senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Netizen

Raih Gaji RM11 Ribu Sebulan Dengan Hanya Kerja Sebagai Pemetik Kobis Di Korea Selatan

Adenan by Adenan
December 28, 2017
in Netizen
3.9k
SHARES
10
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Ramai dari kita yang beranggapan, bekerja di luar negara merupakan pencapaian yang boleh dibanggakan. Akan tetapi, tahukah anda tentang cabaran yang perlu diharungi oleh mereka untuk menerusi hidup di sana?

Baru-baru ini tular satu video seorang warga Malaysia, Adib Zizan yang bekerja sebagai pemetik kubis di Korea Selatan. Sememangnya bukan mudah untuk mencari rezeki di negara orang.

Pemuda itu menceritakan pengalamannya bekerja di sana.

“Bukan senang di bumi Korea. Saya bekerja di kilang batu, kilang konkrit, memikul besi dan sebagainya. Saya bekerja sebagai seorang petani, saya tak pernah mengeluh.

“Dengan apa yang saya dapat hari ni, hasil saya sendiri,” katanya dalam video live yang dibuatnya.

Menurut Adib, dia perlu bekerja dalam keadaan suhu yang rendah dan netizen yang tidak melaluinya hanya pandai meluahkan kata-kata di laman sosial.

Sementara itu, Adib turut menceritakan pengalaman seorang remaja yang baru bekerja selama hampir dua bulan di sana dan telah mendapat pendapatan sebanyak 3 juta won (RM11,000).

ADVERTISEMENT

Kata Adib, remaja berumur 19 tahun itu ditinggalkan ejennya dan dia bekerja sebagai pemetik kubis untuk menyara kehidupannya.

“Saya kerja pemetik kubis. Gaji saya dalam RM11,000,” katanya.

Hasil dari kerjanya itu, remaja tersebut  berjaya membeli telefon bimbit jenama Apple iPhone 7 Plus (128GB) selepas sebulan membanting tulang di sana.

ADVERTISEMENT

Tambahnya lagi, dia berhijrah ke sana untuk bekerja kerana dia tiada pelajaran untuk bekerja sebagai profesional di negara ini.

Difahamkan, sejak videonya memetik kubis tular, ramai individu Malaysia di sana meminta tolong daripadanya. Tapi, dia menyatakan mereka seharusnya mencari ejen pekerjaan kerana dia juga bekerja di sana.

Dalam pada itu, lelaki ini menjelaskan dia bekerja bersungguh-sungguh untuk mengubah kehidupannya.

BACA JUGA  Awas, Anak Boleh Tersedak Air Liur Sendiri

“Kami tak kacau duit anda, tak perlu nak kecam. Walaupun saya seorang pemetik kubis, saya tak ambil duit anda.

“Saya bukan manusia yang cakap indah dari rupa. Yang kenal saya tahulah saya sudah buat berbagai kerja di Korea.

“Jika hanya pandai berkata-kata, tiada apa yang terjadi,” tambahnya lagi.

Penjelasan tersebut diluahkan  apabila ada netizen yang mengkritik pekerjaannya. Namun, dia tidak menghiraukan kata-kata netizen dan fokus dengan kerjanya sahaja.

Rata-rata netizen menyatakan pemuda ini seharusnya dijadikan contoh kerana berdikari dan tidak berputus asa untuk mengubah kehidupannya.

https://youtu.be/knO2Zxa5dn0

Tags: kobiskorea

Popular Minggu Ini

  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    221 shares
    Share 88 Tweet 55

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved