senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Netizen

Ditinggalkan Seorang Diri Dirumah, Malah Perkara Seram Yang Melanda

Maa by Maa
January 4, 2018
in Netizen
1.1k
SHARES
7
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Mungkin ada di antara kita yang pernah mengalami pengalaman pelik dan seram. Mungkin ada juga yang tidak pernah merasakan kejadian-kejadian seperti diganggu hantu atau lain-lain lagi. Apa lagi jika berseorangan di rumah mungkin akan terasa bulu roma terangkat tiba-tiba kan? Mari kita baca hasil perkongsian lelaki yang tidak dikenali ini.

Pada hujung minggu hari itu, aku baru sahaja balik dari sebuah kedai makan yang berdekatan. Jam pada ketika itu sudah menunjukkan masuknya waktu solat Maghrib. Tibanya aku di kawasan rumah sewa dari luar aku tengok keadaan rumah gelap gelita cuma yang menyala hanyalah lampu neon di luar sahaja yang masih terus menyala. Bisiku dalam hati, mungkin semua kawan-kawan aku dah balik agaknya.

Jadi aku tanpa berlengah lagi terus masuk rumah, dan alangkah terkejutnya aku ada kawan aku bernama Man sedang berbaring tenang di ruang tamu sambil tengok televisyen. Dalam hati aku, Tak balik kampung ke budak ni?

Tanpa berfikir banyak aku terus melangkahkan kaki menuju ke bilik dan terus pergi mandi dan lepas itu terus sembahyang maghrib. habis sahaja sembahyang tiba-tiba handfon aku berdering dan tertera nama awek aku. Jadi aku terlekalah melayan call dari awek kesayyangan aku di depan tingkap dan berasa sejuk sikit mungkin kerana angin petang. Sedang leka merborak dengan awek aku tiba-tiba aku terdengar suara pintu pagar di bawa seperti dibuka.

“Man, kau nak pergi mana?”

“Makan,” jawabnya.

“Woi! Tunggu aku!”

ADVERTISEMENT

“Ermm…”

Tanpa membuang masa lagi, aku pun minta izin dari awek aku untuk letak henpon sebab nak keluar makan dengan man. Dalam keadaan seperti lipas kudung aku turun ke bawah kejar Man. Sampai sahaja kaki aku di luar rumah terus sunyi sepi . Dalam hati aku sumpah seranah Man sebab tinggalkan aku. Hati terasa panas terus aku call man sebanyak tiga kali tapi satu pun dia tak angkat. Dalam keadaan hati panas aku terus pergi ke kedai makan yang berdekatan seorang diri.

BACA JUGA  10 Ciri Calon Suami Yang Harus Dielakkan Agar Menjadi Isteri Bahagia

Selepas habis makan di kedai, aku pun tanpa berlengah lagi terus balik ke rumah sewa. Balit tu aku pergi tumpang kawan yang lain. Sampai sahaja di rumah aku tengok pintu sliding rumah sewa tertutup dan dikunci. Apa lagi bala ini kataku dalam hati! Makin berbahang perasaan marah aku yang belum habis sebab kena tinggal ini satu lagi masalah yang timbul. Aku terus ambil henpon terus aku dail nombor Man. Hati ini dah bertimbun-timbun sumpah seranah aku terhadap Man. Aku pergi duduk di kawasan luar pagar dan cuba call Man sampai dapat. Baru kali ini Man sambut call aku.

ADVERTISEMENT

“Woi Man! Haram jadah betul! Kau kat mana?”

“Ape hal pulak ni?” soalnya kebingungan.

“Dahlah kau tinggalkan aku seorang-seorang di rumah. Tadi dah janji nak keluar makan sekali. Pastu kau kunci pulak pintu sliding. Aku mana ada kunci??”

“Woo.. aku balik rumah pagi tadi lagi, selepas habis kelas. Kau jangan buat hal. Sliding tu mana ada kunci. Tuan rumah kata, dah hilang.” katanya.

Tercengang aku bila dengar penjelasan dari Man dan terus membuat aku diam seribu bahasa. Bisikku dalam hati, kalau Man dah balik pagi-pagi tadi, siapa yang tengah baring di ruang tamu petang tadi? Aku sedang bercakap dengan siapa? Aku flashback kembali detik-detik itu dan baru aku teringat, petang tadi masa berbual-bual dengan Man aku langsung tak berdepan dengan Man dan hanya bersembang dari bilik. Aku hanya dengar suara Man sahaja.

Masa mata aku ligat memerhati sekeliling rumah sewa yang gelap gelita. Tiba-tiba sahaja bulu roma aku menegak mengejut dan rasa ada satu yang pelik semua tingkap di tingkat atas dan bawah terbuka dan paling menakutkan sekali pintu sliding depan pun terbuka dengan tiba-tiba dan tanpa membuang masa aku terus langkah seribu dan lari ke rumah kawan aku yang berada selang enam rumah dari rumah sewa aku.

BACA JUGA  Basikal Buruk Dijual RM1000, Netizen Pertikai Harga Tak Masuk Akal

Pengalam itu adalah amat menyeramkan sekali. Lagi-lagi bila seorang diri tengah berhadapan dengan situasi berkenaan. Bagi yang lemah semangat mungkit sudah pengsan kaku sebelum sempat lari.

Sumber: The Reporter , Says.com

Tags: seram

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved