senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Tips

Penggunaan Steroid Dalam Bina Badan Boleh Membawa Kemandulan Dan Kesan Negatif

Adenan by Adenan
January 6, 2018
in Tips
1
SHARES
55
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Kebanyakkan ahli seni bina badan menggunakan steroid untuk mendapatkan kesan yang cepat untuk badan seperti yang mereka idamkan. Penggunaan steroid ini sangat popular sehinggakan ramai yang mencarinya demi bentuk badan yang optimum. Namun, kegembiraan ini cuma sementara dimana penggunaan steroid mempunyai kesan sampingan dalam jangka masa panjang.

Foto: google image

Perunding kesihatan, pemakanan dan kecergasan, Kevin Zahri menasihatkan individu yang mahu membina otot dengan penggambilan steroid supaya berfikir panjang sebelum menggunakannya.

Kevin, 38, berkata, penggunaan steroid bukan merupakan jalan terbaik dalam mendapatkan badan yang cantik kerana ia akan memberi kesan yang teruk kepada seseorang individu itu dalam masa yang panjang.

“Ia memang merupakan jalan ringkas untuk mendapatkan tubuh badan yang cantik dengan penggambilan steroid tetapi perlu diingatkan ia akan memberi kesan yang teruk kepada badan untuk masa panjang.

“Jangan fokus kepada jangka masa yang pendek sahaja tetapi cuba untuk fokus kepada jangka masa yang panjang untuk mendapatkan badan yang cantik tanpa menggunakan steroid,” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kesan yang akan dihadapi oleh penggunaan steroid Kevin berkata individu terbabit akan menghadapi kemandulan, rambut gugur dan kanser.

Foto: google image

“Sekarang mereka masih muda dan tidak berfikir panjang mengenai kesan buruk yang bakal dihadapi kerana mereka cuma ingin cepat untuk mendapatkan badan yang cantik.

“Ambil masa untuk membuat badan kerana ia tidak berbaloi dengan risiko yang bakal dihadapi dalam masa panjang nanti,” jelasnya lagi.

ADVERTISEMENT

Banyak lagi kesan buruk dalam penggunaan steroid ini sebenarnya. Bukan sahaja boleh membawa kepada kemandulan atau mati pucuk, malah ada kesan sampingan yang lain.

Agresif

Pengguna berubah tingkah laku menjadi agresif. Seorang pengguna steroid yang tidak boleh mengawal dirinya, cenderung untuk bertindak luar biasa seperti memukul isteri, anak-anak. Mudah naik angin. Menjadi seorang yang panas baran. Keagresifan seseorang mungkin berguna jika digunakan dalam latihan atau kerja seharian tetapi berapa ramai yang dapat mengawalnya?

BACA JUGA  3 Kelebihan Menjadi Bilingual Sejak Awal Usia

Renjatan Anaphylaktik

ADVERTISEMENT

Renjatan anaphylaktik adalah reaksi alahan terhadap kehadiran protein asing dalam badan. Ia seperti yang biasa berlaku pada seseorang yang mempunyai alahan pada ubat tertentu, makanan tertentu dan sebagainya. Dengan masalah ini, kadang-kadang otot licin diransang untuk kontrak yang boleh menyekat seseorang daripada bernafas.

Kecacatan Lahir

Steroid anabolik boleh memberi kesan mendalam kepada pembangunan janin. Sindrom adrenal kemaluan adalah yang paling membimbangkan di mana janin perempuan boleh membangunkan organ pembiakan lelaki. Wanita tidak seharusnya menggunakan steroid anabolik atau ubat lain yang boleh memudaratkan janin dan sentiasa melakukan pemeriksaan doktor.

Foto: Google image

Pembekuan Darah

Penggunaan steroid anabolik meningkatkan masa prothrombin atau masa yang diambil untuk darah beku terbentuk. Ini dapat dilihat pada seseorang yang mengambilnya, jika berlaku pendarahan atau luka akan mengambil masa lama sedikit untuk darah berhenti.

Penyakit Kardiovaskular

Penggunaan steroid anabolik boleh memberi kesan kepada tahap LDL (low density lipoprotein), HDL (high density lipoprotein) dan paras kolestrol. LDL membantu dalam pembetukan kolestrol atau plak pada dinding arteri. Pengguna steroid anabolik menurunkan kepekatan HDL dan meningkatkan LDL.

Kanser

Ada jenis steroid boleh menyebabkan kerosakan pada hati. Antaranya sebatian alfa alkylate seperti anadrol 50. Steroid jenis cucuk kurang memberi tekanan pada hati berbanding jenis makan. Penggunaan steroid anabolik biasa dikaitkan dengan peningkatan aktiviti plasma oleh enzim hati seperti aspartate aminotransferase, alanine aminotransferase, alkaline phosphatase, lactate dehydrogenase, and gamma glutamyl transpeptidase. Kes kanser kurang dilaporkan tetapi kerosakkan hati merupakan perkara biasa bagi pengguna steroid anabolik.

Kemurungan

Penggunaan steroid jelas akan memberi kesan kepada paras hormon dalam badan yang seterusnya mengakibatkan perubahan pada perasaan. Kemurungan berlaku apabila peningkatan androgen atau estrogen yang ketara. Ini adalah biasa bagi pengguna lelaki. Dalam tempoh menghentikan penggunaan steroid, paras estrogen mungkin ketara tinggi dengan tahap testosteron yang rendah.

BACA JUGA  Cara Bagi Makan Ikan Laga Agar Sentiasa Sihat

Gynecomastia

Kesan Gynecomastia adalah pembangunan tisu payudara wanita dalam badan lelaki. Ini berlaku apabila paras estrogen meningkat disebabkan pengguaan androgen kuat seperti testosteron, dianabol (love), anabol (bintang) dan sebagainya. Estrogen berlebihan bertindak ke atas reseptor di dalam payudara dan merangsang pertumbuhan tisu buah dada.

Tekanan Darah Tinggi

Tekanan darah tinggi sering dikaitkan dengan penggunaan steroid yang melibatkan penukaran estrogen seperti testosteron dan sebarang metabolic blocker. Peningkatan estrogen meningkatkan paras air dan garam dalam badan dengan ditambah tekanan pada latihan bebanan juga penambahan berat badan yang mendadak.

Keguguran Rambut

Kehilangan rambut dikaitkan dengan tahap androgen khususnya DHT metabolite lebih kuat testosteron. Istilah teknikal untuk rambut gugur jenis ini adalah androgenik alopecia yang merujuk kepada interaksi kedua0dua hormon lelaki androgenik dan kecenderungan genetik.

Sistem Imunisasi

Pengguna steroid anabolik menunjukkan penurunan sistem imunisasi. Jika terdedah pada virus, bakteria merbahaya, senang mendapat jangkinan. Sekiranya demam, akan demam teruk.

Terlalu banyak kesan negatif yang kita nampak dari penggunaan steroid ini. Jadi, apakah anda masih ingin menggunakan steroid atau bersenam dengan cara semula jadi? Sudah tentu pembinaan otot secara semula jadi lebih baik dari menggunakan bahan kimia lain. Masalah kesihatan anda pada masa akan datang lebih penting berbanding keinginan otot yang secara mendadak yang boleh memberi banyak masalah.

Sumber: Strengthsifoo.com , Gempak.com

Tags: mandulmati pucuksteroid

Popular Minggu Ini

  • Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    59 shares
    Share 24 Tweet 15
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    254 shares
    Share 102 Tweet 64
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    415 shares
    Share 166 Tweet 104
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    138 shares
    Share 55 Tweet 35
  • Teman Malaysia: Servis Bawa Warga Tua ke Hospital, Jaga di Rumah dan Berjalan-jalan

    1 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved