senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Tips

Antara 5 Ketagori Jenis Lelaki Yang Perlu Anda Ketahui Sifatnya

Adenan by Adenan
January 4, 2018
in Tips

google image

575
SHARES
28
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Lelaki di dunia ini mempunyai beberapa ciri-ciri yang boleh diketagorikan melalui sikap dan kehendak nafsu seks mereka.

Hal ini bukanlah perkara yang baru, malah anda boleh melihat pelbagai jenis lelaki diluar sana. Anda harus tahu tentang perkara ini khususnya kaum hawa yang bakal memilih pasang hidup mereka. Jangan nanti kecewa dengan perangai lelaki tersebut.

Khas kepada kaum wanita diluar sana, pernahkah anda terfikir tentang jenis ketagori pasangan anda? Untuk mengetahui ciri-ciri lelaki itu, disini terdapat sedikit info yang boleh memberi sedikit sebanyak pengetahuan anda tentang jenis-jenis katagori lelaki.

Antara ketagori lelaki yang wujud dan perlu anda tahu:

google image

Heteroseksual

Heteroseksual ialah kumpulan lelaki normal yang mendominasi peratusan watak lelaki segenap dunia. Lelaki dalam kategori ini mempunyai minat yang normal iaitu pada jantina yang berbeza (wanita).

Dari segi penampilan, lelaki heteroseksual digambarkan sebagai tidak cerewet, hanya memakai pakaian mengikut rutin serta hanya segelintir lelaki daripada kategori ini yang mementingkan penjagaan diri dari atas ke bawah. Lelaki heteroseksual juga mengamalkan rutin hidup dengan cara yang betul dengan tidak melakukan hubungan seks songsang.

Lelaki jenis ini adalah ciri-ciri lelaki idaman kebanyakan wanita.

ADVERTISEMENT
google image

Metroseksual

Lelaki metroseksual ialah jenis lelaki yang mementingkan penjagaan diri dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Seperti artis-artis yang banyak mementingkan rupa dan penampilan diri.

Golongan lelaki ketagori ini juga menyukai penggayaan fesyen dalam berpakaian serta kesihatan diri. Lelaki metroseksual suka menonjolkan diri melalui pemakaian serta penjagaan tubuh badan.

Mereka juga bersifat terbuka jika berbicara mengenai penjagaan diri, fesyen serta penampilan malahan ada yang sanggup melaburkan sejumlah wang yang banyak untuk memastikan diri agar tampak kacak dan bergaya serta tidak segan silu untuk mendapatkan perkhidmatan di spa.

ADVERTISEMENT

Istilah metroseksual juga turut berkait rapat dengan istilah homoseksual yang mempunyai sedikit persamaan dari segi penampilan serta sikap ingin menonjolkan diri.

BACA JUGA  11 Sebab Jujur Kenapa Perempuan Lebih Suka Lelaki Nakal

Setiap hari, peratusan lelaki metroseksual semakin bertambah kerana mereka lebih mementingkan penjagaan diri serta fesyen.

Akan tetapi tidak semua lelaki metroseksual bersifat homoseksual. Ramai yang tersalah anggap tentang perkara ini kerana penampilan mereka.

google image

Uberseksual

Uberseksual ialah ciri-ciri lelaki yang diketagorikan mempunyai fikiran terbuka serta berpandangan jauh. Dari segi fizikal, lelaki uberseksual mempunyai persamaan dengan heteroseksual.

Uberseksual lebih mementingkan nilai tujuan serta prinsip dalam melakukan sesuatu, dan selalunya golongan ini suka meluangkan lebih banyak masa untuk memikirkan sesuatu yang berfaedah seperti mengembangkan bisnes dan memantapkan kerjaya berbanding perkara remeh temeh.

Lelaki uberseksual juga melayan dan menghormati wanita secara sama rata tetapi menganggap lelaki dan wanita sebagai kawan baiknya. Dari segi fizikal, uberseksual mempunyai naluri serta sifat maskulin yang tinggi.

Uberseksual bersifat lebih sensual tidak terlalu obses pada diri sendiri malah ghairah pada perniagaan, politik serta hal ehwal dunia.

google image

Biseksual

Lelaki dalam kategori biseksual merupakan antara golongan lelaki yang tertarik kepada kaum perempuan dan juga lelaki. Golongan lelaki seperti yang dilarang oleh agama ini kebiasaannya dikaitkan dengan kecelaruan seksologi kerana cenderung kepada kedua-dua jantina.

Kecenderungan seksual bagi lelaki biseksual adalah berada di antara hetero seksual kepada homoseksual. Ini bermakna seseorang itu mungkin heteroseksual tetapi mempunyai sedikit perasaan homoseksual atau sebaliknya.

Dari segi fizikal, lelaki biseksual sering dijumpai dalam keadaan ‘lelaki’ atau berperwatakan sedikit lembut. Selalunya mereka ini digelar “Lelaki Lembut”.

Lelaki biseksual juga mempunyai persamaan dengan metroseksual kerana mementingkan penampilan diri serta penjagaan kulit.

google image

Homoseksual

Membiarkan diri dalam melakukan dosa besar namun hakikatnya golongan lelaki homoseksual atau golongan pencinta kaum sejenis ini semakin ramai dalam masyarakat pada masa kini.

BACA JUGA  5 Sebab Lelaki Tidak Akan Berhenti Curang

Berbeza dengan golongan heteroseksual, golongan ini mudah tertarik kepada kaum Adam dan merasakan diri mereka seolah-olah dipengaruhi dengan naluri perempuan yang memerlukan lelaki sebagai teman hidup. Fizikal golongan homoseksual terdiri daripada perwatakan lembut dan juga perwatakan seperti lelaki heteroseksual.

Kebanyakkan homoseksual berbadan tegap dan juga menyukai pasangan yang berbadan sasa. Mereka tiada nafsu terhadap wanita malah boleh jadi cemburu dengan wanita yang menghampiri lelaki yang disukainya.

Ada segelintir dari homoseksual merupakan lelaki yang menyerupai wanita dan berpewatakkan lembut seperti wanita. Mereka suka mengenakan pakaian wanita untuk mengambil perhatian lelaki.

Namun, tidak semua lelaki berperwatakan lembut bersifat homoseksual kerana selera seks mereka ada yang terarah kepada kaum wanita.

Sumber: Lelakisihat.com

Tags: lelaki

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di bachok

    15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    230 shares
    Share 92 Tweet 58
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    425 shares
    Share 170 Tweet 106
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    259 shares
    Share 104 Tweet 65
  • 16 Tempat Menarik Di Tampin Untuk Diterokai

    119 shares
    Share 48 Tweet 30
  • 15 Tempat Menarik Di Maran Pahang Untuk Diterokai

    74 shares
    Share 30 Tweet 19

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved