senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Hubungan

Perbezaan Cinta Matang Dengan Tidak Matang

Yuyue by Yuyue
December 28, 2017
in Hubungan
9.6k
SHARES
100
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Bercinta itu memang menyeronokkan, segalanya nampak indah belaka. Seperti kata orag, jika sudah cinta, kentut pasangan pun bau wangi. Tetapi sejauh mana seriusnya anda dalam percintaan? Adakah hanya untuk suka-suka menabur janji, ataupun anda benar-benar berniat untuk mengajak pasangan anda membina keluarga sebenar?

Cinta itu bukan hanya dibuktikan melalui kata-kata atau janji-janji manis semata-mata, tetapi melalui perbuatan. Adakah anda benar-benar berani untuk berhadapan dengan dunia sebenar percintaan? Percintaan sebenar itu adalah perkahwinan, di mana ketika itu anda dan pasangan bersama-sama menempuh kehidupan yang penuh dengan cabaran dan pengorbanan.

Ilustrasi

Cinta itu ada dua jenis, cinta matang atau cinta tidak matang. Apa itu cinta matang? apabila anda mengenali seseorang, anda tidak mahu membuang masa dengan bercinta terlalu lama, malah anda memilih untuk berjumpa dengan keluarganya dan mahu mengakhiri perhubungan tersebut kepada hubunga yang halal.

Cinta tidak matang pula apabila anda bercinta hanya untuk suka-suka, hanya mahu berseronok bermain dengan kata-kata manis dan menabur janji, padahala anda langsung tidak berniat untuk mengajaknya membina keluarga sebenar. Lelaki ataupun perempuan, ada harus sama-sama memainkan pernan anda, jika pasangan anda tidak memulakan dahulu perbincangan ke arah yang lebih serius, apa salahnya jika anda yang mulakan dahulu.

Tetapi jika dia bertindak seperti sambil lewa, dan sering mengelak apabila anda menyentuh soal perkahwinan, mungkin dia belum bersedia atau memang tidak memikirkan ke arah itu. Lebih baik tinggalkan sahaja pasangan anda, cari orang yang benar-benar serius.

Ilustrasi

Bagaimana untuk anda tahu bahawa pasangan anda itu serius dengan hubungan atau tidak? Jom kita bincangkan.

1 Cinta tidak matang

  • Tidak bersedia membawa anda berjumpa dengan kedua ibu bapanya walaupun sudah lama bercinta.
  • Tabur janji manis tapi tidak pernah tepati.
  • Suka buat keputusan melulu, dan suka mintak putus dan mintak berhubung semula, seperti budak-budak dan tidak matang.
  • Suka menghindarkan diri apabila sebut tentang kahwin, mudah tukar topik dan dia mudah rasa rimas.
  • Suka menaruh harapan kepada ramai gadis. Berlaku curang dibelakang anda misalnya.
BACA JUGA  Betul Ke, Lelaki Dan Perempuan Tak Boleh Jadi Sahabat Baik?

2 Cinta matang

  • Bersedia untuk membawa anda berjumpa ibu bapanya, malah sudah bersedia untuk bertemu dengan keluarga anda, itu tandanya dia benar-benar serius.
  • Tidak suka menabur janji, dia lebih suka berterus terang dan bersikap lebih terbuka.
  • Tidak pernah main-main dengan cinta, sentiasa fokus dengan kerja kerana ingin menyimpan duit untuk memperisterikan anda.
  • Fahami kehendak pasangan.

Mereka yang lebih matang selalunya tidak suka bila anda suka mempermainkan dirinya, jika anda menipu, sebaiknya berterus terang saja. Jika pasangan anda itu menegur anda untuk kebaikkan anda, itu tandanya dia benar-benar seirus dengan diri anda.

ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
Tags: Cinta

Popular Minggu Ini

  • Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    59 shares
    Share 24 Tweet 15
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    254 shares
    Share 102 Tweet 64
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    415 shares
    Share 166 Tweet 104
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    138 shares
    Share 55 Tweet 35
  • Teman Malaysia: Servis Bawa Warga Tua ke Hospital, Jaga di Rumah dan Berjalan-jalan

    1 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved