senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Tips

Cara Yang Berkesan Atasi Migrain Tanpa Ubat

Adenan by Adenan
December 13, 2017
in Tips
3.1k
SHARES
18
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Migrain adalah serangan sakit kepala yang teruk, jika ianya menyerang sering disertai dengan mual, muntah dan juga menjadi sangat sensitif atau peka terhadap cahaya dan suara. Serangan migrain biasanya dirasakan hanya pada setengah bagian kepala.

Serangan migrain boleh menyebabkan kesakitan ketara yang berlanjutan dari beberapa jam ke berhari-hari lamanya. Kaum wanita lebih cenderung untuk mengalami migrain berbanding dengan kaum lelaki.

Ubatan-ubatan yang berlebihan diambil boleh menjejaskan kesihatan anda. Sebaiknya elakkan mengambil ubat-ubatan yang berlebihan untuk merawat migrain anda.

Punca migrain

Terdapat beberapa faktor yang boleh mencetuskan serangan migrain. Ia termasuk:

-perubahan hormon pada wanita. Wanita cenderung untuk alami serangan migrain ketika datang haid. Ini dikatakan berpunca dari perubahan paras estrogen di mana ia menjadi rendah ketika wanita datang haid.

– Makanan. Antara makanan yang boleh cetuskan migrain adalah keju (yang disimpan lama), makanan yang masin, makanan diproses, makanan berlemak dan coklat

ADVERTISEMENT

– Bahan tambahan dalam makanan. Pemanis aspartame dan pengawet glutamat monosodium (MSG), yang terdapat dalam banyak makanan, boleh mencetuskan migrain.

– Minuman beralkohol terutamanya wine dan minuman tinggi kandungan kafein boleh mncetuskan migrain.

– Kurang atau terlebih tidur.

– Terdedah kepada cahaya matahari secara berlebihan

ADVERTISEMENT

– Tekanan emosi atau fizikal.

– Ubat-ubatan. pil perancang dan vasodilators, seperti GTN, boleh memburukkan migrain.

Cara atasi migrain

Walaupun pakar kesihatan tidak dapat menentukan dengan tepat punca serangan migrain, namun mereka memahami perubahan fisiologi yang berlaku apabila migrain menyerang. Apabila sel-sel saraf di dalam otak terangsang berlebihan, ia melepaskan bahan kimia yang menyebabkan keradangan dan bengkak dalam saluran darah di otak dan leher. Jadi, langkah terbaik untuk mengatasi migrain adalah dengan menangani isu ini.

BACA JUGA  9 Makanan Terbaik untuk Melegakan Sakit Kepala

Berikut adalah beberapa cara yang boleh membantu mencegah dan mengurangkan kekerapan dan keterukan serangan migrain.

Senaman

Untuk pesakit migrain, senaman adalah aktiviti fizikal yang dapat bantu melegakan migrain. Senaman ringan membantu mengurangkan ketegangan dan menghindari tekanan, iaitu pencetus kepada serangan migrain. Senaman juga mencetuskan pembebasan endorfin, yang bertindak sebagai sedatif ringan.

Elakkan senaman yang terlalu berat dan berlebihan. Ia boleh cetuskan migrain bukanlah mencegah atau mengurangkannya.

Magnesium

Dalam kebanyakan kajian, kekurangan magnesium dikaitkan dengan serangan migrain. Magnesium membantu merehatkan saraf dan otot serta menghantar impuls saraf di seluruh badan dan otak. Di samping itu, magnesium membantu menghalang saraf daripada menjadi terlebih teruja. Jadi, mineral ini sangat membantu dalam pencegahan dan pengurangan migrain.

Badan kita tidak menghasilkan magnesium. Untuk itu, kita perlu dapatkan keperluan yang mencukupi dari pemakanan harian dan juga makanan tambahan. Sumber makanan kaya dengan magnesium termasuk biji labu, bayam, Swiss Chard, salmon Alaska liar, halibut, biji bunga matahari, bijan, flaxseeds, Amaranth, quinoa, kacang soya, dan kacang hitam.

Vitamin B-kompleks

Vitamin B banyak terlibat dalam pembentukan neurotransmitter seperti serotonin, yang mungkin kurang pada orang yang mengalami migrain. Malangnya, ramai orang mempunyai paras vitamin B yang rendah dan ini menyebabkan kemerosotan tenaga, sel darah dan kesan adrenal yang tidak sihat, dan gejala-gejala sakit kepala.

Vitamin B-kompleks terdiri dari sekumpulan lapan vitamin larut air : thiamine, riboflavin (B2), niasin, vitamin B6, folat, vitamin B12, biotin dan asid Pantothenic. Kehadiran kesemua vitamin ini bersama-sama dapat meningkatkan sel-sel otak, peredaran darah, fungsi imun dan kesihatan kardiovaskular.

Kajian menunjukkan bahawa riboflavin boleh mengurangkan kekerapan dan tempoh migrain manakala vitamin B3 menenangkan sakit kepala vaskular dengan membuka saluran darah untuk meningkatkan aliran darah. Jadi, cuba amalkan vitamin B complex setiap hari, memandangkan manfaatnya sangat bagus untuk mengurangkan dan mencegah serangan migrain.

BACA JUGA  Masker Telur Yang Mudah Hasilnya Sangat Berkesan!

Asid lemak Omega-3

Asid lemak Omega-3 adalah bahan anti-radang yang banyak terdapat dalam sumber-sumber makanan, terutamanya ikan, kacang, dan benih. Satu kajian di Denmark yang telah melaporkan bahawa sebanyak87 peratus daripada pesakit migrain memberitahu keadaan migrain mereka menjadi semakin baik dengan pemgambilan suplemen omega-3 setiap hari.

Asid lemak Omega-3 melindungi sel-sel otak dan mengurangkan keradangan, yang boleh membantu untuk mengurangkan kesakitan yang dikaitkan dengan migrain. Di samping itu, omega-3 didapati bermanfaat dalam mengurangkan kekerapan dan tempoh sakit kepala migrain.

Kekal hidrat

Pengambilan air yang cukup dalam badan boleh bantu mengurangkan gejala migrain seperti sakit kepala. Cara yang mudah ini boleh bantu mengekalkan tenaga dan mengelakkan sakit kepala.

Jadi, pastikan minum sekurang-kurangnya 3 liter air setiap hari. Di samping itu, boleh tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayuran yang tinggi kandungan air seperti timun, saderi, bayam, kobis bunga, tembikai, strawberi dan limau gedang.

Feverfew

Feverfew adalah sejenis herba yang digunakan secara meluas oleh pakar herba dan pengamal perubatan traditional cina untuk mencegah migrain dan sakit kepala.

Feverfew membantu mengurangkan rasa sakit berdenyut yang berkaitan dengan migrain dengan mengurangkan keradangan, terutamanya dalam saluran darah di dalam otak. Ia juga mempunyai kesan sampingan yang minimum. Ia boleh membantu melegakan rasa loya dan nak muntah pada penghidap migrain yang mengalami gejala-gejala tersebut.

Sumber: Webkesehatan.com

Tags: Migrain

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved