seorang eksekutif perlu cepat membuat keputusan dan tangkas membuat tugasnya.

Mata stress: 48.56

Eksekutif pertahanan awam

Skop kerja yang hampir sama dengan wartawan akhbar namun pegawai perhubungan awam bertanggungjawab untuk menjaga imej syarikat.

Mata stress: 48.50

Pemandu teksi

Dengan adanya Uber dan Grabcar kini, pemandu teksi sering dihimpit kebimbangan mendapatkan pelanggan dan ditambah lagi dengan hanya duduk di dalam kereta sepanjang hari dan berulang alik ke sana ke mari sudah cukup menambahkan stress.

Mata stress: 48.18

Pembaca berita

Untuk menjadi seorang pembaca berita bukanlah satu yang mudah apalagi di hadapan kamera malah jika ia adalah siaran lansung maka tidak harus ada kesalahan langsung.

Mata stress: 47.93

Bagaimanapun, janganlah anda membanding-bandingkan pekerjaan anda dengan yang lain kerana setiap pekerjaan mempunyai tahap stress yang berbeza. Setiap pekerja itu memmiliki risikonya tersendiri, oleh itu ikhlaskan diri anda dengan setiap apa yang dilakukan.

Sumber: Himpunanceritalawak.com

Tags: Pekerjaanstress

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved